Hai Korang, Mesti Uolls Buntu kan nak cari Makanan Halal kalau Bercuti ke Norway. Haaa jangan risau, Jom Tengok List Makanan Halal Yang Mengecurkan Air Liur Anda Di Norway. Lets Check It Out.
TOP 6 MAKANAN HALAL YANG MENGECURKAN AIR LIUR ANDA DI NORWAY
1. GAZAKJOKKEN
Menyajikan Masakan Timur Tengah yang mengiringi tradisi pelbagai negara yang berbeza rasa. Masakannya yang kaya dengan penjagaan khas dalam penyediaan & persembahan pada sajian yang disajikan.
Ia pasti akan menambat hati sesiapa sahaja yang melihat & merasainya.
Lokasi : Møllergata 10, 0179 Oslo, Norway
Waktu Operasi : Isnin – Khamis (11.00 am – 11.00 pm) & Jumaat – Ahad (11.00 am – 4.00 am)
No.Telefon : +47 967 28 610
2. SARAY RESTAURANT GRONLAND
Saray Restaurant adalah Restoran Masakan Khas Turki yang kaya & Lazat. Ia juga menyediakan pelbagai jenis kebab, pizza, pita & menu khas buat kanak-kanak.
Hidangannya yang enak pasti akan membuat anda jatuh hati & ingin mengunjunginya semula kerana kesedapannya.
Lokasi : Grønland 5, 0188 Oslo, Norway
Waktu operasi : Isnin-Sabtu (10.00 am – 12.00 am) & Ahad (11.00 am – 12.00 am)
No.Telefon : +47 22 17 22 22
3. AFTEN PIZZA & GRILL
Aften Pizza & Grill adalah Restoran Makanan Halal yang popular dikalangan pelancong Islam & juga penduduk tempatan Norway.
Jika anda gemar akan pizza & masakan panggang, anda Wajib singgah ke Aften Pizza & Grill. Anda pasti tidak akan menyesalinya.
Lokasi : Storgata 39, 0182 Oslo, Norway
Waktu Operasi : Isnin (24 Jam) & Selasa – Ahad (11.00 am-12.00am)
No.Telefon : +47 22 20 26 61
4. WAABERI SOMALIAN RESTAURANT
Waaberi Somalian Restaurant adalah pilihan yang bijak untuk mencari Makanan Halal di Norway. Masakannya yang unik adalah pilihan terbaik kerana mereka mempunyai hidangannya tersendiri yang disajikan bersama nasi Basmathi yang sihat. Anda pasti tidak akan menyesalinya.
Lokasi : Platous gate 6, 0190 Oslo, Norway
Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00 am – 10.15 pm)
No. Telefon : +47 22 17 44 44
5. HALAL TøYEN BURGER
Restoran ini menyajikan anda Burger Halal Terbaik di Oslo, Norway. Selain itu, Restoran ini turut menyajikan anda hidangan kebab & Pizza yang menyelerakan.
Perkhidmatan yang diberikan juga sentiasa menerima pujian daripada pelanggan.
Lokasi : Jens Bjelkes gate 82, 0578 Oslo, Norway
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.00 am – 12.30 am)
No. Telefon : +47 22 68 66 16
6. KEBABISH ORIGINAL
Restoran Kebab ini adalah Destinasi Makanan Halal yang Paling Hangat dikalangan Pelancong Islam & Penduduk Tempatan. Ia menawarkan Kebab yang penuh dengan rempah ratusnya yang tersendiri sehingga membuat anda teringin mencubanya. Jangan lepaskan peluang untuk merasainya.
Lokasi : Breigata 12, 0187 Oslo, Norway
Waktu Operasi : Setiap Hari (12.00 pm – 11.00 pm)
No.Telefon : +47 22 17 46 46
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!