Auckland adalah Bandar Terbesar di New Zealand & mampunyai paling ramai penduduk di New Zealand. Sebenarnya banyak Destinasi Yang Mempersonakan Di Auckland, New Zealand yang anda tidak ketahui. Kalau nak tahu lebih lanjut. Lets Check It Out.
TOP 15 DESTINASI YANG MEMPERSONAKAN DI AUCKLAND, NEW ZEALAND
1. AUCKLAND SKY TOWER
Auckland Sky Tower adalah bangunan tertinggi & lambang kemegahan bagi New Zealand. Tingginya mencecah 328 meter & merupakan lokasi mengambil gambar landskap kota Auckland yang mempersonakan. Anda dapat menikmati pemandangan di kota Aukland yang memukaukan serta anda berpeluang untuk melakukan aktiviti Skywalk & Skyjump yang menyeronokan.
2. WAITEMATA HARBOUR
Waitemata Harbour adalah destinasi utama jika anda ke laut Auckland, New Zealand. Pelabuhan Waitemata ini berhampiran dengan bandar Auckland & Jambatan Harbour Auckland. Jika anda ingin mendapatkan pemandangan bandar Auckland yang mempersonakan, anda boleh singgah ke Pelabuhan ini. Anda pasti tidak akan menyesal dengan keindahannya.
3.ONE TREE HILL
One Tree Hill adalah taman negara terbesar di Auckland berhampiran Cornwall Park. Destinasi ini amat sesuai jika anda ingin meluangkan masa bersama2 keluarga & rakan2. Terdapat 360 pemandangan yang mengujakan dapat anda lihat dari Puncak One Tree Hill. Disini anda juga boleh melakukan aktivti yang menggembirakan seperti berkelah,bermain layang2 & macam2 lagi.
4. WAIHEKE ISLAND
Pulau Waiheke adalah pulau kedua terbesar di Teluk Hauraki New Zealand & diikiut dengan Great Barrier Island. Ia adalah pulau paling padat dengan penduduk di New Zealand. Pantainya yang sangat cantik & pemandangannya yang menawan past akan memikat anda untuk hadir kesini.
5. PELABUHAN VIADUCT
Pelabuhan Viaduct Harbour adalah warisan New Zealand yang menjadi tuan rumah Piala regatta kapal layar. Lantas Menjadikan kawasan perairan ini menjadi satu pusat hiburan & makan2 di bandar ini. Pelabuhan ini juga destinasi wajib bagi semua pelancong yang hadir ke Auckland, New Zeland.
6. GREAT BARRIER ISLAND
Great Barrier Island adalah yang Pulau terbesar & paling meriah dari pulau-pulau Teluk Hauraki di rantau Auckland. Pantai timur Great Barrier Island mempunyai lautan dengan tebingnya yang tinggi & air lautnya yang cukup menenangkan. Jika Anda mencari destinasi santai2, Disinilah tempatnya.
7. PANTAI TAKAPUNA
Kawasan pantai yang indah ini adalah destinasi yang harus anda kunjungi. ,Pantai Takapuna adalah kawasan rekreasi yang menawarkan banyak aktiviti santai untuk percutian anda. Terdapat banyak aktiviti menanti anda seperti berenang, luncur angin atau jet ski. Juga Jangan lepaskan peluang untuk melihat tasik berbentuk Love iaitu Tasik Pupuke yang berada di Milford.
8. PULAU RANGITOTO
Rangitoto Island adalah pulau yang paling ikonik di Auckland, Pulau ini adalah destinasi kegemaran para pejalan kaki dan pengembara harian. Pulau Ringitoto ini mempunyai gunung berapi termuda & terbesar di ladang vulkanik Auckland. Anda juga berpeluang untuk mengunjugi Gua Lava Hitam yang menjanjikan pemandangan yang terhebat di abad ini.
9. PIHA BEACH
Piha adalah sebuah pantai yang memilik pasir hitam yang indah di pantai barat daya Auckland. Terdapat juga hutan asli di bukit-bukit sekitarnya yang meyempurnakan pemandangan di Pantai Piha. Pantai Piha adalah tempat yang paling popular untuk berkelah & berjemur di tepi pantai untuk merilekskan diri. Terdapat batu raksasa yang dinamakan Lion Rock, batu itu berbentuk kepala singa & menjadikannya tarkan utama di Pantai Piha.
10. Muriwai Beach
Hanya 40 minit dari Auckland, Muriwai Beach adalah tempat yang sempurna untuk hari yang cerah di pantai. Antara aktiviti popular di panatai ini ialah Surfing, memancing, mendaki & menunggang kuda. Muriwai adalah pantai yang lebih besar daripada Pantai Piha. Pantai ini dapat memberikan pemandangan yang cuku menakjubkan apabila Matahari Turun pada waktu senja.
11. Albert Park
Taman Albert adalah taman yang terbaik di Auckland. Terletak tengah-tengah bandar, menjadikannya destinasi wajib dilawati oleh pelancong. Albert Park adalah lokasi untuk anda menenangkan diri dengan aktiviti yang sihat seperti berjogging, berjalan menghirup udara segar, berkelah & banyak lagi.
12. MOUNT EDEN (MAUNGAWHAU)
Gunung Eden juga dikenali dengan nama ‘Maungawhau’ adalah destinasi yang popular juga untuk melihat pemandangan kota Auckland yang mengagumkan. Ia adalah kawah gunung berapi tertinggi di Auckland & Letusan terakhir adalah sekitar 15,000 tahun yang lalu. Ini adalah destinasi Wajib untuk anda kunjungi di Auckland, New Zeland.
13. THE HUNUA RANGES
Taman Wilayah Hunua Ranges adalah kawasan hutan yang terbesar di Auckland. Ia merupakan destinasi yang hebat untuk pencinta alam semula jadi. Anda dapat menerokai hutan asli dengan berjalan kaki. Disini anda juga berpeluang bermandi manda dengan air terjun yang cukup mengujakan.
Jadi Jangan Lepaskan Peluang Untuk Singgah Ke Destinasi Di Atas Semasa Anda Bercuti Di New Zealand. Anda Pasti Tidak Akan Menyesal.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!