Pulau Langkawi sememangnya syurga untuk warga ibu dan isteri. Mana tidaknya, dengar sahaja Langkawi, pasti terbayang pinggan mangkuk yang indah di minda. Ianya adalah kegemaran untuk sang isteri dan sang ibu.
10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI LANGKAWI
Berikut kami sediakan 10 tempat makan di Langkawi yang menarik buat anda yang masih keliru. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
1. Desa Permata Ikan Bakar Seafood
Desa Permata Ikan Bakar Seafood adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan selera tempatan dalam harga yang lebih murah daripada kebanyakan kedai seafood lain.
Seperti nama kedai, menu utama di sini adalah ikan bakarnya yang disertakan dengan sos istimewa yang akan membuat anda makan sambil menjilat jari. Selain ini, sebenarnya terdapat banyak lagi makanan seafood yang boleh dipilih.
Anda boleh menikmati seafood yang diingini dengan pelbagai jenis masakan ala kampung yang ditawarkan seperti asam pedas, masak lemak, gulai panas dan sebagainya.
Alamat: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
2 Nasi Dagang Pak Malau
Pemandangan sawah padi dan gunung mendamaikan pengunjung yang datang untuk makan di Restoran Nasi Dagang Pak Malau. Menu utama mereka adalah nasi dagang yang berasal dari Terengganu
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 2pm), ditutup pada hari Selasa
3. Restoran Orkid Ria
Bukan senang nak jumpa restoran yang sentiasa dipenuhi pelanggan tapi dalam masa yang sama dapat memberikan layanan pantas kan? Tapi beginilah layanan pelanggan di Restoran Orkid Ria, memang tip-top!
Terletak di Pantai Cenang, sebuah kawasan pantai yang indah, anda boleh menjangkakan hidangan makanan laut yang cukup segar. Apa yang anda ingin merasa? Udang karang? Udang galah? Tiram? Ketam? Atau bermacam-macam lagi, anda boleh memilih makanan laut yang diinginkan melalui akuarium gergasi yang diletakkan di ruang masuk restoran.
Antara hidangan yang terkenal di sini adalah seperti udang harimau masak lada hitam, ketam masak cili dan ketam yang dibakar bersama keju.
ALAMAT: Lot 1225, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi : Setiap Hari (12.00 pm – 3.00 pm, 6.00 pm – 11.00 pm)
4. Kak Yan Nasi Campur Langkawi
Murah semacam! Bagi sesiapa yang ingin berjimat tapi tak rela membiarkan lidah merasai masakan yang tak mencapai standard, mai singgah ke restoran Kak Yan Nasi Campur Langkawi.
Betapa murahnya masakan yang dihidangkan di sini sehinggakan ada yang mengatakan jumlah bayaran yang dikenakan untuk hidangan lengkap yang penuh dengan lauk bagi 7 orang pun masih tidak lebih dari RM50!
Bagi anda yang datang bersama keluarga, tidak perlu lagi memandang restoran lain kalau anda ingin menyelamatkan poket dari kebocoran.
Apa hidangan yang ada di sini? Terlalu banyak, mencecah sehingga 50 jenis masakan berbeza. Selain nasi campur, makanan lain yang patut dicuba adalah laksa utara, bubur kacang dan juga bubur jagungnya.
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin (8.30 am – 4.00 pm) | Isnin (Tutup)
5. Selera Lubuk Buaya
Walaupun murah, ia tidak merendahkan mutu makanannya. Malah, restoran ini dianggap yang terbaik di kawasan tersebut. Makanan dan minuman juga disediakan dengan cepat walaupun anda datang dalam kumpulan yang agak besar.Dan harga juga sangat dijangkau murah.
Lokasinya tidak jauh dari Pantai Cenang dan di penghujung jalan Pantai Tengah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk di sini. Tapi, apa yang penting adalah ia dikenali murah di kalangan para pelanggannya.
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3pm – 2am), Ahad (3pm – 12am)
6. The Kasbah
The Kasbah adalah salah satu khazanah tersembunyi di Langkawi kerana kedudukannya yang jauh dari kesibukan kota dan agak tersorok. Untuk memudahkan anda mencari lokasinya, gunakanlah Google Map. Walaupun agak tersembunyi, percayalah, selepas merasai hidangan di restoran ni, lokasi restoran ini pasti akan terus tersemat di ingatan.
The Kasbah menawarkan beraneka menu yang mengiurkan daripada masakan tempatan hinggalah kepada masakan barat. Mana satu selera yang anda ingin puaskan?
Salah satu makanan yang boleh dicuba di sini adalah Phat Boy Cheese iaitu burger daging yang diselaputi oleh keju yang meleleh, jeruk bawang, tomato, salad dan juga mustard. Dalam setiap hidangan burger ini juga turut lengkap dengan french fries dan sos tartar yang dihasilkan sendiri oleh chef restoran.
Alamat: Lorong HJ Salleh Lot 1301, Kampung Bohor Tempoyak, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 11.00 pm)
7. Yellow Café
Yellow Cafe ini pula menawarkan keunikan yang baru yang dibuat seperti negara barat dimana cafe nya terletak di persisiran Pantai Cenang dan pasti akan menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai sambil menikmati matahari tenggelam.
Makanan yang disediakan kebanyakannya adalah makanan barat. dan boleh meluangkan masa sehingga larut malam .
ALAMAT : Lokasi berdekatan dengan Underwater World Langkawi.
Underwater World Langkawi Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah.
WAKTU OPERASI : ISNIN- AHAD ( 11 am- 12am)
8. Jai Island Cafe
Jai Island Cafe ini terletak pekan Kuah dan dibuka dari petang hingga larut malam. Di sini ada menu masakan kampung, thai, tempatan dan juga western. Tempat makannya juga sangat cantik dan selesa.
Kebanyakan makanan di sini sangat sedap lebih-lebih lagi makanan baratnya. Dan pelbagai masakan boleh dapat di cafe ini.
ALAMAT : Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
WAKTU OPERASI : isnin- ahad ( 5-12am)
9. Halim GP Gulai Panas Airport
Disini anda boleh memilih udang, ikan , ketam dan sotong dimasak dengan kesesuaian kehendak perut anda. Boleh dimasak kari, gulai goreng tepung dan macam-macam lagi. Dimakan pula dengan ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang sedap. Harga juga berpatutan.
ALAMAT : No 4 , Jalan Lapangan Terbang ,Kg. Bukit Nau Langkawi
WAKTU OPERASI : AHAD -SELASA ( 6pm -12 am )
10. Hafiz Rojak Pantai Kok
Makanan sudah pasti menjadi tujuan kita mencari kedai makan. Keistimewaan dan kelebihan Hafiz Rojak adalah makanan dan pemandangan indah Pantai Kok di depan .Hidangan mesti cuba di sini ialah rojak pasembur , laksa , mee rebus dan banyak lagi .
Dari segi harga juga amat berpatutan. Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup datang ke sini walaupun sebenarnya lokasi ini agak jauh dari Kuah dan Pantai Cenang. Hafiz Rojak ini sebenarnya berhampiran dengan Telaga Habour Park dan Skytrex Adventure Langkawi.
ALAMAT : Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
WAKTU OPERASI : SELASA -AHAD ( 2pm-7.30 pm)
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!