Taipei adalah sebuah Bandar yang meriah di Taiwan dengan bangunan bersejarahnya yang hebat. Dengan itu ia menjadi Destinasi Tarikan Pelancong yang popular.
Kepada Pelancong Muslim yang ingin bercuti ke Taipei tidak usah risau untuk mencari Makanan Halal. Di sini ada jawapannya, Lets Check It Out.
TOP 6 RESTORAN MAKANAN HALAL YANG MENYELERAKAN DI TAIPEI, TAIWAN.
1. HAJI YUNUS HALAL RESTAURANT
Haji Yunus Halal Restaurant berdekatan dengan stesen MRT Taipei Arena. Restoran Haji Yunus ini juga berkonsepkan masakan Thailand yang menawarkan pelbagai menu masakan yang akan menambat hati anda.
Antaranya Tom Yum, Ayam Goreng Pedas & Banyak lagi. Restoran ini juga kerap dikunjungi oleh pelancong daripada Malaysia, Indonesia & Singapore.
Lokasi : No. 36, Beining Road, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
Waktu Operasi : Setiap Hari (11.30am – 2pm & 5pm – 9.30pm)
No. Telefon : +886 2 2579 0528
2. CHANG BEEF NOODLE SOUP
Mee Sup Daging lembu adalah hidangan utama bagi penduduk di Taiwan. Kebanyakan pelancong muslim berhasrat untuk mencuba hidangan ini tetapi bimbang akan faktor Halalnya.
Chang Beef Noodle Sup ada penyelesaiannya kerana ia telah diiktiraf Halal!.Jadi anda boleh menikmati Sup ini dengan aman sambil meminuman kacang soya yang menyegarkan.
Lokasi : 21, Yanping South Road, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100
Waktu Operasi : Setaip Hari (10,00am – 8.00pm)
No. Telefon : +886 2 2331 2791
3. ABAD INDIAN KITCHEN
Restoran ini terletak di bandar Taipei yang menyajikan hidangan makanan India. Restoran ini sememangnya menjadi kegilaan kepada semua pelancong Muslim yang bercuti ke Taiwan.
Hidangan yang disajikan juga sedap & murah seperti nasi beriyani, kari kambing, ayam masala, capati & banyak lagi. Restoran ini turut digemari oleh penduduk tempatan.
Lokasi : No. 130, Guangfu North Road, Songshan District, Taipei City, Taiwan 105
Waktu Operasi : Setiap Hari (11.30am – 9.30pm) & Jumaat (5.00pm – 9.30pm)
No. Telefon : +886 2 2546 0440
4. SAFRANBOLU TURKISH RESTAURANT
Safrablu Turkish Restaurant menyajikan anda dengan menu masakan Turkish yang Asli & lazat. Restoran ini juga amat dikenali dengan Kebab Dagingnya yang berjus.
Selain itu, ia turut menyajikan anda hidangan lain seperti Humus, Salad Tomato & tidak lupa juga hidangan wajib yang anda cuba iaitu Yogurt. Anda pasti tidak akan menyesalinya.
Lokasi : No. 60, Section 2, Nanjing East Road, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10491
Waktu Operasi : Setiap Hari (11.00am – 10.00pm)
No. Telefon : +886 2 2522 2939
5. YONG HE DOU JIANG DA WANG
Restoran ini dikenali dengan Keunikannya iaitu Hidangan berunsurkan Soya. Restoran ini sentiasa penuh & amat Popular dikalangan pelancong serta penduduk tempatan.
Restoran ini menawarkan anda hidangan Tradisional Taiwan iaitu kuih tempatannya yang kelihatan seperti cakoi di Malaysia serta disajikan juga dengan Susu Soya Asli.
Lokasi : No. 102, Section 2, Fuxing South Road, Da’an District, Taipei City, Taiwan 106
Waktu Operasi : Setiap Hari (24 Jam)
No. Telefon : +886 2 2703 5051
6. KUNMING ISLAMIC RESTAURANT
Kunming Islamic Restaurant menawarkan pelbagai hidangan hebat dari Timur Tengah, India. Antara menu yang popular disini ialah Salad daun teh Burma, kari kambing, chappati & banyak lagi.
Hanya bahan-bahan segar & semula jadi yang digunakan dalam hidangan. Kesemua hidangan yang disajikan juga adalah pada harga yang berpatutan.
Lokasi : No. 26, Lane 81, Fuxing N. Rd., Songshan District, Taipei, Taiwan
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.30am – 1.30pm) Sabtu – Ahad (5.30pm – 9.00pm)
No. Telefon : +886 2 2751 6776
Kepada anda semua yang merancang untuk bercuti di Bandar Taipei, Taiwan. Tidak usah risau lagi untuk mencari Makanan Halal Yang Menyelerakan di Taipei, Taiwan sebab banyak sangat Restoran Halal yang sedap & padu disini!
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!