Bosnia adalah sebuah negara yang sarat dengan pelancong memandangkan terdapat banyak tempat percutian yang harus dikunjungi ramai.
Ia berada di bawah pemerintahan parlimen di semenanjung Balkan bersama dengan Herzegovina. Boleh dikatanya ia merupakan bandar yang bergabung.
10 Tempat Menarik Di Bosnia dan Herzegovina Untuk Bercuti
Bandar Bosnia merupakan bandar klasik kerana banyak senibina asal dikekalkan dan terpelihara dari zaman dahulu . Jom lihat tempat menarik di Bosnia sesuai untuk percutian bersama kawan-kawan dan keluarga.
1. Sarajevo
Sarajevo adalah ibu kota bagi negara Bosnia yang menjadi tempat percutian ramai. Selain tempat percutian Eropah, ia juga merupakan tempat menarik di Bosnia sesuai untuk anda bercuti dengan kawan dan keluarga. Terdapat gereja, Masjid, katedral Ortodok, Katedral Katolik dan juga Sinagog.
Walaupun bangunan klasik yang cantik ini membolehkan anda bergambar, pastinya menikmati seni bina bandar ini lebih penting lagi untuk dihayati. Anda juga berpeluang melihat pertunjukan Jazz di sini
2.Gunung Bjelasnica
Bagi pencinta salji dan para pendaki, anda tak harus lepaskan peluang ke Gunung Bjelasnica. Kawasan ini terdiri daripada gunung dan air terjun beku.
Tempat menarik di Bosnia ini mula dikenali ramai pelancong sejak aktiviti Sukan Olimpik Musim Sejuk Sarajevo 1984.
3. Blagaj
Bandar Blagaj merupakan sebuah bandar yang kecil, hanya beberapa batu dari selatan Mostar. Bandar ini terletak di sungai Buna.
Ia adalah salah satu tempat yang pasti akan membuatkan anda terpukau sebaik sahaja melihatnya, daripada telaga sungai sehinggalah ke restoran dan kafe-kafe yang ada membuatkan tempat ini sangat tenang untuk bersantai.
4. Jablanica Lake
Tasik ini boleh dikatakan sebagai satu sumber yang sangat penting di sini. Tasik ini bersempadan dengan banyak penempatan dan juga digunakan untuk beberapa tujuan.
Tasik ini digunakan untuk menjana kuasa elektrik, serta juga berfungsi sebagai salah satu summer destination yang paling top untuk memancing, bermandi-manda dan berenag, serta sukan air dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain.
Antara penempatan yang dikenali di sini termasuklah Ostrozac, yang menjadi tuan rumah di garisan permulaan rowing marathon tahunan mereka, dan juga Donje Paprasko, lokasi pantai awam dan juga tuan rumah untuk garisan penamat marathon tersebut.
5.Kravice Waterfalls
Air terjun yang setinggi 25 meter ini terletak di sungai Trebizat. Ianya terletak kira-kira 10 km dari selatan bandar Ljubuski dan 40 km dari selatan Mostar.
Kawasan di sekitar Kravice Waterfalls ini juga ada terdapat kafe comel, rope swing, kawasan untuk berkelah dan juga tempat untuk berkhemah.
6.Stari Most di Mostar
Tak sah kalau anda tak ke Stari Most! Anda mesti melawat Kota Lama Mostar. Di sini letaknya Jambatan Lama atau Stari Most.
Jambatan ini dibina ketika era pemerintahan Uthmaniyah tapi telah musnah ketika Perang Bosnia. Jambatan ini telah dibina semula dan menjadi simbol kedamaian.
7.Keindahan Alam Semulajadi
Seterusnya, 10 sebab Bosnia wajib ada dalam ‘bucket list’ percutian anda kerana Bosnia mempunyai alam semulajadi yang indah.
Jika teringin bermain salji, kawasan pergunungan Bjelašnica menawarkan kemudahan resort ski yang hebat.
Nikmati keindahan Vrelo Bune, sungai daripada mata air semulajadi bawah tanah dengan air yang kebiruan. Jenguklah rumah Sufi, Blagaj Tekke yang terletak di tebing Vrelo Bune.
8. Lukomir
Kampung yang berada di puncak tertinggi di negara ini berada pada altitude 1,495m di Gunung Bjelasnica, ia juga adalah rumah kepada masyarakat Bosniak tradisional yang berpindah-randah.
Memakai pakaian tradisional, dan tinggal di rumah-rumah batu dan kayu purba, kampung ini kembali ke zaman pertengahan, dengan melihat tinggalan ‘stecci’ purba atau batu nisan.
Pemandangan dan mendaki Rakitcina Canyon akan menambah pengalaman semasa melancong.
9. Taman Negara Sutjeska
Di sini anda akan menemui beberapa laluan mendaki yang paling tersembunyi di Eropah melalui hutan terakhir purbakala, Peru. Tambahan, Gunung Durmitor akan membuatkan anda rasa lebih kagum dengan keindahan semula jadinya.
Bukan hanya itu sahaja, dengan beberapa puncak yang boleh membuatkan otot-otot anda ‘lelah’ seperti Maglic(2,386m), ataupun Uglejsn (1,858m). Jika anda suka tempat renang yang lasak, pek baju renang dan pergi ke tasik Donje Bare.
10.Mostar
Mostar adalah tempat di mana semua jambatan terkenal berada di situ, Jambatan Stari Most sepanjang Sungai Neretva di bina semasa Empayar Uthmaniyyah, tetapi musnah dalam perang.
Ia kini dipulihkan dan menjadi simbol terbesar bagi penyatuan Muslim, Croat dan Serb. Jika anda boleh, naiklah kereta api dari Sarajevo yang melalui gunung dan sungai. Disebabkan adanya kereta api ini, jadi anda dapat melawat kawasan yang tenang ini.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!