Ini antara budaya di Semporna yang anda perlu tahu jika anda seorang warganegara Malaysia. Semporna terletak di Sabah dan ia salah satu negeri yang berada di Sabah.
Semporna ada pantai yang tercantik didunia kerana keindahan pantai dan pulau yang sangat cantik dan unik untuk pelancong luar datang menikmati keindahan yang ada di sana.
Banyak yang kita boleh pelajari tentang budaya di Semporna ini.
Selatan-timur terikat dari ibu kota Kota Kinabalu Sabah di daerah Tawau adalah Semporna, sebuah bandar yang tenang dan air laut yang sangat tenang, pelbagai kehidupan marin dan coral-coral hidup yang cantik.
Ini adalah syurga bagi penyelam. Terutama oleh masyarakat etnik Bajau Laut, Semporna adalah merupakan satu kampung nelayan.
Perikanan, pertanian rumput laut, pertanian udang, pertanian mutiara dan kerja perindustrian akuakultur sebagai sumber pendapatan penduduk setempat disana.
Ia tidak sama seperti bajau darat dan kadazandusun yang tinggal di kawasan hutan pedalaman. Bajau laut adalah orang laut yang hidup diatas laut dan menangkap hasil dilaut untuk dijual.
Apa yang terbaik disni mempamerkan budaya mereka seperti perayaan Regatta Lepa-Lepa tahunan pada bulan April. Ia adalah perlumbaan bot tradisional yang diadakan di Semporna setiap tahun di mana keindahan warna bot nelayan yang berwarna-warni untuk perlumbaan yang mesra.
Di Semporna anda akan melihat keindahan warna warni di sana.
Jika disemenanjung Malaysia pasar sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk mencari bahan basah ataupun kering untuk masak ia sama juga seperti pasar di Semporna.
Di Sempporna ada kedai makan yang menyediakan makanan tempatan dan senang untuk mencari makanan yang ingin mengisi perut anda disekitar Semporna ini.
Jika berada di tepi laut anda boleh dapat banyak makanan laut yang segar dan murah kerana ini adalah salah satu kenapa ramai pelancong melancong ke Semporna.
Ramai yang datang berjalan ke Semporna kerana ingin melihat keindahan batu karang, ikan dan juga pantai pasir putih yang sangat menakjubkan yang terdapat di pulau-pulau terbesar di persisiran Semporna.
Kebanyakkan terumbu karang di Semporna terletak di rantau segitiga terumbu karang di mana spesis haiwan dalam laut paling banyak ditemui. Semporna adalah tempat yang sesuai bagi yang ingin menyelam.
Ini adalah salah satu syurga bagi penyelam dan ad menyediakan perkhidmatan bot untuk pergi ke pulau-pulau. Di pulau bahagian Semporna akan dapat melihat banyak kehidupan laut seperti kura-kura, jerung putih, dan ikan-ikan tropika.
Antara 5 tempat menyelam teratas di dunia Pulau Sipadan adalah yang paling terkenal di semua pulau semporna.
Di Semporna terdapat banyak resort, hotel bajet dan juga backpacker yang akan memberi keselesaan untuk anda tidur. Semasa check-in pastikan anda bertanya jika hotel itu boleh menempah aktiviti yang berada disitu.
Banyak hotel bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang menyediakan menyelam dan snorkeling tempatan dan juga hotel boleh membantu pelanggannya untuk menempahnya pergi ke pulau sekitarnya.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Sabah anda boleh melayari website ini . http://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/pengenalan
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!