Khas kepada anda yang mencari Makanan Halal Yang Lazat Di Manila, Philippines. Anda semua tidak khawatir & susah payah nak cari makanan Halal di Manila, Kami disini ada jalan penyelesaiannya. Terdapat 7 buah restoran Halal hangat di Manila yang enak2 & lazat yang dapat anda rasai. Lets Check It Out.
TOP 7 MAKANAN HALAL YANG LAZAT DI MANILA, PHILIPPINES
1. WARUNG SA KAPITOLYO

Warung Kapitolyo merupakan salah satu destinasi makanan yang popular untuk pelancong muslim ketika bercuti ke Philippines. Warung Kapitolyo ini berkonsepkan makanan Halal daripada Indonesia seperti Nasi Ayam penyet & sate daging Indonesia. Warung ini juga tidak mengenakan harga yang mahal kerana harga bagi setiap makanan yang ditawarkan adalah amat berpatutan.
Lokasi : 83 Capitol Drive Kapitolyo Pasig, Pasig, Luzon 1603 Philippines
No. Telefon : +63 917 800 9158
2. MISTER KEBAB
Mister Kabab menawarkan makanan halal yang menawarkan harga yang amat berpatutan. Mister Kebab juga menyediakan masakan Mediterranean, Timur Tengah & banyak lagi. Mister Kebab amat popular dengan daging kebabnya yang lazat & berjus.
Kebabnya juga amat disukai oleh penduduk tempatan juga. Sekiranya anda singgah ke Mister Kebab, anda wajib merasai yoghurt shake mereka kerana ia merupakan kegilaan para pengunjung yang hadir makan disana.
Lokasi : 95A West Ave Quezon avenue 2 Nd Floor Fisher Mall, Quezon City, Luzon Philippine
No. Telefon : +63 2 373 5941
3. GILAK BY HOSSEIN

Gilak by Hossein menawarkan pelbagai jenis makanan halal yang menyelerakan daripada Arab, Parsi, Turki, India, Malaysia & banyak lagi. Antara Menu yang popular disini ialah kebab campur & nasi briyani. Kebanyakan pengunjung yang hadir kesini amat berpuas hati kerana Hidangannya yang berpatutan, bersaiz besar & Halal. Anda pasti tidak akan menyesal jika anda menjamu selera disini.
Lokasi : Ayala Center, 2nd Level, Greenbelt 3, Makati Ave, Makati, 1223 Metro Manila, Philippines
No. Telefon : +63 2 7729 0266
4. SHAWARMA SNACK CENTER
Shawarma Snack Center sering dikunjungi oleh pelancong & penduduk tempatan yang ingin menjamu selera makanan timur tengah yang sedap. Anda juga boleh menikmati hidangan yang enak dengan santai & tenang. Disini anda harus mencuba falafel & shawarma kerana ia merupakan menu yang popular & wajib dirasai. Anda juga tidak usah risau tentang waktu operasinya kerana restoran ini beroperasi selama 24 jam.
Lokasi : 45 Salas St Malate, Manila, Luzon Philippines
No. Telefon : +63 2 8521 2121
5. PAMANGANAN QUIAPO RESTAURANT
Pamanganan Quiapo Restaurant menawarkan pelbagai jenis masakan Malaysia yang diiktiraf Halal, terletak di daerah Quiapo. Menu yang wajib anda cuba ialah Nasi Briyani, Kebab Daging & Pizza buatan sendiri yang lazat. Restoran ini juga menawarkan hidangan pedas kepada pelancong yang gemar akan makanan pedas seperti Nasi Goreng & Mee Kari Special.
Lokasi: 310-D, Saimah II Hotel Elizondo Street, Manila Musilim Town, Quiapo, Manila
No. Telefon : +63 956 592 7398
6. MAKAN MAKAN ASIAN FOOD VILLAGE

Makan Makan Kampung Asia merupakan restoran yang memiliki beberapa kaunter makanan yang menjual pelbagai aneka makanan yang enak2. Restoran ini menawarkan Hidangan masakan daripada Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, China, Jepun & banyak lagi. Antara hidangan yang popular disini ialah Laksa, Roti Prata, Dimsum, Ketam Chili, Nasi Ayam Hainanese, Ayam Kari Ayam Thai & macam2 lagi.
Lokasi : L2 Ocean Park Manila, Independence Rd, Ermita, Manila, Metro Manila, Philippines
No. Telefon : +63 2 8567 3512
7. THE CHICKEN RICE SHOP

The Chicken Rice Shop menawarkan pelbagai jenis masakan Malaysia. Dengan rangkaian di Singapura dan Malaysia, restoran ini terkenal di kepulauan Melayu. Semestinya Nasi ayamnya yang menyelerakan merupakan tarikan para pengunjung yang mencari Makanan Halal Di Manila. Sekiranya anda buntu untuk mencari makanan Halal di Manila, Anda hanya perlu mencari restoran ini kerana restoran ini telah diiktiraf Halal di Manila.
Lokasi : 220 Katipunan Ave, Project 4, Quezon City, 1800 Metro Manila, Philippines
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!