Rumah bot atau Boat house dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada rumah terapung di atas tasik atau laut.
Pada awal kemunculannya di Malaysia, ianya bertujuan untuk memudahkan para nelayan untuk mencari hasil hutan atau mendapatkan hasil sungai dalam jangka masa yang lama.
Namun kini, masa telah berlalu dan seangkatan dengan itu, lebih banyak rumah bot telah berubah rekaannya dan kegunaannya.
5 Kesilapan Biasa Tentang Rumah Bot Royal Belum
Terdapat beberapa kesilapan biasa yang terjadi tentang rumah bot Royal Belum yang menjadikan fakta tersebut kepada perkara yang mengarut.
Hutan Royal Belum
Royal Belum merujuk kepada Hutan Hujan Taman Negeri Perak di bahagian atas Tasik Temenggor. Untuk masuk ke bahagian ini, anda perlu memiliki permit taman negara yang boleh dibeli pada harga RM15 seorang. Permit ini boleh didapati di kaunter taman negeri di Hentian Royal Belum.
Taman Negeri Royal Belum dipercayai telah wujud selama lebih dari 130 juta tahun, menjadikannya salah satu hutan hujan tertua di dunia, lebih tua dari Hutan hujan Amazon dan Hutan hujan Kongo.

Hutan ini mendapat nama sempena daripada nama sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama. “Belum” adalah bunyi yang dikeluarkan oleh serangga kayu yang berbunyi seperti “Belummm, Belummm”.
Taman negeri ini pernah mempunyai perkampungan masyarakat lama Melayu, Kampung Lama Belum yang terletak di tengah-tengah Hutan Belum. Tasik yang mengelilingi hutan ini awalnya terdapat perkampungan Orang Asli suku Jahai, iaitu suku Negrito yang mendiami tanah Semenanjung.
Hutan Belum menjadi salah satu tempat persembunyian pihak British. Sejak 1952, pihak British telah mengarahkan masyarakat kampung ini berpindah ke Bendang Puru yang terletak berhampiran Grik sewaktu menggempur pihak komunis.
Tasik Temenggor
Kebanyakkan orang terbiasa menyebut Tasik Banding atau Royal Belum. Ini adalah kesalahan biasa yang mana nama yang betul sepatut nya Tasik Temenggor.
Tasik Banding juga adalah salah kerana ia sebenar nya merujuk kepada Pulau Banding iaitu salah sebuah pulau yang berada di tengah-tengah Tasik Temenggor.
Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak. Empangan ini dibina pada tahun 1970 dan siap 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang.

Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta meter padu air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.
Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 250 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Laluan tersebut ialah Lebuh raya Timur Barat.
Dari Ipoh atau Pulau Pinang menuju ke Kelantan, anda perlu mengisi minyak penuh-penuh di Gerik dan pulau Banding terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di persisiran lebuhraya Timur Barat sehingga ke Jeli (stesen minyak Petron Batu Melintang) dan stesen minyak Petronas pekan Jeli.
Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.
Aktiviti Memancing
Tak dinafikan bahawa dengan kewujudan tasik ini, berbagai jenis ikan boleh didapati. Antara ikan yang ada ialah ikan Kelah, Temoleh, Baung, Kelabau, Tengas, Loma, Tengalan, Sebarau dan Lampam.
Ramai yang beranggapan apabila mereka membeli pakej rumah bot, mereka pasti akan dapat memancing ikan-ikan ini.

Realiti nya, anda perlu datang pada masa yang tepat dan berada di tempat yang betul untuk meningkatkan peratusan mengail ikan disini.
Masa yang sesuai ialah ketika musim hujan iaitu pada hujung tahun. bulan November dan Disember. Faktor lokasi juga penting ketika memancing. Anda boleh dapatkan nasihat dari pemandu rumah bot yang anda sewa untuk pergi ke fishing spot.
Kebersihan Alam Semulajadi
Alam semulajadi adalah kurniaan dari Yang Maha Pencipta kepada sekalian makhluk. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga dan memeliharanya.
Kebiasaannya, pengendali rumah bot akan menyediakan tong sampah di atas bot untuk mengelakkan sebarang pembuangan ke dalam tasik. Namun begitu, terdapat segelintir pengunjung yang kurang peka terhadap kebersihan alam sekitar.
Kami ingin menyeru dan menasihati agar kita bersama-sama menjaga kebersihan alam semulajadi kurniaan tuhan kepada kita semua. Elakkan membuang sampah ke dalam tasik untuk kepentingan anak-anak dan mereka di masa hadapan.
Santai dan beriadah di Tasik Temenggor
Tak dinafikan bahawa tasik ini penuh dengan flora fauna yang penuh dengan keunikannya tersendiri. Kehadiran manusia sebenarnya mengganggu ekosistem disini. Walaubagaimanapun, kita mampu mengurangkan gangguan tersebut dengan menjaga adab dan tatasusila ketika berada di dalam hutan.
Aktiviti hiking, mandi di sungai dan air terjun, menjejak sira haiwan, dan bird watching dibenarkan disini. Akan tetapi kita haruslah berjaga-jaga agar tidak mengganggu habitat penghuni hutan yang sebenarnya.
Kepada sesiapa yang berminat dengan pakej Boathouse Royal Belum atau Tasik Temenggor, PM atau Whatsapp kami di nombor 0147206093 untuk maklumat lanjut.
Kami menyediakan pakej sewa boat dan juga pakej termasuk makanan untuk anda. 2 hari 1 malam serta 3hari 2 malam. Jika anda perlukan pengangkutan seperti bas untuk group, dan tarikh sendiri untuk trip, rancanglah percutian anda bersama kami.
bagus banget ya tempatnya, asri dan terjaga.. semoga tetap terus asri