Ini adalah antara viral perkongsian perjalanan di Indonesia iaitu bandung yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang sangat kacak baru-baru ini tular sehingga mendapat shared di Facebook sebanyak 15 ribu orang dan ramai comment pada postingnya kerana gambar yang di ambil sungguh cantik dan menarik minat orang untuk melihat dan membacanya.
Ini sangat berguna pada yang nak pergi ke bandung, indonesia tetapi tidak tahu tempat-tempat yang menarik dan tidak mahu menggunakan perkhidmatan travel agency.
Pada tahun 2020 ini pastinya ada daripada anda yang sudah merancang untuk melancong. Tipulah jika anda tidak teringin untuk ke Bandung yang sangat cantik dengan pemandangan yang sungguh menakjubkan ini.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Cikgu Tg Abdul Ghafar telah berkongsi itinerary & kos beliau di bandung selama 5 hari 4 malam. Menarik, bukan? Baca perkongsian beliau di bawah ini.
Viral Perjalanan Di Bandung Bajet RM 600 Seorang
Menerusi perkongsian beliau, bajet keseluruhan beliau untuk trip ini RM 600 sahaja seorang dimana termasuk pengangkutan, penginapan dan entrance fees.
Trip Bandung 5D4N Hanya RM600
=========================
Cikgu Tg rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman Trip Bandung yang Cikgu Tg rasakan sangat menarik dan berbaloi kerana banyak tempat yang sangat indah permandangannya dapat dilawati dan paling penting murah Ongkosnya, 5 hari 4 malam hanya dengan RM600 sahaja seorang, siap termasuk tiket Flight yer.
Dalam posting kali ini Cikgu Tg akan menceritakan bagaimana mencari Flight yang murah dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati(very recommended) serta bagaimana memaksimumkan perjalanan 5 Hari 4 Malam dengan meminimakan kos penginapan, perjalanan dan lain-lain kos.
Bandung adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat Honeymoon buat pengantin baru kerana permandangannya yang super indah, sesuai untuk merakam detik-detik indah bersama pasangan masing-masing dan lokasinya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.
Buat pengantin lama seperti kami juga sangat sesuai berjalan ke Bandung, boleh dijadikan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kerana pelbagai barangan serta kain-kain menarik boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘syurga shopping’.
Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita semua.
Mengembara Melihat Alam,
Moga Lebih Dekat Dengan Tuhan.
– Cikgu Tg –
Successful Muslim Entrepreneur
Mengembara. Menulis . Menginspirasi
Terima kasih banyak Pn Mardhiah Ismail untuk 8 Tahun Perkongsian Kehidupan yang sangat Indah.
Itinerary
Itinerary kami 5 Hari 4 Malam ke Jakarta dan Bandung. Trip ini tidak menggunakan mana-mana travel Agent Syarikat Perlancongan di Malaysia sebaliknya trip ini diatur sendiri dan hanya menggunakan perkhidmatan Supir di sana. Sangat jimat ongkosnya, semacam ngak percaya.
Hari kedua di Bandung adalah hari Shopping manakala hari ke 3 adalah hari jalan-jalan melihat permandangan. Saya akan ulas satu persatu itinerary ini di setiap gambar insyaAllah.
Tempat pertama lawatan kami adalah ke Taman Mini Indah Indonesia(TMII). Satu taman mini yang sangat luas, mengumpulkan bangunan serta rumah-rumah pelbagai suku kaum yang terdapat di Indonesia.
Salah satu tempat yang paling menarik perhatian di Taman Mini ini adalah Istana Anak-anak Indonesia. Rupanya yang seakan-akan Disneyland menjadikan bangunan ini mencuri perhatian para pelancong yang hadir.
Tidak lengkap berjalan ke Bandung jika tidak ke Pasar Baru. Satu shopping complex yang sangat padat dan menawarkan harga kain-kain serta pelbagai peralatan dengan harga yang sangat murah. Di sini kalian perlu berhati-hati, beg harus di letakkan di hadapan kerana dibimbangi pencopet yang sangat profesional.
Tengahari singgah di My Secret atau The Hobbit. Suatu perkampungan yang sangat indah dengan pelbagai bunga bungaan yang memukau.
Bermain basikal di lereng pergunungan dan merakam detik-detik manis bersama pasangan melalui jurufoto profesional yang sedia menanti di The Lodge Maribaya
Pemandangan yang menakjubkan di Kawah Putih, air di belakang itu berubah-ubah warnanya mengikut kadar belerang, suhu dan cuaca semasa.
Pengangkutan
Pemilihan Flight adalah sangat penting dalam menjimatkan perbelanjaan Trip ini. Jika dilihat Trip pergi kami ke sana hanya RM119 sahaja seorang. Untuk penjimatan maksimum, kalian perlu turun ke Jakarta kerana flight direct ke Bandung lebih mahal berbanding ke Jakarta. Untuk infant(2 tahun ke bawah) kosnya boleh dapat hanya RM10 bergantung kepada flight. Kami pergi dengan Air Asia. Pembelian harus dibuat pada tengah malam. Kami beli murah ini pun dalam masa seminggu, kalau dirancang lebih awal, pasti boleh dapat harga yang lebih murah.
Flight balik juga harus ke Jakarta untuk lebih murah. Alhamdulillah kami dapat Rm131.95 untuk dewasa dan Rm20.49 untuk infant. Kami pulang dengan Malindo Air. Dapat luggage seberat 25kilogram seorang. Membawa pulang segala hasil tangkapan di Bandung.
Pergerakan kami ke tempat-tempat cantik lagi menarik sekitar Jakarta dan Bandung menggunakan khidmat supir yang memandu van yang mampu memuatkan sehingga 12 orang dewasa.
Kami bertuah dapat supir yang komited seawal lepas Subuh sudah di hadapan homestay bersedia membawa kami ke mana saja, meronda Indonesia hingga pulang lewat malam setiap hari tanpa mengeluh.
==========================
Secara umumnya perkara paling penting dalam Trip DIY ini adalah Supir. Disini Cikgu Tg nyatakan segala kos trip.
Supir sahaja 15 seater : 5,250,000 rm150/pax
Van elf 12 seater : 4,650,000 juta : rm1250
Homestay 4 bilik : 1,050,000juta per night, RM292 x 4mlm : rm1168 per house
Jika 8 orang:
Van : rm157 per pax
Penginapan : rm 146
Tiket flight : rm251
Pass masuk van : rm7
Latest entrance : rm56
Entrance fee : rm172
Total : rm672
*Rm556/ pax (extra rm44)* ni utk 10 org
*Rm617/ pax utk 8 org*
Semoga membantu teman-teman yang ingin berjalan ke Bandung dengan harga yang minimum.
+62 812-2037-5375 ini no contact Supir di sana, Pak Dicky, sangat baik dan senang berurusan. Untuk homestay dia akan uruskan juga.
Semoga ada rezeki Pak Dicky yang memberikan layanan terbaik kepada kami sepanjang permusafiran di sana. Mesra dan tidak pernah mengeluh. Sangat recommended Supir ini.
Penginapan
Semua pasti tertanya-tanya bagaimana penginapan yang kami duduki dengan kos berjalan dan penginapan hanya RM600. Kami berlapan bersama dua bayi tinggal di Homestay 4 bilik tidur, 2 bilik air, sangat selesa dan lengkap dengan dapur, meja makan, mesin basuh, peti sejuk dan bilik tidur berhawa dingin. Terbaik. Harganya?
Hanya Rm300 semalam bersamaan rm37.50 seorang untuk satu malam. 4 malam hanya Rm150 per person. Murahkan?
Itu sahaja viral perjalanan di Bandung bajet RM 600 seorang sangat murah dan sangat menarik dengan tempat-tempat yang menarik. Kami ada menyediakan pakej ke Bandung. Banyak lagi pakej yang kami tawarkan dalam negara mahupun luar negara.
Sumber : Cikgu Tg Abdul Ghafar
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!