Ini adalah 5 souvenirs yang anda perlu beli jika anda ke Yogyakarta. Jika anda merancang untuk melancong ke Yogyakarta. Anda tidak tahu barang apa yang anda ingin beli untuk souvenirs??
5 Souvenirs Yang Anda Perlu Beli Jika Anda Ke YOGYAKARTA
Jangan risau, sekiranya anda belum membuat kajian mengenai barang unik untuk dibawa balik dari bandar Yogyakarta. Disini saya senaraikan 5 souvenirs yang anda perlu beli jika anda ke Yogyakarta untuk anda membuat pilihan semasa berada di Yogyakarta.
1. Perhiasan Perak
Perak menjadi Souvenirs yang wajib anda beli di Yogyakarta. Jika anda ingin mendapatkan perak anda boleh datang ke Kotagede ia mengambil masa 10 minit sahaja dari pusat bandar.
Kotagede ini sangat terkenal sebagai penghasil perak sejak zaman kerajaan Mataram. Di bandar Yogyakarta anda boleh melawat muzium pameran perak atau pusat kerajinan perak.
Di sini ada pelbagai bentuk dari perhiasan untuk hiasan dinding/meja. Kualitinya sangat dititik beratkan dan snagat berkualiti tinggi. Perak banyak dihantar ke luar negara sejak zaman Belanda jajah Indonesia.
Alamat: Jl Kemasan 26, Kotagede, Yogyakarta
Website: http://www.tokoperakkotagede.com
2. Barang Kulit Berkualiti Tinggi
Yogyakarta juga terkenal dengan produk kulit yang bermutu tinggi seperti beg, kasut, tali pinggang, bagasi dan barang kemas yang dibuat oleh orang tempatan.
Terdapat banyak tempat boleh beli untuk membeli barangan kulit tetapi Kaula Leather adalah antara yang disukai ramai orang kerana mereka menawarkan anda untuk menyertai bengkel pembuatan kulit, jadi anda boleh membuat dengan hasil tangan anda sendiri.
Pelbagai pilihan kursus pembuat kulit mengikut apa yang anda minat untuk belajar semasa anda melancong di Yogyakarta. Yuran untuk menyertai kursus pembuatan kulit dari 350 ribu rupiah sehingga 3.5 juta rupiah tetapi untuk bengkel ini, anda perlu booking terlebih dahulu.
Alamat: Jalan Jaya Darma No 36.B Tirtonirmolo – jl Bugisan Selatan Kasihan, Bantul, Yogyakarta.
Website: http://www.kaula-leather.com .
3. Batik Kayu
Batik adalah tanda warisan di Jawa. Bentuknya berubah mengikut masa dan teknologi semasa. Orang di Desa Krebet sangat handal dalam menghasilkan batik kayu.
Mereka mengolah pelbagai ukiran kayu didalam karya-karya batik yang unik. Kebanyakannya digunakan untuk hiasan rumah serta peralatan harian seperti set makan, dulang dan kotak tisu.
Disini anda boleh tawar menawar semasa membeli barang kerana anda boleh dapat lagi murah dari harga biasa yang dijual.
Alamat: Kampung Krebet di Sendangsari, Pajangan, Bantul, Yogyakarta.
4. The Weave of Lurik
Selain batik, Yogyakarta juga terkenal dengan kain yang berjalur. Baju ini boleh didapati lengan panjang mahupun pendek. Jalur hitam dan coklat klasik yang diperbuat daripada cotton yang digunakan sebagai pakaian Jawa untuk penduduk tempatan yang tinggal di kampung.
Zaman sekarang mereka datang dengan banyak pilihan warna dan fabrik yang berkualiti tinggi. Semuanya untuk mengekalkan corak yang berbentuk jalur panjang. Lurik yang berwarna-warni ini digunakan pada sut, beg dan juga baju pengantin.
Sesetengahnya masih dibuat dengan pewarna semulajadi yang mesra alam dan tenunan buatan tangan yang halus.Sementara itu ada yang menggunakan pelbagai kain yang lebih ringan untuk baju lebih lembut dan selesa.
Alamat: Krapyak Wetan No 133 Panggung Harjo Sewon Bantul
Website: http://www.kurnialurik.com/
5. Chocolate bars
Indonesia adalah pengeluaran koko ketiga terbesar didunia. Pada tahun 2001, seorang lelaki berbangsa Belgium melihat peluang untuk mencipta coklat yang berkualiti di Yogyakarta.
Coklatnya dicampur dengan bahan tempatan salah satu hasilnya ialah rendang coklat. Mereka mencipta resipi unik seperti rendang coklat.
Bar biasa 80 gram, sementara set hadiah bervariasi. Sesetengah kedai boleh menjualnya dengan harga yang berbeza, jadi bertanyalah sebelum anda membuat pembelian!
Alamat: Jl. Tirtodipuran, Mantrijeron, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta dan telusuri maklumat Website: http://chocolatemonggo.com
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!