Maldives adalah negara tropika di Lautan Hindi yang berbentuk seperti cincin dan terdiri daripada 1,000 pulau karang. Ia terkenal dengan pantai jernih yang berwarna biru dan terumbu karang yang unik.
Kepulauan Maldives merupakan antara pulau yang tercantik di dunia dan sering menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti dan mengabdikan pengalaman berbulan madu disini kerana pemandangan pantai dan laut yang jernih serta cantik.
7 Tips Bercuti Di Kepulauan Maldives
Berdasarkan pengalaman, disini saya kongsikan 7 tips bercuti di Kepulauan Maldives yang cantik dan sangat sesuai untuk semua orang yang merancang untuk bercuti kesini.
1. Beli Tiket Promo AirAsia (Freeseats)
Paling senang nak dapat tiket flight harga di bawah RM400 ke RM800 adalah pada hari selasa & rabu. Pastikan membuat tempahan tiket, 3 ke 4 bulan sebelum tarikh penerbangan yang dirancang.
Dinasihatkan untuk datang awal (4 jam sebelum flight) ke airport, bagi mengelakkan kesesakkan sewaktu check in atau perubahan waktu dan gate.
2. Penginapan di Pulau Maafushi, Maldives
Untuk penginapan murah, saya sarankan di “Maafushi Island” kerana harganya lebih rendah berbanding dengan penginapan di pulau yang lain. Hanya serendah RM200 sahaja semalam.
Sebelum membuat tempahan penginapan, baca dahulu review hotel yang menjadi pilihan. Dari sini anda boleh semak hotel pilihan anda dari segi dekorasi, kemudahan yang disediakan dan sebagainya. Nak lagi jimat, cari hotel yang menyediakan breakfast.
Kalau anda ada bajet lebih, anda boleh menginap di Bikini Beach dimana penginapan ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang datang bercuti di Maldives.
Arena Beach hotel di Maafushi Island
Kaani Beach Hotel di Maafushi Island
3. Airport transfer
Airport ke Maafushi.
– Public Ferry (1 jam 45 minit – 2 jam)
Sampai di Velana International Airport boleh naik teksi 5 USD (10 minit) untuk ke jeti ‘Maafushi Ferry’ dan kemudian sambung naik public ferry ke Maafushi. Bila dah sampai Maafushi, boleh jalan kaki je dari jeti ke tempat penginapan. Untuk public ferry make sure tengok jadual perjalanan sebab Hari Jumaat public ferry tak masuk ke pulau.
– Speed Boat (30 – 45 minit)
Kalau dah arrange speedboat dengan accommodation, nanti ada orang tunggu kat airport. Bila dah sampai Maafushi ada staff dorang tunggu kat jeti untuk tolong bawa luggage dan tunjuk jalan. Hari tu kami sampai malam, jadi dah arrange siap-siap dengan Stingray. Dorang cas 25 USD seorang. Selain tu boleh juga book speedboat online di icomtours.com untuk USD 20.
Maafushi ke Airport.
Untuk balik tu just ambil airport transfer naik speedboat direct ke airport. Untuk yang ni Stingray cas 20 USD seorang. Kalau ada banyak masa boleh guna public ferry, lagi jimat.
4. Internet
Paling jimat guna je wifi kat hotel. Tapi kalau jenis nak internet 24 jam boleh beli simkad 20 USD (17GB) atau 15 USD (5GB) kat airport. Kalau travel ramai2 boleh jimat lagi dengan sewa pocket wifi dan share hotspot. Pocket wifi ni boleh dapat dekat airport, harga pun murah je.
5. Makan
Majoriti penduduk di sini muslim, tak perlu risau tentang makanan halal. Nak lagi jimat, cari penginapan yang menyediakan free breakfast. Di sini, harga sekali makan dalam 6USD , buffet 12 USD . Saya cadangkan untuk dinner bawa je makanan instant dari Malaysia. Air panas, microwave, boleh mintak dekat pihak hotel. Andai kata ada yang nak romantik dinner, banyak hotel dan restoran yang menawarkan dinner di tepi pantai.
PS; Makanan yang ada di Maldives semua nya lebih kurang sama dengan makanan di restoran mamak. Yang mana tak berselera, boleh pilih untuk makan lauk sahaja atau buah dan sayur2.
6. Aktiviti
– Watersports
Sewa Kayak (12 USD ) di Arena Hotel, sebab pantai depan Hotel Arena ni cantik. Sebaiknya antara pukul 9 am – 1 pm untuk air yang tenang dan warna air laut yang cantik.
Aktiviti lain pun ada macam jetski (35 USD ), parasailing (100 USD ), funtube (15 USD ) dan banyak lagi. Kalau ambik banyak aktiviti boleh dapat diskaun tau.
– Snorkelling trip
Sebelum sampai ke Maldives, boleh survey dulu blog-blog percutian ke Maldives. Jangan mudah tertipu dengan pakej atau harga yang murah.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Maldives :
1) Dolphin Cruise, berpuluh wild dolphin berenang sekitar perairan Maldives.
2) Snorkeling & mandi laut di air yg cantik dan jernih.
3) Melawat sand bank yang banyak kat sini.
4) Night fishing bagi yg suka memancing atau nak rasa pengalaman memancing ikan yang besar.
5) Scuba diving bagi siapa yang ada lesen.
7. Visa
Orang Malaysia tak payah visa untuk ke Maldives. Kita boleh dapat visa free untuk duduk sana 30 hari. Tapi,sebaiknya ada bukti bertulis tarikh flight keluar dari Maldives dan jugak bukti penginapan kat sana.
Ada Pegawai Imegresen yang akan mintak korang tunjuk benda-benda ni semua. Yang OK tu setakat korang cakap dia dah percaya dah la kan? Jadi, print out siap-siap tiket flight balik Malaysia dan jugak kupon/voucher penginapan.
Kepulauan Maldives ni ciptaan Tuhan yang sangat cantik dan unik. Penghuni nya kebanyakan Muslim dan sangat menjaga alam sekitar. Ekonomi nya bergantung kepada sumber hasil laut dan pelancongan. Kemesraan dan ramah tamah orang Maldives menjadi tarikan utama orang datang berkali kali ke sini. 7 Tips Bercuti Di Kepulauan Maldives yang Cantik ini saya kongsikan untuk panduan mereka yang berkeinginan untuk berbulan madu atau melarikan diri dari kehidupan seharian.
Selamat bercuti!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!