Kecantikan yang ada di Pulau Perhentian, Terengganu yang anda tidak dapat di pulau-pulau lain. Ini akan memberi kenangan yang terindah buat pengunjung yang mengunjung atau melancong di pulau tersebut.
Pulau Perhentian ada dua pecahan iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau Perhentian kecil banyak chalet dan juga resort yang murah dan ia sesuai kepada siapa yang backpacker, manakala Pulau Perhentian Besar banyak resort mewah, kedai makan dan agency yang membuat pakej snorkeling dan scuba diving.
Kecantikan Yang Ada Di Pulau Perhentian, Terengganu
Pulau Perhentian antara pulau yang tercantik di Malaysia. Air yang sangat jernih, suasana yang tenang, dan tepi pantai yang sangat cantik dengan pemandangan laut yang menakjubkan. Kecantikan di Pulau Perhentian dapat menggamit pelancong untuk melancong ke pulau tersebut.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau tersebut antaranya kayak, snorkeling dan scuba diving . Di Pulau Perhentian ada beberapa tempat yang tidak ada di pulau- pulau lain antaranya adalah:-
Teluk Keke
Teluk Keke ini terletak di Pulau Perhentian Besar. Teluk Keke salah satu tarikan di Pulau Perhentian. Ada lawatan dari Pulau Perhentian Besar ke Teluk Keke dan dapat membantu pengunjung ingin merancang perjalanan peribadi di pulau tersebut.
Turtle Sanctuary Beach
Turtle Sanctuary Beach tempat dimana pasir berwarna putih dan lembut. airnya berwarna biru jernih dan diikuti dengan langit yang sama warna dan membuat ia cukup indah untuk di lihat.
Apabila anda snorkeling di Turtle Sanctuary Beach anda akan dapat melihat pelbagai ikan, terumbu karang yang berwarna-warni, jerung kecil dan jika anda bertuah anda boleh melihat penyu laut besar yang memberi nama pantai tersebut.
Teluk Pauh
Teluk Pauh adalah salah satu pantai yang cantik dan yang paling ramai orang kunjungi dengan kecantikan pantai tersebut. Di sini juga tempat snorkeling dan anda akan dapat melihat terumbu karang, kerang besar, ikan berwarna-warni dan parrotfish humphead hijau yang dapat dilihat di Teluk Pauh.
Untuk pergi ke Teluk Pauh ini senang kerana banyak bot ke sana.
Kincir Angin D’Lagoon
Sekiranya anda ingin melihat keseluruhan gambar Pulau Perhentian jawapannya adalah Kincir Angin D’Lagoon. Ia juga salah satu tarikan pelancong yang terletak di puncak tertinggi Pulau Perhentian Kecil.
Anda boleh melihat pemandangan 360 darjah Pulau Perhentian yang sangat cantik ini. Kincir Angin D’Lagoon ini berfungsi sebagai tenaga eletrik kepada penduduk dan juga pengusaha resort.
Lata Air Berani
Lata Air Berani ini ada kisah tersendiri dimana air semulajadi di lereng bukit. Pada masa dahulu kapal-kapal laut akan pergi ke Lata Air Berani ini untuk mendapatkan bekalan air mereka.
Dan ia akan mengambil air mata air tersebut disitu disebabkan itulah ia diberi nama Pulau Perhentian ataupun Pulau Persinggahan mereka untuk mengambil air mata air tersebut. Air mata air tersebut boleh diminum, dan juga boleh buat mandi dan anda boleh menikmati kesegaran air tersebut.
FYI: Buat masa sekarang ini Pulau Perhentian ditutup sehingga feb 2020 kerana angin monsun.
Anda ingin pergi ke Pulau Perhentian tahun 2020?? Kami ada menyediakan pakej ke Pulau Perhentian yang pasti anda tidak akan menyesal apabila mengambil pakej dengan kami. Cepat-cepat hubungi kami [klik sini]

26 Sept 2020 cuaca maseh baik ke… Tq
cuaca baik lagi. monsoon start bulan 11 nanti