Keindahan Norway, Eropah Yang Akan Membuat Anda Terpesona & Terpegun. Norway adalah sebuah Destinasi Pelancongan yang Wajib anda kunjungi untuk menikmati pemandangan alam semula jadi yang cukup menawan & menyenangkan.
Nak ketahui lebih lanjut, Lets Check It Out.
TOP 10 KEINDAHAN NORWAY, EROPAH YANG AKAN MEMBUAT ANDA TERPESONA
1. TROMSO
Tromso adalah sebuah Kota Terbesar di Utara Norway. Terdapat banyak rumah kayu yang unik & mempunyai gayanya yang tersendiri. Kebanyakan orang datang ke sini untuk melihat sendiri keajaiban cahaya utara yang dikenali sebagai Aurora Borealis & Northern Lights.
Fenomena ini hanya dapat dilihat di negara yang berada di dalam lingkungan bulatan artik , antara bulan Oktober hingga Mac setiap tahun.
2. BERGEN
Bergen adalah Kota Kedua Terbesar di Norway yang memberikan imej klasik Norway. Ia adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang masih lagi dipelihara hingga kini dengan mempunyai 60 Bangunan Bersejarah.
Bergen adalah Destinasi yang paling sesuai untuk berkelah & bersiar-siar melalui bangunan sambil menikmati pemandangan semasa Matahari Terbenam.
3. TROLLTUNGA
Trolltunga adalah salah satu Destinasi yang memiliki keunikannya tersendiri & Destinasi paling Popular dikalangan Pelancong. Terdapat sebuah batu yang berbentuk seperti lidah yang merupakan salah satu port cantik untuk menangkap gambar.
Pemandangan dari puncak Trolltunga amat menakjubkan sehingga anda tidak dapat melupakannya.
4. KJERAGBOLTEN
Kjeragbolten adalah batu besar yang tersepit diantara 2 bukit yang tinggi. Sekiranya anda seorang yang berani, jangan lepaskan peluang untuk berdiri di atas batu tersebut.
Kjeragbolten juga adalah Lokasi yang popular dikalangan pendaki gunung. Semestinya Kjeragbolten tidak lepas dari Pemandangannya yang indah & menawan.
4. OSLO
Oslo merupakan Ibu kota Norway yang amat tenang kerana seluruh kawasannya dikelilingi taman-taman hijau & hutan. Meskipun ia sebuah bandar moden terbesar di Norway, ia tetap menjanjikan anda pemandangan yang indah & cantik.
Selain itu, anda boleh berkunjung ke Vigeland Park, Holmenkollen, Aker brygge District & banyak lagi Destinasi menarik di Oslo, Norway.
5. HAMNOY
Hamnøy di Lofoten adalah salah satu Destinasi yang Terbaik di Norway. Kampung nelayan kecil di Hamnøy adalah kampung yang tertua di Lofoten.
Anda pasti akan kagum dengan Rumah Kayu yang unik serta dikelilingi dengan gunung-ganang yang melengkapi keindahan di Hamnøy ini.
6. BRIKSDALSBREEN GLACIER
Gletser Briksdalsbreen adalah Destinasi Terhebat di Norway yang patut anda kunjungi. Tetapi untuk tiba ke Gletser Briksdalsbreen agak mencabar kerana anda harus mendaki naik hingga ke Gletser Briksdalsbreen.
Segala penat lelah anda pasti akan dibayar dengan view yang menakjubkan di sana.
7. ALESUND
Alesund adalah salah satu pantai barat Norway yang indah. Bandar ini dibina semula pada tahun 1904 selepas berlakunya peristiwa kebakaran besar suatu ketika dahulu.
Kini Alesund merupakan salah satu bandar tercantik di dunia. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menerokai view yang mengagumkan di Alesund ini.
8. MJELLE BEACH, BODO
Mjelle Beach adalah sebuah pantai yang amat menyenangkan kerana angin lautnya yang sesepoi-sepoi bahasa. Pantai ini juga digelar sebagai syurga di Norway untuk jurugambar kerana pemandangan yang semulajadi & ajaib.
Pantai ini mempunyai sejarahnya yang unik kerana dikatakan bahawa terdapat zarah batu permata di dalamnya.
9. TRONDHEIM
Trondheim adalah Bandar Ketiga Terbesar di Norway & pernah menjadi ibukota Norway. Terdapat beberapa mercu tanda bersejarah menjadi Tarikan Utama di Trondheim.
Selain itu, Trondheim juga mempunyai jambatan yang menghadap sungai iaitu Old Town Bridge. Anda boleh menikmati keindahan di Trondheim sambil berdiri di atas jambatan itu.
10. SVALBARD
Svalbard merupakan pulau yang terletak di antara Samudera Arktik, Laut Barents, Laut Greenland & Laut Norwegia. Kebanyakan pelancong mengunjungi Svalbard untuk menikmati keindahan alam & gunung-gunung yang terpelihara.
Selain itu, anda berpeluang melihat beruang kutub, rubah kutub, anjing laut & walrus jika anda bercuti ke sini.
MIDNIGHT SUN
Jika anda ingin tahu sebenarnya semasa musim panas, anda boleh mengalami sehingga 24 jam cahaya matahari di atas Arctic Circle iaitu matahari juga akan muncul di tengah malam.
Haaa kalau anda tidak percaya, cepat2 pergi berkunjung ke Norway untuk melihat keajaiban yang mengagumkan ini.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!