Melancong merupakan antara aktiviti yang menjadi kegemaran ramai kini. Pastinya kembara di tempat asing satu pengalaman menarik untuk dijadikan memori.
Bagi pengembara, sudah menjadi kelaziman menerjah setiap laman sesawang syarikat penerbangan bagi mengetahui jika terdapat sebarang penawaran harga murah bagi destinasi pilihan.
Samada murah atau mahal, kapal terbang merupakan mod pengangkutan terbaik kepada anda untuk kembara ke destinasi yang berjarak jauh. Disini saya akan share Cara untuk refund duit dari AirAsia.
Tips refund duit dari Air Asia
Saya share untuk sesiapa yang belum tahu lagi.
Bulan Oct 2019 sepatutnya saya travel solo ke Myanmar. Tetapi lepas grad bulan Ogos, terus dpt kerja. So, saya terpaksa cancel trip saya. Maklum lah baru dapat kerja.
Tiket return KL-Yangon-KL = RM185
Harga refund = RM141
Harga rugi = RM44
Jadi, saya terbaca yang kita boleh refund tiket. Caranya:-
1. Buka website AA atau app
2. Chat with AVA
3. Pilih Refund
4. AirAsia New Refund Request
5. Airport Tax Refund
6. Masukkan booking number flight korang
7. Masukkan reason kenapa korang nak refund. Dalam kes saya, saya tulis “Could not make it to aboard the flight.” (Padahal sengaja taknak naik 😜)
8. Pilih korang nak refund dalam bentuk Credit Account AA atau masuk dalam akaun bank korang (tapi dlm credit acc ada validation date boleh guna smpi bila. Rugi saya buat kt situ. Sepatutnya masuk dlm acc bank je)
9. Settle semua tunggu lah dapat email dari AA berjaya atau tak. Dalam seminggu mcm tu diorg process.
P/s: tapi kena request refund dalam masa 6 bulan dari tarikh flight korang terlepas atau x jadi naik tu. Selepas 6 bulan dah x boleh request refund.
Credit : syafaa sharrafah
Anda pasti berminat untuk baca artikel lain yang berkaitan seperti Tip Untuk Membeli Tiket Flight AirAsia Murah .
Jika anda ada sebarang cadangan atau komen, boleh tinggalkan di ruangan komen yg disediakan.
hello sis,
hari tuh saya ada request untuk buat airport tax refund sebab saya tak jadi nak terbang tapi malangnya saya dapat refund rm44 sahaja daripada rm579.Tapi saya heran kenapa sis punya refund rugi rm44 sahaja daripada rm185.Mungkin saya ada silap buat tapi saya ikut cara yang sis share dekat blog ni.Saya dah chat dengan ava tapi dia bagitau itu untuk refund tax sahaja