Dari segi sejarah, ‘Belum’ nama dikatakan berasal daripada bunyi yang dipancarkan oleh serangga kayu yang berbunyi seperti “Belummm, Belummm”.
Hutan Belum terletak di daerah Hulu Perak, bersempadan dengan Thailand disebelah utara dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan disebelah Timur bersempadan dengan negeri Kelantan. Hutan Belum telah diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tahun 2003.
5 Aktiviti Menarik di Royal Belum, Perak
Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Kawasan seluas 117,500 hektar telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum.
Disini kami senaraikan 5 aktiviti menarik di Royal Belum, Perak.
Hiking ke Air terjun Kooi
Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini.
Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
Santuari Ikan, Air Terjun Ruok
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang kita berikan.
Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini.
Apabila tiba disini, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.
Perkampungan Orang Asli Belum
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar,
Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito.
Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan kami.
Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka akan sangat menghargainya.
Melihat Burung Enggang
Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum.
Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok berdekatan anda.
Mencari Bunga Rafflesia
Dikenali sebagai bunga terbesar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii.
Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang megah. Jika anda bertemu dengan sekuntum lagi Rafflesia yang kembang namun sudah bewarna coklat kehitaman, itu bermakna bunga tersebut sudah mati.
Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu sahaja. Biarpun telah berwarna kehitaman, anda akan tetap kagum melihat bunga terbesar ini di depan mata.
Salt Lick
Tahukah anda apa itu salt lick? Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi.
Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Diolah semula dari Rojak Daily
Untuk tempahan rumah bot atau Boathouse
Untuk tempahan Pakej Boathouse 3 hari 2 malam
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!