Kedai Makan Tengah Hari di Sungai Buloh yang anda boleh kunjung untuk menjamu selera anda. Hello Gaisss, kepada sesiapa yang bosan asyik pergi lunch dekat tempat yang sama je. Korang jangan risau sebab ada banyak gile tempat Lunch yang Awesome di Sungai Buloh. Lets Check it out.
TOP 4 MAKAN TENGAH HARI YANG TERBAEK DAN MURAH DI SUNGAI BULOH
1. WARUNG KITA
Popular dengan menu Nasi Manggey & warung ini juga menyajikan menu makanan yang hangat di Malaysia sehingga membuatkan anda ingin sergah Warung Kita ni. Nasi Manggey merupakan nasi kukus yang dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk melayu yang menarik. Selain itu, Warung Kita juga turut menghidangkan Nasi Berlauk dan Nasi Lemak Ikan Tongkol. Semua makanan ini boleh digandingkan dengan pilihan minuman yang menyegarkan anak tekak anda iaitu berasaskan buah kelapa seperti Coconut Shake, ABC dan macam-macam lagi.
Warung Kita merupakan warung layan diri yang memerlukan anda ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman. Harga makanannya yang murah iaitu RM4.50 sahaja. Manakala harga yang dikenakan terhadap air minumannya agak tinggi kerana minuman tersebut memang akan memuaskan hati anda.
Menu utama iaitu Nasi Manggey & Coconut Shake
Lokasi : 95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor
Waktu Operasi : 7.00 am – 7.00 pm (Setiap Hari)
No. Telefon : 013-996 2525
2. PLONXBOX
Ini gerai makan paling rileks untuk anda menjamu makan tengah hari. Papan tandanya berwarna hitam dengan tulisan Plonxbox berwarna putih yang mudah dilihat oleh pelanggan. Makanan dihidangkan dalam kotak berbentuk petak & cantik dengan kata-kata semangat pada ruangan penutup kotak tersebut.
Terdapat banyak pilihan set Nasi Wow Kaw Kaw yang menjadi pilihan orang ramai iaitu Set Ayam Bakar, Daging Bakar, Kambing Bakar, dan Ikan Bakar. Mereka juga menghidangkan pelbagai jenis air minuman yang sedap dan unik untuk digandingkan bersama set Nasi Wow Kaw Kaw.
3. GULAI SALAI DE HILIR
Kepada sesiapa yang gemar makanan salai kalau tak cuba makan kat sini memang sangatlah Rugi. Gulai Salai De Hilir di Paya Jaras Hilir berdekatan dengan Pusat Penternakan Itik dan Highway Elmina. Kuah gulainya yang pekat dan pedas serta digandingkan bersama nasi putih, sambal belacan, telur masin, tempe dan tauhu yang sudah cukup mengecurkan air liur pelanggannya. Ada macam-macam set nasi yang boleh korang cuba seperti Set Gulai Salai Daging, Gulai Salai Keli, Gulai Cendawan Kukur, Nasi Ayam Penyet, Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Kembung dan banyak lagi !!!
Selain itu, Gulai Salai De Hilir juga menyediakan hidangan sampingan seperti cucur udang & memberikan air minuman manis yang terhad secara Percuma. Disamping itu, Gulai Salai juga menjual air minuman yang istimewa yang diberi nama Pink Panther iaitu air minuman gabungan buah Pisang & Strawberri. Jadi kepada sesiapa yang gila akan masakan salai korang semua jangan lupa singgah ke Gulai Salai De Hilir dengan family & member korang.
4. WARUNG CHE BUNGA
Sumber Gambar: Facebook
Kalau korang teringin nak sarapan pagi atau makan tengah hari yang diinspirasikan dengan masakan Kelantan, korang wajib singgah di Warung Che Bunga. Memang sedap hingga menjilat jari & original dari Kelantan! Harga pun tak mahal, kuantiti & rasamakanannya yang memang memuaskan & Tip Top!
Selain itu, terdapat pelbagai jenis pilihan makanan tengah hari yang dapat menambat hati sesiapa sahaja yang singgah ke Warung Che Bunga seperti Nasi Khao Mok, Nasi Berlauk Ikan, Nasi Kerabu Ayam Percik dan banyak lagi. Kuih muih & Roti Canai turut dijual serta Teh Ais Madu pun ada juga tau. Jadi, tunggu apa lagi jom singgah ke Warung Che Bunga.
Jadi tunggu apa lagi ? Korang kena Serbu beramai – ramai kedai makan tengah hari di Sungai Buloh sebab banyak yang Ohsem2 & terlajak murah!!! Kompem Tak Menyesal Punya.



No comment yet for this article. Be first to leave a comment!