Kalau nak bercuti , mesti kita akan ‘survey-survey’ dulu tempat menarik yang ada di tempat itu supaya masa kita boleh digunakan dengan sepenuhnya kan. Dalam artikel kali ini, jom kita tengok, tempat menarik di Pulau Perhentian.
Pulau Perhentian sememangnya menjadi tarikan utama sekiranya kita nak berkunjung ke Terengganu. Kecantikan dan keindahan memang tiada bandingannya. Tapi, kenapa pelancong ramai memilih untuk melancong ke pulau ini?
TEMPAT MENARIK DI PULAU PERHENTIAN
Pulau Perhentian Kecil
Pulau yang agak meriah dengan pelancong kerana kehadiran Pantai Panjang atau Long Beach ini mempunyai banyak penginapan bajet tersedia di sini. Pulau ini sememangnya sibuk tak kira siang atau malam kerana ada saja aktiviti berjalan di sini.
Teluk Dalam
Teluk yang berada di bahagian selatan Pulau Perhentian Besar ini menawarkan banyak penginapan menarik tidak sepatutnya anda lepaskan sekiranya ingin ke Terengganu.
Setelah sampai, anda akan dikejutkan dengan kawasan pantai ini yang lebih panjang dari Pantai Panjang di Pulau Perhentian Kecil.
Kawasan teluk yang panjang membuatkan ramai pelancong yang hadir boleh meluangkan masa dengan keluarga atau rakan-rakan dengan mudah. Menjelang waktu tengahari sehingga petang, keadaan teluk agak sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling, bola tampar dan sebagainya.
Pantai Panjang
Pantai Panjang atau turut dikenali sebagai Long Beach ini sememangnya menjadi tumpuan sekiranya anda ingin ke Pulau Perhentian. Kawasan ini menjadi perhatian bagi ramai backpackers dan pelancong dari luar negara.
Di persisiran Long Beach ini, banyak guest house sesuai diinapi oleh mereka yang bercuti dalam bajet.
Apabila malam tiba, kawasan ini bertambah meriah kerana hadirnya pertunjukan api.
Kampung Pasir Hantu
Inginkan perasaan menjadi anak pulau, anda boleh lah melawat perkampungan nelayan ini. Terletak di Pulau Perhentian Kecil, anda boleh melihat kehidupan harian komuniti kecil penduduk tempatan di sini.
Pemandangan di kampung ini juga bukanlah perkara yang biasa anda lihat di kampung-kampung. Pemandangan yang cantik dengan air laut yang jernih bak kristal ini menyebabkan kenapa anda patut berkunjung ke sini.
Titik Penyu
Mendengar namanya saja, tentulah anda boleh membayangkan apa yang anda akan jumpa di sini. Juga dikenali sebagai Turtle Bay, kawasan ini menjadi tempat penyu hadir kerana di dasar laut ini terdapat makanan untuk penyu-penyu ini.
Sekiranya anda ingin melihat penyu dari jarak yang dekat, anda boleh memilih untuk bersnorkeling bersama penyu di perairan ini.
Pulau Perhentian Besar
Pemandangan yang indah sejenak mata memandang ini akan membuatkan anda terlupa segala masalah di rumah dan berharap untuk tinggal selamanya di sana. Apa yang anda cari ketika bercuti? Ingin snorkeling? Menyelam? Semuanya ada. Sebut saja apa anda mahu, semuanya ada.
Ingin bercuti dengan Trip Jalan Jalan? Anda boleh terus menghubungi kami di :
Hamzi – wasap.my/60177331482
Ingin melihat pakej kami, boleh tengok di sini:
Boleh baca lagi artikel berkenaan tempat melancong di Malaysia di sini:
https://www.tripjalan.com/destinations/aktiviti-menarik-di-pulau-perhentian/
https://www.tripjalan.com/destinations/5-pulau-cantik-di-mersing/
https://www.tripjalan.com/destinations/aktiviti-menarik-di-pulau-redang/
https://www.tripjalan.com/destinations/5-aktiviti-menarik-royal-belum-perak/
https://www.tripjalan.com/destinations/5-tips-memancing-di-tasik-kenyir/
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!