Sekiranya anda ingin ke Pulau Perhentian, semestinya anda mencari aktiviti menarik Pulau Perhentian bagi mengisi masa terluang anda di sana. Sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan, tentunya anda mahukan aktiviti anda dihabiskan dengan berkualiti.
Pulau Perhentian semestinya bukan lagi nama yang asing bagi mereka di Malaysia mahupun di luar negara. Keindahan pulau-pulau di Malaysia menjadikan Malaysia sering menjadi pilihan utama mereka yang ingin melancong.
Aktiviti Menarik Di Pulau Perhentian
Dalam artikel kali ini, jom kita lihat aktiviti menarik di Pulau Perhentian.
Melawat Perkampungan Nelayan Perhentian
Perkampungan Nelayan yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Pasir Hantu terletak di Pulau Perhentian Kecil mempunyai pelbagai kemudahan seperti balai polis, balai bomba, sekolah, klinik desa dan pelbagai kemudahan lain.
Di sekitar pulau kecil tersebut menempatkan komuniti kecil penduduk asal Kampung Nelayan. Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pulau tersebut dan merasai pengalaman menjadi anak pulau boleh melawati pulau ini.
Bersantai di Teluk Pauh yang indah
Pantai yang berhadapan dengan Perhentian Island Resort dan Coral View Island Resort ini terletak di barat laut Pantai Perhentian Besar (Pulau Besar). Untuk ke sini dari Pulau Perhentian Kecil, anda boleh menaiki teksi air yang berharga RM10 dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ke Teluk Pauh.
Bayangkan melihat suatu kolam renang semulajadi yang besar, pemandangan sebegitu lah yang anda dapat lihat di Pantai yang serba indah ini. Sememangnya ramai pelancong di sini tetapi pantai ini cukup panjang untuk anda mencari ruang anda sendiri dan berehat memandang pantai yang indah dan air laut yang biru.
Melihat habitat penyu di Titik Penyu (Turtle Bay)
Anda mengambil masa 10 minit untuk ke Teluk Penyu ini dari Teluk Pauh dengan menaiki bot untuk mengunjungi penyu di Teluk Penyu ini. Dikatakan penyu di sini kurang ‘malu’ jadi mudah untuk anda melihat mereka dari jarak yang dekat.
Kawasan ini menjadi kawasan utama untuk aktiviti snorkeling melihat penyu kerana penyu sentiasa berlegar di sini kerana sumber makanannya berada di dasar laut di sini.
Menyelam di Tokong Laut yang indah
Tempat menyelam yang agak popular di kedua-dua Perhentian ini terletak di barat laut kepulauan itu dan Tokong Laut iaitu barisan terakhir struktur terumbu karang di sini.
Kawasan yang sangat popular ini sememangnya indah dan penuh dengan penyelam yang ingin melihat kecantikan kawasan ini. Menempatkan pelbagai hidupan laut, sememangnya menjadi tarikan.
Melihat kincir angin di D’Lagoon
Untuk ke stesen janakuasa hibrid pertama di Asia ini, anda memerlukan untuk menaiki teksi air dari kedua-dua pulau. Stesen ini menjana bekalan elektrik bagi kegunaan penduduk di Pulau Perhentian.
Setelah sampai, anda perlu meniti anak tangga untuk ke puncak stesen tetapi semestinya kepenatan anda akan hilang sekiranya melihat pemandagan di atas puncak bukit ini.
Jangan lupa untuk melakukan aktiviti ini sekiranya anda berkunjung ke sini. Keindahan alam dan kecantikan flora dan fauna akan membuatkan anda hilang segala perasaan penat anda. Kita jumpa lagi dalam artikel akan datang. Terima kasih 🙂
Jika anda berminat untuk ke Pulau Perhentian, boleh hubungi kami di sini
Anda juga boleh melihat artikel-artikel kami berkaitan pulau-pulau Malaysia di sini:
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!