Negeri Selangor merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kalau yang tinggal di Selangor tapi still nak ada vacation pun boleh. Banyak tempat yang menarik dan best yang ada di selangor. Selain, tempat yang best, banyak jugak hotel yang unik di Selangor ni.
5 Hotel yang unik di Selangor
1. THE KABIN, KUALA SELANGOR
Resort ini menggunakan Kabin atau Kontena sebagai bilik penginapan dan mempunyai dekorasi yang amat menarik dan sesuai bagi sesiapa yang ingin mendapatkan ketenangan. Lokasinya tak jauh pun dari ibu kota, harga pun berpatutan!
Anak-anak kecil pasti seronok sebab ada kolam renang yang besar dan selesa di sini. Dikelilingi suasana yang menenangkan, memang tak rugi bawa satu keluarga menginap bersama.
2. TUBESTAY, BUKIT JUGRA
Sebuah rumah penginapan berkonsepkan konkrit tiub berdiameter hanya 6 kaki dan dilengkapi sebuah katil bersaiz Queen dan pendingin hawa. Perjalanan dari Kuala Lumpur bakal mengambil masa selama 50 minit, manakala dari KLIA selama 25 minit dan hanya 15 minit dari Klang.
Idea asal untuk projek ini dibangunkan oleh seorang Jurutera Perisian bernama Muhamad Azree yang juga sebelum ini terkenal dengan konsep rumah kontena beliau di Teluk Panglima Garang. Penginapan ini berkonsepkan glamorous camping atau “Glamping” yang agak baru di Malaysia.
3. DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA

Hotel Dash Box ini di Cyberjaya menawarkan penginapan yang unik dan menarik untuk pelawat. Rata-rata, terima kasih kepada lokasi strategiknya, dekat dengan bandar, ia masih selamat dan tenang.
Terima kasih kepada konsep yang segar, gaya bandar dan hipster, anda pasti akan gembira untuk memuat naik pelbagai foto menarik ke akaun Instagram anda.
Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk pilihan pengunjung, iaitu jenis Studio atau Kabin. Kedua-duanya tetap selesa dengan rekabentuk dalaman yang cukup unik dan moden.
Yang paling menarik, tentulah kolam renang yang pasti membuat anak-anak tak sabar untuk mandi-manda. Ada kolam untuk dewasa juga.
4. BAMBOO VILLAGE KUALA LUMPUR


Bagi mereka yang ingin keluar dari keramaian dan kesibukan bandar dan kembali ke persekitaran semula jadi, pastikan untuk melawat kampung buluh Hulu Langat.
Rumah kayu, dengan konsep buluh, menawarkan suasana santai di dalam hutan. Terdapat banyak pilihan untuk memilih dari asrama, bilik dan banglo pada kos yang berpatutan.
5. RUMAH KEBUN
Teringin nak rasa menginap di tree house? Jom pergi ke Rumah Kebun. Anda pasti terpukau dengan keindahan dan ketenangannya. Nak barbeque boleh, berenang di kolam renang, atau sungai dan air terjun yang berdekatan.
Semua fasiliti cukup lengkap, ruang terbuka dan bukaan yang luas, serta kelibat ayam kampung dan kambing-kambing, anda pasti berasa begitu dekat dengan alam sekitar!
Sumber Artikel: Sirap Limau
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!