Teringat semula percutian di Tasik Kenyir sebelum ini. Kali ni baru ada kesempatan nak bercerita. Beberapa tahun lepas ada trip ke Tasik Kenyir 3 hari 2 malam. Terdiri dari 25 orang kesemuanya.
Percutian 3 Hari 2 Malam Boathouse Tasik Kenyir, Terengganu
Tasik Kenyir adalah sebuah lokasi percutian rekreasi yang sangat popular di Terengganu dan juga Malaysia. Ia terletak di Hulu Terengganu dan merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara iaitu berkeluasan kira-kira 38,000 hektar.
Lokasi Tasik Kenyir ini pada asalnya adalah kawasan hutan dan berbukit yang telah ditenggelami air seterusnya membentuk pulau-pulau buatan yang kecil dan cantik.
Walaupun hanya sekadar tasik buatan, Tasik Kenyir telah berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara.
Selain itu, ia juga berperanan sebagai empangan air bagi negeri Terengganu terutamanya di daerah Kuala Berang. Jom kita lihat aktiviti menarik di Tasik Kenyir, Terengganu
Hari Pertama
Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 1 pagi pada dan tiba di Kuala Berang, Terengganu jam 7 pagi. Di Kuala Berang, kami singgah di Pasar Besar Kuala Berang untuk membeli bahan basah tambahan walaupun asalnya segala persiapan disediakan 3 hari sebelum tarikh trip lagi. Secara ringkasnya, bahan basah macam ikan, udang, daging dan sayur-sayuran sebaiknya di beli saja di Pasar Pagi Terengganu untuk menggelakkan daripada kurang segar dan layu ketika tiba di Kuala Berang. Yalah kan, 6 jam di dalam bot kereta.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke Jeti Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir untuk bersarapan kerana lokasi yang dikongsi oleh Trip Jalan Jalan untuk kami naik bot nanti berhampiran dengan Lawit Lodge Hotel Budget. Kat sana tak ada kedai makan untuk kami bersarapan. Kereta pulak boleh diparking di sekitar Lawit Lodge Hotel Budget dengan bayaran RM10 per entry.
Selepas sarapan kami semua bersedia untuk punggah barang masuk ke dalam bot, excited sangat masa ni sebab da lama teringin nak tido dalam bot! Semua selesai , kami pun bertolak ke Taman Orkid dan Taman Rama Rama , ambil masa 2 minit je dari Pengkalan Gawi .
Settle aktiviti di Taman Orkid dan Taman Rama Rama bergambar semua kami ready untuk ke Air Terjun Saok
Perjalanan dari Jeti ke Air Terjun Saok memakan masa hampir 2 jam. Asalnya saya nak tidur je atas rumah bot selepas penat drive sebelum ni tapi bila dah tengok air, macam tak jadi pulak nak tidur. Kita layan air je la.
HARI KEDUA
Air Taman Herba – Lasir Waterfall
Masuk hari kedua, kami bangun jam 6 pagi untuk solat subuh dan membuat persiapan sarapan pagi iaitu Nasi Lemak. Rumah bot akan mula bergerak ke Taman Herba sebelum jam 9 pagi dan samapai dalam pukul 11 pagi. Dalam tempoh itu, saya dan kawan-kawan saya yang lain mengambil peluang untuk naik ke Air Terjun Saok untuk mandi second round dan ber-selfie. Dekat bawah ni, saya kongsi sikit gambar-gambar Air Terjun Saok di awal pagi. Nyaman je rasa. Tambahan lagi tiada orang selain kami saja. Rasa macam private place untuk kami plak.
Selepas selesai di Taman Herba kami bergerak ke Lasir Waterfall, bermacam aktiviti yang kami lakukan , mandi manda sudah semestinya, Jungle trekking, memancing dan seterusnya kami bermalam di sini

Dari Air Terjun Lasir, habis sarapan semua kami bergerak ke Kelah Santuary dan tiba di Kelah Santuary (Pusat Pemulihan Kelah) lebih kurang pukul 9 pagi. Sebaik saja tiba di pusat transit berkenaan, kami diberi serba-sedikit taklimat ringkas sebelum menuju ke Kawasan Ikan Kelah.
Apa yang perlu anda tahu ketika melawat Kelah Santuary:
- Nak masuk Kelah Santuary, anda memerlukan permit terlebih dahulu yang perlu dipohon seminggu sebelum trip
- Harga permit adalah RM10 perhead dengan tambahan RM5 untuk speedboat ke Jeti Kelah Santuary
- Rumah bot tidak boleh masuk ke Jeti Kelah Santuary, jadi kami perlu naik speedboat di Jeti Trasit selepas mendengar taklimat.
- Makanan ikan untuk Ikan Kelah disediakan di Jeti Transit dengan bayaran RM2 sepeket. Terus terang Sey nak bagitau kat sini, satu peket sebenarnya tak cukup! (Kat sana nanti tiada makanan ikan disediakan)
- Semua jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke Kelah Santuary kecuali air kosong di dalam bekas sendiri. Tapi jangan risau, disana nanti ada Kedai Runcit untuk anda membeli makanan dan cenderamata.
- Dari Jeti Kelah Santuary ke kawasan Ikan Kelah memakan masa berjalan kaki hampir 1 jam! So, kena kuat stamina ya
- Untuk ke sana, anda perlu menaiki banyak tangga dan hanya mengikut laluan konkrit yang disediakan.
- Anda juga akan melalui sebuah jambatan gantung yang tinggi merentasi sebatang sungai. Sebaik saja tiba diseberang, anda akan tiba disebuah kawasan rehat yang menyediakan – 1 kedai runcit yang menjual makanan dan minuman, 1 kedai cenderamata, tandas, surau, kawasan makan (ada kerusi batu) dan 1 kawasan merokok.
- Perjalanan diteruskan lagi jauh ke dalam hutan menuju ke kawasan Ikan Kelah
- Kawasan Ikan Kelah amat dijaga kelestariannya dan ekosistemnya masih terperihara,
- Kami harus mengikut turn by group sebelum dibenarkan untuk turun bersama Ikan Kelah
- Setiap group hanya diberi masa 30 minit dan dipantau oleh penjaga yang ada berhampiran
- Kawasan Ikan Kelah ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari saja
Akhir trip kami 3 hari 2 malam di Tasik Kenyir, dan kami bertolak ke pengkalan Gawi selepas melawat Kelah Santuary, sangat menyeronokkan trip kali ni !!
Berminat nak melawat Tasik Kenyir? Bercuti dan bersantai disini? Kami menawarkan sewaan rumah bot dan pakej rumah bot 2hari 1malam serta 3hari 2malam.
PM kami untuk info lanjut. 0177331482
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!