Sydney adalah sebuah bandar yang paling disayangi di Dunia & Terdapat Banyak Pusat Membeli Belah yang menjadi kegilaan ramai Pelancong dari dalam & luar negara. Jom Shopping Sakan Di Sydney, Australia yang pasti akan membuatkan anda Rambang Mata 🤪
TOP JOM SHOPPING SAKAN DI SYDNEY, AUSTRALIA
1. PADDY MARKET
Paddy Market adalah Destinasi Shopping yang Wajib anda singgah semasa bercuti di Sydney. Terdapat pelbagai barangan menarik yang ditawarkan untuk anda bawa pulang ke Tanah Air.
Antaranya ialah Baju, Aksesori, Keychain & banyak lagi pada harga yang berpatutan. Selain itu, ia juga menjual Buah & Sayuran yang segar serta makanan street Food yang menyelerakan.
Lokasi : 9-13 Hay St, Sydney NSW 2000, Australia
2. WESTFELD
Westfield adalah salah satu pusat membeli-belah yang Terbaik di Sydney. Ia menawarkan pelbagai jenis Makanan, Fesyen, Hiburan & gaya hidup yang terbaik yang terletak di Tengah Bandar Sydney.
Kepada anda yang gila akan shopping, Anda wajib datang kesini kerana terdapat pelbagai Barangan yang berjenama seperti David Jones, Myer, Target, Big W, Bunnings & banyak lagi.
Lokasi : Market St, Sydney NSW 2000, Australia
3. THE ROCKS MARKETS
Rocks Market adalah Destinasi yang paling sesuai untuk membeli-belah sakan di Hujung Minggu. Ia merupakan sebuah Port shopping Buah Tangan yang meriah dengan cenderahati, Pakaian & Kraf Tangan.
Disamping itu, terdapat juga The Rock Foodies Market yang menawarkan pelbagai gerai makanan Lazat & Menyelerakan. Akan tetapi The Rock Market juga hanya beroperasi pada hujung minggu.
Lokasi : George St, The Rocks NSW 2000, Australia
4. QUEEN VICTORIA BUILDING
Queen Victoria Building adalah sebuah bangunan abad kesembilan belas yang paling terkenal untuk membeli-belah secara mewah. QVB menawarkan pelbagai barangan Eksklusif yang Cantik & Mewah.
Ia juga memiliki Butik Pakaian yang Terbaik di Sydney. QVB juga mempunyai restoran makan malam yang mewah & beberapa galeri seni yang pasti akan memukaukan anda.
Lokasi : 455 George St, Sydney NSW 2000, Australia
5. THE STRAND ARCADE
Strand Arcade adalah Destinasi Membeli Belah yang Hangat Dikalangan Pelancong & Penduduk Tempatan. Ia cukup terkenal senibina Victoria yang membuktikan keagungan & gaya di Sydney.
Terdapat juga sebuah Kedai Coklat yang merupakan salah satu jenama Coklat yang Terkenal di Sydney iaitu Haigh’s Chocolate. Anda Wajib membelinya apabila bercuti ke Sydney.
Lokasi : 412-414 George St, Sydney NSW 2000, Australia
6. HARBOURSIDE SHOPPING CENTRE
Terletak di Darling Harbour, Harborside Shopping Centre adalah Pusat Membeli Belah yang menyeronokkan untuk berbelanja bersama ahli keluarga & rakan2.
Pelbagai Hiburan yang ada disana seperti Panggung Wayang & Bowling Centre. Menjanjikan anda pemandangan yang luar biasa kerana ia adalah Pusat Membeli Belah yang menghadap Laut.
Lokasi : 2-10 Darling Dr, Sydney NSW 2000, Australia
7. PITT STREET MALL
Kepada anda yang merancang untuk Berbelanja dengan Murah di Sydney, Pitt Street Mall adalah Jawapannya. Ia menawarkan anda pelbagai barangan cenderahati pada harga yang berpatutan.
Anda juga akan dihiburkan dengan artis jalanan yang hebat2. Pitt Street Mall adalah kawasan Membeli Belah yang Tersibuk di Australia.
Lokasi :182 Pitt St, Sydney NSW 2000, Australia
8. WORLD SQUARE
World Square adalah sebuah kawasan yang sibuk & salah satu pusat membeli-belah yang popular di Bandar Sydney. Penduduk Tempatan akan selalu datang ke sini kerana ia dilengkapi dengan kedai2 makanan, pakaian, pusat hiburan, festival & pejabat.
Lokasi : 644 George St, Sydney NSW 2000, Australia
9. GLEBE MARKETS
Glebe Markets menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, Barangan antik, cenderahati & banyak lagi ! Ia adalah kawasan membeli-belah yang bertemakan Vintage di bandar Sydney. Kepada anda yang suka akan Aksesori, ia adalah Destinasi yang Tepat untuk anda.
Lokasi : Glebe Point Rd &, Derby Pl, Glebe NSW 2037, Australia
10. BIRKENHEAD POINT OUTLET CENTRE
Jika anda ingin membeli-belah sambil menikmati pemandangan pelabuhan yang menakjubkan, Birkenhead Point Outlet adalah Jawapannya.
Ia mempunyai kedai2 fesyen yang terbaik, restoran makanan yang lazat & banyak lagi. Kepada anda yang mencari Buah tangan untuk dibawa pulang Tanah Air, Birkenhead Point Outlet ada kesemua yang anda perlukan.
Lokasi :19 Roseby St, Drummoyne NSW 2047, Australia
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!