Anda adalah seorang pengembara? Sering menaiki pesawat untuk ke satu destinasi? Jadi anda semestinya sudah terbiasa dengan sistem pesawat yang hadir dengan beberapa undang-undang.
Antaranya adalah anda diminta untuk memakai tali pinggang keselamatan ketika pesawat mendarat atau berlepas. Anda juga diminta untuk melihat teknik keselamatan yang ditunjukkan oleh pramugara atau pramugari.
Tetapi, terdapat satu sistem keselamatan yang simple tetapi rupanya mempunyai sebab yang besar mengapa ia perlu dibuat – ia adalah penutup tingkap yang perlu dibuka sebelum pendaratan dilakukan.
Kenapa Perlu Buka tingkap pesawat sebelum mendarat?
Melalui satu perkongsian di antara pakar penerbangan John Walton dan Lonely Planet, beliau berkongsi rahsia sebenar disebalik arahan ‘sila naikkan penutup tingkap anda sebelum mendarat..’
Ia bukan hanya memberi anda pandangan yang lebih baik daripada tingkap semasa mendarat. Seperti banyak perkara yang perlu kita lakukan pada penerbangan, ia adalah untuk keselamatan. Membuka tingkap itu merupakan pelan yang baik untuk pelbagai sebab. Pertama sekali, ia akan memberikan masa mata anda untuk menyesuaikan diri dengan tahap cahaya di luar.
Setiap pesawat yang direka, haruslah diuji tahap ketahanan dan kemampuan pesawat tersebut. Bagi krew kabin perlu mendapat latihan secukupnya supaya mereka boleh membantu semua orang keluar dari pesawat dalam masa sembilan puluh saat jika diperlukan. Semasa latihan, kru belajar untuk menilai keselamatan apa yang berlaku di luar kapal terbang, dan mereka perlu dapat melihat.
Tambah beliau lagi, kabin krew dapat melihat secara keseluruhan apa yang terjadi diluar. Mereka juga mampu untuk bertindak dengan pantas dalam apa jua keadaan yang memerlukan mereka untuk berada dalam keadaan sedia.
Terdapat juga beberapa faedah tambahan. Apabila tiba masanya untuk pesawat bersedia untuk penerbangan seterusnya, setelah semua tingkap terbuka bermakna cek sayap pesawat dengan lebih mudah.
Sumber Artikel : Vocket
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!