Hai Guys, Uolls mesti buntu kan kalau nak cari Makanan Halal Yang Ohsem Di Melbourne, Australia ni kan? Uolls Dont worry sangat lah sebab dekat Melbourne ni banyak Je Kedai Makanan Halal yang sedap2 hingga menjilat jari. Lets Check it Out.
TOP 6 MAKANAN HALAL YANG OHSEM DI MELBOURNE, AUSTRALIA
1. NASI LEMAK HOUSE

Kedai makan yang bertemakan Malaysian hawker food ini adalah kedai makanan halal di Melbourne yang sering dikunjungi oleh semua Pelancong yang mencari hidangan Halal.
Antara menu yang menarik disini adalah seperti Nasi Lemak, Kuetiau Goreng & Teh Tarik. Makanannya yang Sedap dan harga yang ditawarkan berpatutan. Malah kuantiti makanannya juga amat puas hati.
Lokasi : 115 Grattan ST Carlton 3053 Victoria, Australia
No. Telefon : +61 3 9348 4900
Waktu Operasi : 12PM – 10PM (Setiap Hari)
2. CHILI PADI MAMAK KOPITIAM
Chili padi Mamak Kopitiam merupakan kedai makanan Melayu yang lazat dengan harga yang berpatutan. Restoran ini terletak di Melbourne, Victoria & sesuai untuk pengunjung Islam yang ingin makan hidangan tradisional Malaysia.
Restaurant ni hanya 5km dari Melbourne City di antara pusat membeli belah Costco di Harbour Tour. Sesiapa yang melancong ke Melbourne yang rindu dengan masakan melayu boleh la datang ke sini.
Restaurant menawarkan hidangan makanan halal Indian, Chinese & Malaysian. Mamak nasi kandar pun ada tau, boleh pilih nak gulai ayam, beef rendang or butter chicken & banyak lagi.
Address: 295 Racecourse Rd, Kensington, VIC, 3031
Phone Number: 03 9376 0228
3. CBD KEBAB
CBD Kebab ini amat luar biasa rasanya kerana Dagingnya juicy dan terdapat pelbagai jenis sos yang disediakan. Menu paling Popular ialah Halal Snack Pack yang merupakan gabungan antara daging yang empuk & Fries yang sedap.
Kebab merupakan pilihan terbaik apabila anda sedang mencari makanan halal di Melbourne, Australi. Tunggu apa lagi, Jom cuba CBS Kebabs yang menyediakan pelbagai masakan halal yang semuanya enak & lazat seperti Lamb Kebab, Falafel dan banyak lagi.
Lokasi: CBS Kebabs, Flinders Street, Melbourne xosv4733
Waktu Operasi: 10 pagi – 4 pagi (Ahad – Khamis)
10 pagi – 7 pagi (Jumaat – Sabtu)
4. NORSIAH KITCHEN
Kedai Norsiah’s Kitchen menjadi Destinasi kegemaran bagi sesiapa yang mencari makanan berlauk berkonsepkan masakan Nusantara. Kedai ini menjadi kunjungan yang wajib bagi Pelancong yang mencari makanan Halal.
Kedai ini juga bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong luar negara malah penduduk tempatan juga singgah ke kedai ini untuk menikmati makan tengah hari disini.
Norsiah Kitchen menyediakan makanan Halal yang lazat2 & harga yang ditawarkan cukup berbaloi.
Lokasi : 604 Swanston ST, Carlton VIC 3053, Australia.
No. Telefon: +61 3 9347 7079
Waktu Operasi :11 AM – 9 PM (Isnin – Jumaat)
11 AM – 7 PM (Sabtu)
5. NELAYAN
Restoran ini adalah bertemakan hidangan Indonesia iaitu sajian prasmanan. Pengunjung restoran ini juga dikehendaki untuk mengambil sendiri makanannya mengikut selera masing-masing.Restoran Nelayan ini menawarkan pelbagai jenis lauk pauk yang dipilih & dinikmati.
Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelancong daripada Indonesia & Malaysia. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan & sesiapa sahaja yang singgah ke restoran ini pasti berpuas hati.
Lokasi: Nelayan Restaurant, Swanston Street, Melbourne
Waktu Operasi: 11 pagi – 9 malam (Setiap Hari)
No. Telefon : 03 96635886
6. SARAWAK KITCHEN EXPRESS
Sarawak Kitchen Express cukup dikenali dengan nasi ekonominya. Anda dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan Cina Malaysia yang diletakkan pada satu meja yang.
Restoran ini merupakan restoran layan diri yang memerlukan pelanggannya mengambil makanan sendiri.
Sama seperti konsep Kedai Makan Tengah Hari di Malaysia.Ia adalah destinasi kegemaran di kalangan rakyat Malaysia dan warga Singapura yang mahukan makanan yang sedap, lazat & murah di Melbourne, Australia.
Lokasi :83-93 Franklin St, Melbourne VIC 3000, Australia
Waktu Operasi : 11.30 am – 9.30 pm (Setiap Hari)
No. Telefon :+61 3 9654 3801
7. MAMAK
Mamak adalah sebuah restoran Malaysia yang memenangi anugerah, dengan cawangan di Sydney dan Melbourne. Dinamakan dengan gerai-gerai di Kuala Lumpur yang menjual makanan jalan Melayu India, Mamak terkenal dengan rasanya yang asli & tradisional, dengan perkhidmatannya yang mesra.
Dahulu hanya berniaga roti secara kecilan tetapi kini merupakan salah satu restoran Malaysia yang paling terkenal di Australia.
Tujuan mereka mewujudkan Restoran Mamak ini adalah untuk memberikan suasana & pengalaman yang setanding dengan mamak yang biasa di Malaysia.
Lokasi :366 Lonsdale St, Melbourne VIC 3000, Australia
Waktu Operasi :11.30am – 2:30pm & 5.30pm – 9.30pm (Ahad – Khamis) 11.30am – 2:30pm & 5.30pm – 10.30pm (Jumaat & Sabtu)
No. Telefon : +61 3 9670 3137
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!