Mersing yang terletak kira-kira 136 km dari Johor Bahru, kini merupakan lubuk tumpuan para pelancong dan pencinta alam khususnya ke beberapa buah pulau di daerah ini.
5 Pulau Cantik Di Mersing, Johor
Pulau-pulau di negeri ini bukan sahaja memiliki pemandangan dan batu karang yang cantik, malahan mempunyai tarikan lain seperti membuat aktiviti fotografi, memancing, menyelam skuba, dan snorkeling dan lain-lain .

Pulau Dayang
Pulau Dayang teletak bersebelahan dengan Pulau Aur. Ia juga antara lokasi terbaik untuk melihat hidupan marin selain menikmati keindahan air laut yang jernih, bersih dan membiru dan pasir yang putih dan halus seperti berada di Maldives.
Dan tidak perlu risau tentang tempat penginapan kerana di sini terdapat beberapa hotel dan resort. Bagi peminat penyelam skuba, pulau ini menjadi tempat laluan dan pembiakan ikan yu, paus dan juga pari.

Pulau Besar
Pulau besar, Mersing menjadikan tumpuan pelancong dalam negara mahupun dari luar negara kerana pemandangan laut dan resort-resort yang cantik yang tidak perlu di risaukan.
Inilah pulau yang memiliki syurga dunianya dengan pantai dan pelbagai spesies hidupan marin yang cantik, batuan karang yang mempesonakan, pasir memutih, resort yang selesa,
Apa lagi yang anda mahukan untuk menikmati percutian yang menyeronokkan
Pulau Besar ini dikenali dengan nama Pulau Babi Besar. Hal ini kerana dipercayai terdapat banyak babi hutan di sini, namun kini hidupan tersebut telah menghilang.

Pulau Tengah
Pulau Tengah juga merupakan pulau persendirian yang tidak asing bagi kaki melancong. Pulau indah ini terletak 15 km dari jeti Mersing.
Dahulunya, pulau ini terkenal kerana pernah menjadi tempat berlindung orang pelarian Vietnam pada sekitar tahun 70-an dan telah ditutup pada tahun 80-an.
Pulau ini juga terdapat beberapa Resort mewah dan cantik Harga semalam bermula RM1,500 Ke atas dan mempunyai kolam renang menghadap ke laut.

Pulau Pemanggil
Jarak ke pulau ini kira-kira 45 km dari Mersing dan perjalanannya mengambil masa yang agak lama. Seperti pulau cantik yang lain, pulau ini juga mempunyai air dan pantai yang mempesonakan.
Buat kaki pancing pula, jangan lepaskan peluang untuk memancing kerana di sini merupakan lubuk pelbagai spesis ikan yang mukin jarang ditemui di pulau-pulau yang lain.
Pastikan juga jika ingin menginap di pulau ini, buatlah tempahan awal kerana hanya terdapat Lanting Beach Resort di sini.

Pulau Harimau
Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat.
Untuk ke pulau ini boleh naik dari jeti mersing . Anda juga oleh melihat beberapa gua yang cantik dan kolam lagun yang warna biru .
Lihat review pakej Island Hopping day trip Mersing kami
Tempah pakej bersama kami
Mersing Island Hopping Seri Buat Day trip
Mersing Island Hopping Pulau Tinggi Day trip
wahhh.. cantik sekali.. ingin rasanya liburan..
bagus bangett
kalau nak ka sana 3d 2n berapa ?
dan mancing naik boat
bole beri harga.
naik dari jetty mana?
kita buat daytrip je tuan. pakej bermalam tiada di mersing
pesona terbaik ada di pantai, sangat indah
wah jadi pengen kesana nih