Hatyai, Thailand bukan sahaja terkenal dengan bangunan yang cantik tidak kira banggunan baru atau lama ianya tetap menjadi tarikan utama seluruh pelancong seluruh dunia. Hatyai juga terkenal sebagai syurga makanan. Jika anda datang ke sini, Makanan yang wajib anda try selain daripada melihat kecantikkan bangunan.
12 Makanan Yang Wajib Anda Cuba Jika Anda Datang Ke Hatyai, Thailand
Hatyai terkenal dengan nama “Food Paradise” bagi seluruh pelancong barat. Ramai juga pelancong Malaysia yang datang sini tambahan yang duduk di Negeri Kelantan, Kedah, Perlis, dan yang berdekatan dengan negeri itu, mereka sering datang ke sini. Di sini,anda sangat rugi kalau yang jenis makan sikit dah kenyang. Terlampau banyak pilihan makanan yang membuatkan perut anda berbunyi dan air liur anda mengalir.
-
Pad Thai Noodle
Di dalam Mee Hun yang membuat makanan ni special, direndam bihun kering, digoreng dengan telur dan dicincang tauhu firma, dan berperisa dengan pes asam jawa, sos ikan, udang kering, bawang putih atau bawang merah, cili merah dan gula kelapa dan dihidangkan dengan air limau dan kacang panggang yang dicincang.
-
Mango Sticky Rice/Khao Neeo Mamuang
Pada asalnya makanan ini tidak terkenal kerana ianya dianggap makanan biasa bagi rakyat tempatan. Pelancong yang hadir ke sini menganggap “Mango Sticky Rice” ini sesuatu yang special dan lain dari yang lain kerana makanan ni hanya senang dapat di Hatyai sahaja. Kini makanan ni menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke sini. Anda wajib mencuba dan pasti tidak akan menyesal jika sudah mencuba.
-
Thai Salad/Som Tam
Bunyi macam pelik kan salad di sini ? Tetapi ini lah makanan yang menjadi tumpuan utama pelancong yang hadir ke sini. Terbaik digabungkan dengan ayam goreng dan nasi! Hidangan makanan seperti ini akan menjadi lebih sedap jika ianya pedas. Rasa keenakkan yang tidak terkata dengan gabungan kepedasannya! sslluuuurrrrpppp!
-
Thai Grilled Chicken/Gai Yang
Salah satu makanan yang sangat sedap boleh dapat di Hatyai. Ayam panggang Thai-Thai adalah salah satu makanan jalan Thai tidak akan pernah cukup jika hanya makan satu. Dilapisi dengan garam yang dibumbui dengan cilantro, lada putih, sos putih dan ikan, Kesedapanya yang tak dapat dihuraikan dengan kata kata. Cara terbaik untuk memakannya adalah langsung dari arang batu BBQ.
-
Pad Kra Pao
Makanan ini sedap jika ayam ini garing dan hanya sedap jika orang Thailand yang memasaknya . Anda tidak percaya ? Anda boleh pergi kedai di Malaysia dan minta makanan ni di restoran. Lepastu anda bandingkan makanan ni dekat sana. Percaya lah hanya di Hatyai sahaja sedap.
-
Makanan Goreng
Makanan ini sangat senang apabila tengok mereka goreng tetapi ianya hanya sedap jika makan di Hatyai. Selalunya makanan laut yang sedap digoreng dan dimakan panas panas. Kenapa saya kata ianya sedap dimakan di Hatyai ? Jawapan nya, bila saya saya nak beli makanan ni ianya sejuk sebab dah lama terhidangkan dan mereka panaskan dengan goreng semula didalam kuali. Tetapi minyak tak melekat pada makanan tu, tu yang menyebabkan saya kata makanan ni sedap disini sahaja. Cuba kalau kita panaskan, mesti banyak minyak melekat dekat makanan tu.
-
Thai Wonton Noodle/Ba Mee
Terdapat banyak jika di cari dalam Malaysia juga, Mie Wanton adalah makanan terkenal di Hat Yai. Mi wonton (juga dikenali sebagai Mi Kiao di Thai) di sini adalah salah satu yang terbaik di Hat Yai dan yang paling dekat dengan apa yang boleh diperoleh di Malaysia dan Singapura. Ia popular di kalangan penduduk tempatan daripada pelancong. Makanan Yang Wajib Try kalau datang Hatyai.
-
Sweet Drumstick Pineapple
Buah Nenas ni dimakan begitu sahaja. Mereka hanya buang kulit dan makan macam ayam drumstick.
-
Chokdee Dim Sum
Sebut sahaja Chokdee Dim Sum kepada mana-mana pemandu tuk-tuk dan dia akan pasti akan tahu tempatnya. Chok Dee Dimsum mungkin merupakan kedai dim sum paling terkenal di Hatyai dan sentiasa penuh dengan orang ramai tambah tambah pelancong asing.
-
Nutella Roti
Roti canai boleh didapati di sekurang-kurangnya satu gerai di setiap jalan . Contoh intinya roti pisang, roti jagung, roti telur dan banyak lagi. Untuk mengatasinya, anda boleh memilih apa apa sahaja untuk diletakkan di atasnya, contoh milo, Nutella atau coklat erm HELLO ??? Perlu ke nak bagitahu semua??? Belum cuba belum tahu, So korang kena pergi try dekat sana dulu.
-
Thai Boat Noodle/Doy Kuay Teow Reua
Boat Noodle terlalu terkenal sampai korang boleh je cari makanan ni kat Malaysia cuma rasa dia berbeza jika korang try kat sana. Biasa la orang sana buat lain, takkan sama dengan orang kat sini buat. So korang kena la try kalau pergi sana taw!
-
Makanan Laut
Mesti ramai cakap makanan laut ada juga kat negara lain kan ? Yes I know that! Disebabkan Hatyai ni dekat dengan laut, makanan laut disini semua fresh. So sangat rugi kalau anda semua datang ke sini tetapi cari makanan western. Bukan tidak boleh, boleh juga tapi rugi la kalau tak try makanan laut disini. Semuanya sedap. Tambah-tambah kalau anda semua try makan makanan laut dengan cheese. Seriously sedapnya tak terhingga. Makan dengan cheese, anda kena makan time makanan tu panas. Baru orang muda kata “Ngam ngam soi”. Selamat Mencuba semua makanan yang telah disuggestkan
Hello Semua!!! Sebenarnya makanan kat Hatyai ni terlampau banyak kalau tak, takkan la Hatyai ni dipanggil “Food Paradise”. List kat atas ni hanyalah makanan utama yang sering dicari oleh pelancong kalau datang sini. Makanan kat sana murah-murah dan semua sedap. Make sure try semua taw kalau pergi sana. Ehh! Jom la pergi dengan kami! Klik “Book Now!” kat bawah tu. And jangan lupa bawak ubat sakit perut, takut korang makan je kerja kang sakit perut pulak hehehe.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!