Hello Korang, kalau nak tahu sebenarnya Norway adalah pusat membeli-belah yang kaya dengan Barangan Unik & Menarik untuk Buah Tangan. Jadi Tunggu apa lagi, Jom ketahui Oleh-Oleh Norway Yang Wajib Dibawa Ke Tanah Air.
TOP 8 OLEH-OLEH NORWAY YANG DIBAWA KE TANAH AIR
1. LUCKY TROLLS
Trolls adalah Sebuah Patung yang wujud di Kisah Dongeng yang dipercayai membawa Nasib Buruk, kegelapan & kematian pada zaman dahulu.
Ia merupakan makhluk kecil yang nakal bersembunyi di pergunungan & hutan Norway. Kini Trolls telah diubah suai menjadi lebih Comel & cenderahati unik yang harus dibeli di Norway.
2. NORWAY KNITTED SWEATERS
Norway telah lama dikaitkan dengan Pakaian Sejuk Yang Berbulu & Selesa. Sweater Norway ini diperbuat daripada bulu 100% berkualiti tinggi yang menawarkan pelbagai warna yang Menarik.
Anda juga boleh mendapatkan Sarung Tangan & Topi yang diperbuat khas daripada Bulu. Ia adalah salah satu Oleh-oleh yang Wajib di beli semasa bercuti ke Norway.
3. SOLJE JEWELLWERY
Sølje adalah perhiasan perak tradisional yang dianggap untuk membuang segala kejahatan dari sesiapa yang memakainya. Kini ia digunakan sebagai anting2, Kerongsang & Loket.
Ia biasanya dipakai sebagai pin atau gesper iaitu perhiasan untuk Bunad (Pakaian Tradisional Norway). Sølje adalah Buah Tangan yang paling sesuai untuk dihadiahkan kepada anak & Kawan perempuan.
4. VIKING DRINKING BOWLS
Norway amat Terkenal dengan Barangan Viking yang menjadi salah tumpuan Pelancong. Terdapat banyak Barangan Viking yang menarik serta unik seperti Topi Keledar Viking & Tanduk minumannya.
Selain itu, anda juga tidak boleh terlepas untuk membeli Mangkuk Minuman Viking untuk dibawa pulang ke Tanah Air. Ia boleh digunakan sebagai tempat minuman & barangan perhiasan.
5. ROTI GROVKAKE
Grovkake adalah manisan Tradisioanal di Norway yang sangat sedap. Ia adalah salah satu Manisan Wajib yang anda harus cuba di Norway. Kalau tidak cuba, anda pasti menyesalinya.
Jika anda bercadang untuk membawanya ke Tanah Air, Boleh sahaja. Ia adalah Idea yang Bernas kerana boleh disimpan selama seminggu & rasanya masih sedap seperti yang asal.
6. BUAH & JAM CLOUDBERRY
Anda disarankan untuk membawa pulang Buah & Jam Cloudberry kerana ia adalah buah yang sukar untuk ditemui. Hal ini kerana ia harus dituai pada musim Panas sahaja.
Cloudberry adalah buah yang popular di Norway & kebiasannya dijadikan Jam. Jam cloudberry amat Enak apabila dicalit pada Waffel & Roti. Anda pasti akan ketagih untuk memakannya lagi.
7. FREIA CHOCOLATE
Freia dikenali sebagai salah satu Coklat yang paling Hangat di Norway. Melkesjokolade adalah coklat susu yang digemari oleh pelancong kerana Tekstur Coklatnya yang Berkirm & lazat.
Coklat ini akan memberikan suasana seperti di Norway semula dengan hanya satu gigitan sahaja. Freia juga terkenal dengan Coklat Kvikk Lunsj. Jangan lepaskan peluang untuk membelinya.
8. BROWN CHEESE
Tidak lupa juga Brown Cheese yang dikenali sebagai Brunost ini. Norway juga Popular dengan penghasilan Cheesenya yang amat memikat hati si pemakannya.
Ia juga adalah Oleh-oleh yang disarankan untuk dibawa ke Tanah Air. Brown Cheese kebiasannya digandingkan bersama Roti Panggang atau Roti kering.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!