Ini adalah antara viral perkongsian perjalanan ke 5 negeri di Thailand iaitu Bangkok, Lopburi, Kanchanaburi, Hua Hin, Hatyai yang dikongsikan oleh seorang wanita yang sangat cantik baru-baru ini tular sehingga mendapat shared di Facebook sebanyak 1.4 ribu orang dan ramai comment pada postingnya kerana gambar yang di ambil sungguh cantik dan menarik minat orang untuk melihat.
Ini sangat berguna pada yang nak pergi ke Thailand tetapi tidak tahu tempat-tempat yang menarik dan tidak mahu menggunakan perkhidmatan travel agency.
Pada tahun 2020 ini pastinya ada daripada anda yang sudah merancang untuk melancong. Tipulah jika anda tidak teringin untuk ke Thailand yang sangat cantik dengan pemandangan yang sungguh menakjubkan ini.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nurul Hidayah Azmi telah berkongsi itinerary & kos beliau ke Thailand selama 8 hari 7 malam. Menarik, bukan? Baca perkongsian beliau di bawah ini.
Viral Perkongsian Perjalanan ke 5 Negeri Di Thailand
Menerusi perkongsian beliau, bajet keseluruhan beliau untuk trip ini bawah RM 1200 sahaja dimana termasuk pengangkutan, penginapan dan entrance fees. Hanya makanan dan duit poket sahaja tidak termasuk.






Sudah lihat itinerari & kosnya? Apa kata lihat pula gambar-gambar beliau sepanjang beliau melancong di Thailand. Canti-cantik gambar beliau ambik semasa beliau di Thailand. Apabila anda melihat gambar-gambarnya pasti anda terbayang-bayang anda di tempat yang mereka pergi ini.
Cantik-cantik bukan ?? Selepas melihat gambar-gambar yang cantik ini pastinya membuat anda teruja untuk melancong ke Thailand. Anda pasti sudah tahu anda ingin ke mana tahun inikan?
Dan tak lupa juga Thailand adalah salah satu negara yang menjadi pilihan orang ramai. Kerana Thailand sangat sesuai untuk food hunter dan juga kaki shoping. Dan tak lupa juga banyak tempat di Thailand yang cantik-cantik tetapi tidak berapa terkenal.
Kami ada menyediakan pakej ke Thailand iaitu Hatyai & Krabi. Banyak lagi pakej yang kami tawarkan dalam negara mahupun luar negara.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!