Katakan sahaja Hulu Langat pasti anda boleh membayangkan keindahan air terjun yang ada seperti Sungai Tekala, Sungai Gabay dan banyak lagi. Tidak hanya itu, selepas air terjun, anda boleh menikmati makanan laut yang lazat di kawasan Kajang selepas bersenang-senang.
Kolam air panas Terbesar Malaysia
Baru-baru ini, mata air panas bawah tanah terbesar di Malaysia telah ditemui di Hulu Langat dan Kampung Jawa. Penemuan itu dibuat semasa petugas yang meakukan pengorekan untuk membina masjid di situ dan telah disahkan oleh Tourism Selangor.
Difahamkan, telaga air panas tersebut bersuhu 47 hingga 49 darjah celcius. Telaga yang mengeluarkan air dari bawah tanah tanpa perlu dipam itu mempunyai keluasan 160 kaki dalam.
Sebagai hasilnya, Pelancongan Selangor, dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geologi Jabatan JMGS, bersedia untuk menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan untuk mata air panas seperti di Jepun.
Jika tapak tersebut dijadikan tempat mandi kolam air panas, pastinya akan menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke tempat tersebut. Sama-sama kita nantikan projek yang akan dijalankan.
Sumber Artikel: Vocket
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!