Korang semua pernah tahu tak tentang kewujudan & keistimewaan di Nha Trang, Vietnam ni ?
Haaa Mesti korang semua tak tahu & Musykilkan tentang Nha Trang ni kan.
Tunggu apa lagi, Mari Terokai Nha Trang, Vietnam Yang Penuh Bersejarah, Lets Check It Out.
MARI TEROKAI NHA TRANG, VIETNAM YANG PENUH BERSEJARAH
Nha Trang dikenali sebagai Riviera Laut China Selatan & sebuah ibu kota Provinsi Khánh Hòa di Pantai Tengah Selatan Vietnam.
Keseluruhan penduduk di Nha Trang hampir mencecah 535 000 penduduk.
Nha Trang juga merupakan Destinasi Pelancongan yang sentiasa padat dengan pelancong dari dalam & luar negara.
DESTINASI BERSEJARAH DI NHA TRANG
Selain daripada Destinasi Pelancongan yang menarik, ia juga sebuah kawasan yang indah & bersejarah.
Nha Trang juga merupakan sebuah bandar yang dikelilingi dengan keindahan pulau bersejarah yang mempunyai keunikannya tersendiri.
Antara Destinasi2 Bersejarah di Nha Trang ialah :
1. PO NAGARCHAM TOWERS
Merupakan seni bina Purba yang dibina pada abad ke-7 & abad ke-12 oleh orang Cham yang pernah memerintah dataran tengah Vietnam.
Hingga kini kuil ini masih digunakan untuk beribadah oleh penduduk kaum Cina & Vietnam Buddism untuk mengekalkan kehidupan rohani.
2. LONG SON PAGODA
Pagoda Long Son adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di Pantai Tengah Selatan Vietnam. Kuil ini diasaskan pada akhir abad ke-19 & merupakan pagoda terbesar di Nha Trang City.
Lawatan ke Pagoda Long Son memberikan anda peluang untuk menerokai seni bina & kebudayaan sejarah yang telah diwujudkan selama berabad-abad di Kuil ini.
3. CHRIST THE KING CATHEDRAL
Christ The King Cathedral adalah ibu gereja dari Keuskupan Katolik Nha Trang di Vietnam tengah. Ia ditubuhkan pada Tahun 1886 oleh Mubaligh Perancis. Gereja ini dibina mengikut gaya Revolusi Gothic.
Kebanyakan penduduk kristian di Nha Trang hadir ke gereja ini untuk berdoa & Mengadakan Majlis perkahwinan kerana kecantikan Gerejanya yang memukau.
PANTAI NHA TRANG YANG MENENANGKAN
Terdapat 10 Pulau Indah yang mempunyai keunikannya tersendiri di Nha Trang iaitu Mun Island, Bích Đầm Island, Monkey Island, Coconut Island, Diep Son Island, Hon Mieu Island, Doc Lech Beach, Ninh Van Bay, Whale Island & Salanganes Islands.
Jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke Pulau2 di Nha Trang ini, Pasti anda tidak menyesalinya.
DESTINASI HIBURAN SEKELUARGA
Terdapat beberapa pusat peranginan yang menyeronokkan beserta Taman Tema Air & Taman Hiburan untuk seisi keluarga & rakan2 yang tersayang.
Antaranya ialah Vinpearl Land, Diamond Bay & Ana Mandara. Ia adalah sebuah Destinasi Hiburan yang menjanjikan pengalaman yang menggembirakan untuk sesiapa sahaja mengunjunginya.
LADANG GARAM YANG LUAS DI NHA TRANG
Terletak hanya 45 Km dari kota Nha Trang, Hon Khoi adalah sebuah ladang garam paling besar di Vietnam Tengah. Pada musim Panas adalah musim yang paling sesuai untuk menghasilkan garam.
Manakala pada waktu pagi pula adalah masa untuk para petani mengumpul hasil perolehan garam tersebut & dijualkan ke luar negara.
FESTIVAL DI NHA TRANG
Nha Trang menjadi tuan rumah dalam pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun! Perayaan yang diadakan adalah sebahagian daripada ritual, tradisi & kepercayaan agama.
Antara perayaan yang dijalankan ialah Festival Sarang Burung, Sea Festival & Pesta Menara Po Nagar Cham.
MAKANAN WAJIB DI NHA TRANG
Nha Trang, Vietnam adalah Destinasi yang memberikan anda peluang untuk menikmati makanan laut yang segar & sedap.
Selain itu, anda juga boleh merasai kenikmatan Hidangan Tradisional di Nha Trang, Vietnam seperti Pho & minuman yang memberikan kesegaran iaitu Kopi Vietnam.
1. PHO
2. KOPI VIETNAM
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!