Krabi merupakan tempat yang sesuai untuk bercuti dengan bajet yang rendah Bersama keluarga mahupun kawan kawan. Jangan pandang rendah dengan negara jiran ya!
10 Tips Jimat Melancong Ke Krabi, Thailand
Krabi merupakan tempat yang tenang dan santai sesuai untuk sesiapa yang suka menikmati pemandangan alam. Krabi adalah salah satu daerah di Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia. Krabi juga mempunyai 200 buah pulau disekitarnya.
Nak tips-tips menarik ini? Teruskan membaca senarai tips di Krabi ini.
1. PENUKARAN MATAWANG
Sangat digalakkan menukar matawang dahulu di Malaysia. Walaupun di Malaysia mahal disana jauh lebih mahal berbanding dengan menukar di Malaysia. Kalau anda tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur senang, ada banyak pilihan. Pilihan popular di Mid Valley dan Nu Sentral.
2. TEMPAT TINGGAL DAN CARA UNTUK TEMPAH SEBELUM BERANGKAT KE KRABI
Stay dekat area Ao Nang Beach (pergi agoda/booking cari di Ao Nang Beach). Ao Nang Beach ni bersepah hotel & walking distance to halal food restaurant. Tempat paling strategik untuk stay sebab senang hendak pergi ke mana-mana.
Stay dekat Ao Nang, bukan dekat Krabi. Krabi dia ada night market, satu mall & tak banyak sangat attractions. Ao Nang bersepah restoran halal, dekat dengan island, banyak souvenir shops & really convenient.
3. SIMCARD BOLEH BELI DI AIRPORT ATAU 7ELEVEN
Jika anda turun sahaja di airport banyak yang menjual sim card. Selain itu, dimana mana kedai serbaneka seperti 7E & family mart banyak menjual simcard. Anda juga tidak perlu risau tentang line tak clear atau internet lembab kerana sim tourist ni sememangnya laju dan tiada masalah internet.
4. SEDIAKAN SEGALA KEPERLUAN UNTUK PERCUTIAN DI PULAU
Perkara paling penting termasuk membawa sunscreen, cermin mata hitam, hat, tikar, waterproof bag for electronic devices dan sebagainya. Disarankan untuk bawak dari Malaysia kerana mata wang kita sekarang agak jatuh dan barang-barang disana agak mahal tidak sesuai untuk sesiapa yang untuk bajet kecil.
5. TRAVEL CHARGER
Salah satu barang WAJIB dibawak kalau travel ke mana-mana sahaja. Dengan 3 kepala USB, anda boleh cas sehingga 3 gadget pada satu masa. Jimat masa dan tenaga kan?
Kalau tak ada innergie pun, cuba la dapatkan travel adapter yang yang ada USB sekurang-kurangnya boleh sumbat 2 hingga 3 kepala.
6. TRANSPORT
Sewa motosikal lebih murah & jimat untuk kemana-mana bagi yang pergi seorang ataupun Bersama kawan. Motosikal boleh disewa dimana-mana sahaja kerana disana banyak yang menyewakan motosikal. Motosikal boleh didapatkan bermula dengan harga 180baht-250baht. Bagi yang pergi Bersama keluarga korang boleh menyewa kereta atau van. Teksi & tuktuk tidak digalakkan jika anda ingin jimat.
7. ISLAND TOUR
Disyorkan untuk mencari sendiri pakej island tour disana lebih murah dan lebih mudah untuk deal harga dengan penjual. Berjalan jalan di sekitar2 Krabi & Aonang anda pasti akan jumpa orang yang menjual pakej pakej. Kalau anda dapat dengan harga 800baht untuk pakej dikira murah. Oh! Tidak lupa juga disarankan mengambil speedboat berbanding longtail boat.
8. PANCAKE AO NANG. WAJIB RASA!
Di Krabi famous dengan pancake pisang, sangat sangat sedap. Jadi jika anda kesini pastikan anda mencuba pancake ya! Banyak dijual dimana mana. Pancake ala ala roti pisang dekat mamak di Malaysia tetapi yang istimewanya pancake pisang disapu Nutella.
9. TEMPAT MURAH SHOPPING & MAKAN
Kalau pergi sahaja depan Aonang beach semestinya banyak yang menjual beg, pakaian dan souvenir. Jadi jika anda hendak kesana pastikan anda bershopping di hadapan masjid Aonang Al-Munuawarah. Di hadapan masjid itu banyak yang menjual pakaian, beg dan souvenir yang murah murah berbanding dengan kedai-kedai di hadapan aonang beach. Majoriti yang menjual disitu adalah muslim. Mereka juga boleh berbahasa melayu. Disitu juga ada yang menjual makanan makanan halal.
10. PULAU DI KRABI YANG SERING MENJADI TARIKAN RAMAI.
Island di Krabi kesemuanya lawa & menarik
Antaranya:
1) Chicken Island.
2) James Bond Island.
3) Phi Phi Island.
4) Hong Island & banyak lagi.
Krabi merupakan destinasi yang popular untuk pelancong dari seluruh dunia. Diharapkan aritikel ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mereka yang akan meancong ke sini. Kepada yang berminat untuk ke Krabi, sila lawati Facebook atau IG kami untuk pakej yang ada. Sekian sahaja 10 Tips Jimat Melancong Ke Krabi, Thailand dari kami. Sebarang cadangan atau komen amatlah di alu-alukan.
Assalam, pulau pulau ni ada yg boleh snorkeling ke?
ada sis