Bercuti bersama anak kecil? Bagi sesetengah ibu bapa, percutian bersama anak-anak ini sangat melecehkan. Lebih-lebih lagi usia anak yang masih lagi bayi.
Ada suami isteri mengambil inisiatif untuk bercuti tanpa membawa anak-anak dan ada juga yang menangguhkan keinginan bercuti sementara anak masih kecil.
Merancang percutian ini sebenarnya sangat bagus untuk terapi minda dan jiwa. Malah, tubuh badan akan lebih relaks kerana dapat lari daripada rutin harian biasa.
Jom kami kongsikan tips travel bersama bayi dan anak kecil untuk anda. Mungkin selepas ini anda dapat mempertimbangkan semula ajakan pasangan untuk membawa anak – anak bercuti bersama!
Selongkar Tips Travel Bersama Bayi dan Anak Kecil
#1 Menyediakan Ubat-Ubatan dan Kelengkapan Keperluan
Bayi dan anak kecil lebih terdedah terhadap risiko jangkitan kuman yang disebabkan antibodi mereka belum kuat seperti orang dewasa.
Tips travel bersama anak kecil dan bayi adalah menyediakan segala keperluan ubat-ubatan yang mungkin diperlukan ketika anda travel nanti.
Sebagai contoh menyediakan ubat demam, penyembur penghalang nyamuk, krim ruam, ubat luka, balm dan juga ubat-ubatan ringan yang lain.
#2 Membuat Tempahan Yang Lebih Awal
Travel bersama bayi dan anak kecil akan menjadi lebih lancar apabila kita dapat mengelakkan isu-isu yang boleh mendatangkan kemarahan mereka. Anak kecil dan bayi pasti lebih mudah meragam apabila mereka kepenatan, lapar dan juga tidak selesa.
Bila anda travel bersama bayi dan anak kecil, perkara utama yang mesti anda lakukan adalah membuat tempahan awal bagi penginapan yang selesa. Ia akan memudahkan anda apabila sudah sampai ke destinasi pelancongan anda nanti.
#3 Travel Insurans Bersama (Keluarga)
Malang tidak berbau. Bagi persediaan lebih awal, lebih baik anda mengambil apa-apa jaminan insurans untuk anda dan keluarga. Sekiranya apa – apa berlaku ketika travel, anda dan keluarga mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Ini merupakan tips travel bersama bayi dan anak kecil yang sangat penting namun ramai juga masih memandang remeh.
#4 Pengurusan Masa
Rancang perjalanan dan aktiviti dengan baik ketika bercuti nanti. Untuk aktiviti sehari, anda boleh lakukan 2 atau 3 aktiviti di tempat berbeza.
Sekiranya aktiviti terlalu padat dan memerlukan masa yang lama, ia akan membuatkan anak kecil dan bayi cepat letih dan juga bosan.
#5 Menyediakan Makanan dan Snek Berkhasiat
Anak kecil mesti kekal aktif dan bertenaga sepanjang percutian anda nanti. Tips travel yang perlu anda gunakan adalah menyediakan makanan dan snek berkhasiat setiap kali keluar melakukan aktiviti di luar.
Anak kecil akan cepat lapar makanya dengan penyediaan snek berkhasiat ini akan mengelakkan tantrum mereka dan memastikan mereka sentiasa cergas.
Sentiasa Positif dan Nikmati Percutian Bersama Keluarga!
Jom rancang percutian menarik bersama anak-anak! Percutian bersama keluarga akan dapat membantu minda anak-anak kecil dan bayi lebih berkembang dan memberi lebih manfaat untuk pengetahuan mereka.
Pastikan minda sentiasa positif dan enjoy travel bersama bayi dan anak kecil yang tersayang!
Sumber : jomlah cuti
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!