Pulau Pinang adalah lokasi tumpuan pelancong paling terkenal di Malaysia. Ibu Negeri Pulau Pinang iaitu Georgetown telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Jika anda merancang bercuti di Pulau Pinang dan tercari-cari tempat menarik di Penang untuk dilawati, anda datang ke tempat yang betul.
5 Lokasi Wajib Pergi di Pulau Pinang, Malaysia
Artikel ini menyenaraikan sebanyak 5 lokasi wajib pergi sewaktu anda di Pulau Pinang. Ada yang percuma dan ada yang berbayar dan menepati selera anda.
1.Seni Jalanan Georgetown
Seni jalanan banyak dijumpai di sekitar bandar Georgetown. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah memulakan kempen untuk menghias Georgetown dengan seni jalanan.
Artis tempatan diberi peluang menghasilkan seni mereka berkisarkan kisah penduduk tempatan dan sejarah bandar tersebut. Ernest Zacharevic juga pernah dijemput menjalankan projek seni jalanan bernama “Cermin George Town”.
- Bayaran Masuk – Percuma
- Waktu Operasi – 24 Jam
Alamat – Di Sekeliling Bandar Georgetown
2. Masjid Kapitan Keling
Pengerusi Qaryah Masjid Kapitan Keling, Meera Mydin Mastan, berkata masjid itu diasaskan oleh seorang kapten kapal daripada India Selatan, Caudeer Mohideen Maicar dan dibangunkan ketika Pulau Pinang menjadi lokasi tumpuan bagi masyarakat India Muslim menjalankan perniagaan mereka di sini.
Masjid ini juga bersejarah yang dibina dengan gaya Moghul ini direka oleh arkitek Jerman. Ianya dibina pada tahun 1801 bagi memudahkan masyarakat India Muslim beribadat. Masjid ini dinamakan “Kapitan Keling” sempena gelaran yang diberikan kepada Cauder Mydin Merican yang merupakan pemimpin komuniti tersebut. Lawatan berpandu percuma juga ada untuk tetamu bukan islam.
Bayaran Masuk – Percuma
Waktu Operasi –
- Isnin – Khamis : 11:30 A.M – 1 P.M & 2:00 P.M – 6:00 P.M |
- Jumaat : 2:30 P.M – 6:00 P.M |
- Sabtu – Ahad : 11:30 A.M – 1.00 P.M & 2:00 P.M – 6:00 P.M
3. Rumah Agam Cheong Fatt Tze
Sebuah rumah yang unik lagi bersejarah yang terletak di bandar Georgetown, Pulau Pinang kini menjadi tarikan utama pelancong untuk berkunjung ke Pulau Mutiara tersebut. “Rumah Agam Cheong Fatt Tze” merupakan struktur bangunan bersejarah yang telah berusia 130 tahun, dengan keindahan seni bina ” Hakka-Teochew”.
Lebih membanggakan apabila baru-baru ini Rumah Agam Cheong Fatt Tze telah mendapat pengiktirafan daripada ‘UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu).
Bayaran Masuk – Dewasa: RM 17.00 | Kanak-Kanak : RM 8.50.
Waktu Operasi – Lawatan Berpandu
- Isnin – Jumaat: 11.00 A.M, 2.00 P.M & 3.30 P.M (Bahasa Inggeris) |
- Sabtu – Ahad : 11.00 A.M & 2.00 P.M (Bahasa Inggeris)
- 12.00 P.M & 3.30 P.M (Bahasa Cina)
Alamat – 14, Lebuh Leith, 10200 Penang.Alamat -14, Jalan Buckingham, 10200 George Town, Penang.
4. Gereja St. George
Didedikasikan kepada santo penaung England, Gereja St George adalah gereja Anglikan tertua dibina di Asia Tenggara dan yang terbesar di Malaysia.
Pada 1817, bibit untuk pembinaan rumah ibadah yang besar ini telah ditabur dan setahun kemudian, pembinaan disiapkan dengan kos 60,000 dolar Sepanyol – jumlah yang cukup besar pada zaman itu!
Bayaran Masuk – Percuma
Waktu Operasi –
- Isnin – Khamis: 10.00 A.M – 4.00 P.M. |
- Jumaat – Ahad : Tutup Untuk Memberi Laluan Kepada Penganut Kristian Beribadat)
Alamat – 1, Lebuh Farquhar, 10200 George Town, Penang.
5. The Habitat Bukit Bendera
Projek eko-pelancongan ini terdiri daripada laluan semula jadi, Curtis Crest Tree Top Walk di mana pengunjung dapat melihat matahari terbenam dan bintang-bintang pada waktu malam, Langur Way Canopy Walk yang merupakan satu-satunya jambatan “two ribbon” di dunia, kawasan rehat berbentuk heli pad dan buaian gergasi.
Bayaran Masuk –
- Dewasa : RM 50.00 |
- Kanak-Kanak, Pelajar & Warga Emas : RM 30.00 |
- Pakej Keluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) : RM130.00 |
- OKU : Percuma
Waktu Operasi – Setiap Hari : 9.00 A.M – 7.00 P.M
Alamat – The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia.
Ini senarai 5 tempat menarik di Pulau Pinang yang mesti anda lawati. boleh terus melawat di laman web rasmi Penang Global Tourism untuk maklumat lanjut.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!