Baru-baru ini portal International Living telah menyenaraikan Pulau Pinang antara 10 destinasi pantai yang memiliki ciri-ciri terbaik di dunia.
Portal International Living juga menyenaraikan Pulau Pinang bersama 21 destinasi yang mempunyai pantai sebagai lokasi berbaloi untuk dilawati atau diduduki selain menjimatkan.
Pulau Pinang Destinasi Pilihan Utama
Menyifatkan Pulau Pinang sebagai pulau tropika kecil di utara Semenanjung Malaysia, majalah itu juga menyebut Pulau Pinang adalah destinasi pilihan utama bagi ekspatriat selama bertahun-tahun.
International Living juga menyebut Pulau Pinang mempunyai segala-galanya daripada pantai, tempat beli-belah, kepelbagaian budaya serta makanan yang enak.
Pulau Pinang juga merupakan tempat sangat sesuai untuk tinggal kerana terdapat pelbagai budaya serta makanan yang terbaik di seluruh Asia Tenggara.
Berbeza dengan kesibukan Kuala Lumpur, Pulau Pinang hanya mempunyai populasi 700,000 yang kebanyakannya tinggal di sekitar bandaraya George Town.
Laporan itu turut memberitahu makanan yang terdapat di negeri itu enak dan selamat buat pelancong, selain harganya yang murah. Pasangan yang menyewa dan tinggal di Pulau Pinang hanya perlukan AS$1,455 (RM5,982.32) sebulan.
Portal itu turut menamakan Salinas di Ecuador, Pedadi (Panama) dan Bocas del Toro (Panama) sebagai tiga destinasi berpantai menarik di dunia.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!