Bagi mereka yang bosan dan ingin mencuba aktiviti baru, apa kata anda cuba paragliding. Aktiviti yang sangat mudah, tentunya buat anda ingin pergi buat kali kedua.
Paragliding – Tempat Menarik Untuk Beginner
Bagi mereka yang tiada pengalaman untuk paragliding, apa kata anda lihat tempat menarik paragliding untuk beginner. Di Malaysia saja, ada beberapa tapak yang sesuai untuk dilawati.
Kuala Kubu Bharu, Selangor

Salah satu tempat yang popular di Malaysia untuk aktiviti paragliding, Kuala Kubu Bharu menjanjikan anda pengalaman yang tidak anda boleh dapat di tempat lain. Anda akan mula aktiviti tersebut di Bukit Batu Pahat yang kira-kira 400 meter dari aras laut. Bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti ini, jangan risau kerana ada mereka yang berpengalaman akan terbang bersama anda.
Kawasan ini juga terkenal kerana penganjuran beberapa pertandingan paragliding di sini pada tahun 2015. Sebagai contoh, Malaysia Accuracy Open, Paragliding Accuracy World Cup dan Malaysia Open Cross-Country.
Bukit Jugra, Selangor

Juga merupakan salah satu tapak paragliding yang popular di Malaysia, Bukit Jugra juga sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan aktiviti ini. Mengambil masa hanya 30 minit dari Banting, Selangor, tapak ini popular dengan kehadiran angin kuat membuatkan ia sesuai untuk aktiviti seperti ini.
Bagi mereka yang tertanya-tanya mengenai pemandangan di sini, anda akan disajikan dengan keindahan Bandar Jugra dan juga Pulau Carey dan Sungai Langat. Apa lagi, jom kita ke Bukit Jugra.
Gunung Jerai, Kedah

Dah cuba paragliding di 2 tempat tadi? Apa kata anda cuba Gunung Jerai. Dengan tapak berlepas tertinggi di Malaysia, tentunya memberikan pengalaman bagi peminat aktiviti ini. Ketinggian tapak berlepas 1200 Meter menjanjikan anda pemandangan yang luar biasa.
Sekiranya dari Gunung Jerai, anda akan dapat pemandangan sawah padi yang luas, hutan-hutan menghijau dan tentunya pemandangan laut yang sejauh mata memandang. Sangat menakjubkan!
Bukit Bubus, Terengganu

Inginkan pengalaman melihat pantai dari udara selain menggunakan drone? Anda boleh cuba di sini. Meskipun tidak setinggi 3 tempat yang saya dah bagitahu sebelum ini, tapi pengalaman ini anda tak dapat di tempat lain.
Tapak aktiviti di Kota Putera Paragliding Park, Besut menjanjikan perjalanan selama 10 hingga 15 minit di udara.
Dah tahu di mana tempat menarik untuk beginner yang nak mencuba aktiviti ini? Apa lagi jom la kita. Tak cuba tak tahu kan guys.
Nak cuba dengan kami? Boleh hubungi kami di;
Hamzi – Trip Jalan Jalan
Nak tengok dulu pakej kami? Tengok di sini;
Boleh lawati artikel-artikel oudoor kami;
Fakta menarik mengenai Royal Belum yang belum pernah anda dengar
Aktiviti Outdoor yang menarik dan patut dilakukan bersama orang tersayang
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!