Sebut sahaja Singapura, siapa tidak kenal lagi negara yang maju dan bersih ini. Selain itu, makanannya juga dipengaruhi oleh penduduk Melayu asal, Cina majoriti, Indonesia, India dan juga tradisi Barat.
Kesan-kesan masakan Timur Tengah dan Thailand juga muncul dalam budaya makanan tempatan dalam sesetengah bentuk. Masakan ini Singapura juga seakan-akan dengan masakan Malaysia kerana hubungan sejarah dan budaya erat antara kedua-dua negara.
Jadi hari ini saya akan berkongsi dengan anda 12 makanan halal Singapura yang Asyikkk.
Antara 12 Makanan Halal Singapura Yang Asyikkk.
SARAPAN PAGI
1.Roti Prata

Roti prata ialah sejenis roti yang dicanai dan merupakan roti tradisi orang India, namun ia begitu diminati oleh pelbagai bangsa. Teksturnya yang rangup dan berlemak itulah yang membuatkannya digemari ramai. Untuk memaksimumkan keseronokan, makanlah menggunakan tangan.
Bagi menambahkan lagi rasa sedap roti prata ini dengan mencelup ke dalam kari. Kalau di Malaysia memanggilnya Roti Canai. Kebanyakan kedai yang menyediakan roti ini menghidangkannya secara kosong atau bersama telur (roti telur)
2. Chwee Kueh

Ciri makanan ini lebih mudah dikatakan ialah Kenyal, lembut dan seputih porselin. Itulah chwee kueh, atau ‘kek air’, nama yang diberi kerana chwee kueh yang baru dimasak selalunya terdapat sedikit air di bahagian tengah-tengahnya.
Ironiknya, rasa sebenar kuih ini bukan pada keknya tetapi pada intinya. Rasa kuih tradisi ini bertukar serta-merta dengan kehadiran rasa jeruk (chai poh). Masin, manis, rangup dan membuka selera.
3. Nasi Lemak

Aroma nasi lemak ini sahaja boleh membangkitkan selera anda. Itulah kehebatan aroma memasak nasi dengan santan. Nasi lemak ini dihidangkan bersama ikan bilis goreng rangup, kacang tanah goreng, telur, timun, dan pelengkapnya, sambal manis pedas.
Anda boleh juga menambah lauk lain seperti ikan goreng atau kepak ayam goreng dan pelbagai lagi. Rasa yang anda tidak akan lupakan.
4. Roti Bakar, Terlor Searuh Masak Dan Kopi
Sarapan klasik orang Singapura. Roti yang disapu dengan kaya yang manis dan berkrim. Dua biji telur separuh masak dan kopi bagi melengkapkan sarapan pagi anda di Singapura.
And a boleh dapati makanan sarapan ini di kedai kopi berdekatan. Klasik dan sentiasa tersedia, pilih saja yang sesuai dengan selera anda.
MAKANAN TEGAHARI
1. Telur Dadar Tiram
Telur dadar tiram atau “orh luak” rupanya agak nampak tidak menyelerakan, tapi sekali anda rasa, pasti nak lagi. Ini bukan telur dadar biasa yang hanya ditambah dengan tiram.
Makanan ini merupakan kegemaran orang tempatan. Tepung dicampur dengan telur untuk lebih kerangupan, dan sos ikan menambahkan rasa ingin memesan sepinggan lagi telur dadar tiram.
2. Nasi Ayam Hainan

Nasi ayam ini telah dijadikan makanan kebangsaan Singapura. Hidangan ini selalunya disediakan dengan sambal istimewa dan kicap. Makanan ini anda tidak boleh elakkan kerana teksturnya ayamnya yang lebut dan nasinya yang beraroma sangat menyelerakan. Hidangan nasi ayam ini sama sahaja dengan di Malaysia.
3. Ketam Berlada (chili crab)

Ketam berlada masih lagi menjadi makanan paling popular di Singapura. Walaupun namanya agak menakutkan bagi orang yang tidak suka makanan pedas.
Namun sos yang bersalut dengan ketam ini sebenarnya lebih manis berbanding pedas kerana dicampur dengan pes tomato dan akan membuatkan anda menghirup sos sehingga menjilat jari.
MINUM PETANG
1. Laksa

Laksa di Singapura agak berbeza dengan laksa di Malaysia kerana ia berwarna jingga. Lebih mudah digambarkan sebagai semangkuk mi sup bersantan yang pedas dengan perasa ikan dan udang.
Merasa semangkuk laksa seperti pengalaman pertama kali jatuh cinta. Rasanya tidak dapat dijangka, tapi anda akan terpesona dengan kuahnya yang penuh rempah ini
2. Lempeng Kacang

Lempeng ini pasti mengingatkan zaman kanak-kanak anda. Makanan ini begitu simbolik dengan orang tempatan kerana kuih ini sudah lama wujud. Kalau di Malaysia lebih gemar memanggil hidangan sebagai apam balik.
Juga dikenali sebagai Mee Chiang Kueh, lempeng kacang tradisional ini tebal dan gebu, tapi ada juga sesetengah penjaja yang membuatnya lebih nipis dan rangup. Apa saja cara yang anda suka, nikmati sepuasnya.
3. Kek Lobak Merah

Kebanyakan orang ada pilihan mereka tersendiri. Hitam untuk mereka yang sukakan rasa manis dan putih untuk yang sukakan rasa yang biasa. Pilihlah mengikut cita rasa anda.
MAKAN MALAM
1.Sate Khas Singapura

Daging atau ayam yang dicucuk ke lidi lalu dipanggang di atas api arang ini sangat lazat jika dicicah dengan kuah kacang yang pedas. Sate secara tradisional dihidangkan dengan potongan bawang mentah, ketupat yang kenyal, juga potongan timun.
2. Char Kway Teow

Menggunakan dua jenis mi yang dimasak dalam kuali yang panas dan ditambah dengan sosej, tauge, dan kerang. Rasanya yang sederhana namun mempersona ini akan membuatkan anda lupa sebentar segala keraguan anda tentang hidangan ini.
3. Mi Hokkien

Seperti juga char kway teow, mi hokkien juga hidangan mi yang digoreng. Tapi, kedua-dua hidangan ini berlainan sekali. Char kway teow berwarna coklat pekat, sementara mi hokkien kurang menyerlah warnanya – mi kuning dan putih digoreng bersama tauge, sotong dan udang.
Mi hokkien dihidangkan dengan cukup rasa, tidak kering dan tidak basah, sempurna untuk dihirup. Mi hokkien selalunya mengunakan kepala udang untuk menambahkan rasa, jadi pastikan anda mencari yang halal dan hanya menggunakan makanan laut kerana ada sesetengah gerai yang menambah intipati tulang khinzir.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!