Pemandangan paling Chill di Semporna, Sabah kerana banyak pulau & tempat menarik yang sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Oleh itu, Semporna sering dikunjungi oleh pelancong yang gemarkan aktiviti air.
Berikut merupakan pulau-pulau di Semporna yang dapat memberikan anda pemandangan yang tidak dapat anda bayangkan di Semporna Sabah:
Top 5 Pemandangan Paling Chill Di Semporna, Sabah.
1. PULAU MABUL
Sumber Gambar: Mabul.com
Pulau Mabul adalah salah satu port wajib untuk bercuti kerana kebanyakan pelancong yang telah bercuti disana mengatakan bahawa ia adalah merupakan syurga untuk menenangkan fikiran anda.
Pulau Mabul adalah sebuah pulau yang berbentuk bujur kecil yang dibentuk oleh pantai berpasir dan terumbu 200 hektar yang besar di sudut barat laut.
Pelbagai aktiviti2 yang menarik dapat anda sertai di Pulau Mabul. Antaranya ialah memanjakan diri dengan pasir lembut Mabul, melihat pelbagai jenis makro hidupan, berkayak & macam2 lagi.
2. PULAU BOHEY DULANG
Sumber Gambar: SabahUp2Date
Nama Pulau Bohey Dulang ini diinspirasikan kerana bentuknya yang seperti dulang air. Akan tetapi Pulau Bohey Dulang ini sebenarnya terbentuk dari batuan volkanik.
Pulau ini mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter. Dari puncak ini , anda akan dapat menikmati pemandangan yang sangat indah keseluruhan pulau yang membiru, sejauh mata memandang.
Tetapi ada satu syarat untuk menikmati pemandangan indah itu adalah anda perlu Hiking untuk tiba ke puncak. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam yang semula jadi ini.
3. PULAU SIPADAN
Sumber Gambar: Thevocket
Pulau Sipadan mempunyai keindahan bawah laut yang sukar digambarkan kerana ianya adalah suatu pemandangan yang Istimewa yang tidak dapat dibandingkan dengan keindahan alam semesta yang lain.
Pulau Sipadan merupakan Destinasi kelima tempat skuba terbaik di dunia. Pulau Sipadan juga dikenali sebagai persinggahan bagi penyu-penyu belimbing dan sisik untuk bertelur .
4. PULAU KAPALAI
Sumber Gambar: Mabul.com
Dikenali sebagai Maldives Malaysia, Pulau Kapalai adalah antara pulau yang dapat memukau pengunjung yang mengunjungi pulau tersebut kerana pulau ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Pulau Kapali juga dikenali sebagai destinasi untuk aktiviti menyelam yang terbaik. Anda juga berpeluang untuk berjalan atas papan kayu untuk menikmati pemandangan saujana membiru & suasanan matahari terbenam untuk menenangkan fikiran anda.
5. PULAU BUM BUM

Dikatakan Pulau Bum Bum ini sebesar Singapura & air lautnya yang digelar crystal clear blue. Pulau ini juga sesuai untuk Honeymoon, Snorkelling, Scuba Diving & macam2 lagi aktiviti yang menarik.
Air lautnya yang jernih sesuai untuk dijadikan lokasi percutian untuk aktiviti air. Sungguh indah pemandangan waktu pagi di Pulau Bum Bum ini .
Keadaan semasa air laut surut, air laut pasang, semua bot berlabuh di pantai memberikan suasana yang tenang & nyaman. Ia merupakan pemandangan yang amat laur biasa untuk dilihat ianya sungguh menyenangkan.
Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk pergi bercuti ke Semporna, Sabah beramai-ramai. Semporna adalah satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk melakukan aktiviti sekeluarga atau bersama rakan2 yang disayangi.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!