Cuti sekolah telah tiba. Ibu bapa mesti tidak tahu untuk membawa anak mereka bercuti kemana. Bagi mereka yang tinggal di kawasan Semenyih, ada khabar baik untuk anda. Angry Bird Splash Water World memulakan penampilan sulungnya di musim cuti sekolah ini di Ecohill Semenyih.
Taman Tema Air mudah alih pertama dunia
Menjadi taman tema air inflasi mudah alih PERTAMA di dunia, Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia. Ini merupakan sebuah kerjasama antara Rovio Entertainment Corp dan One Universal Production Sdn Bhd (OUP) Malaysia sempena ulang tahun ke-10 Angry Birds.
Angry Birds merupakan karakter yang menjadi kesukaan kanak-kanak di seluruh dunia. Bermula daripada sebuah permainan video dan kemudiannya diadaptasi kepada sebuah filem menjadikan ia satu kegilaan ramai kanak-kanak.
Dibuka pada 22 November 2019 di Setia Ecohill, Semenyih dan ia hanya dibuka pada tarikh-tarikh tertentu seperti pada hujung minggu dan cuti umum. Malah, sebanyak 2,000 tiket sahaja akan dijual setiap hari kepada pengunjung bagi memastikan kualiti pengalaman terjamin.
Seperti taman tema yang lain, Angry Birds Water Park menyediakan pelbagai tarikan di seperti permainan gelongsor air dengan karakter Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle dan Terence.
Apa yang paling menarik sekali di sini ialah gelongsor setinggi 12 meter yang pasti membuat anda seronok.
Bagi ibu bapa yang mahu meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini boleh lah membawa mereka ke Taman Tema Air Angry Birds.
Jika anda berminat untuk ke sini, harga tiket masuk untuk dewasa RM53, manakala kanak-kanak dan warga emas adalah RM40.28 sahaja. Untuk berjimat, anda boleh beli tiket Family Combo (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) yang berharga RM167.48 sahaja.
Anda boleh membeli tiket di ticket2u dan untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang ini. Jangan lepaskan peluang anda kerana taman tema ini hanya akan dibuka selama dua bulan sahaja.
ALAMAT: World’s First Angry Birds Inflatable Water World, Setia Ecohill Welcome Centre @ Club 360
Kelab 360, No.1, Persiaran Ecohill Barat, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor
WAKTU OPERASI: 9 Pagi – 6 Petang
Jika anda ada sebarang cadangan atau komen, boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!