Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton.
Sabah juga sering dirujuk sebagai “Negeri di Bawah Bayu” kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil.
Harga tiket ke sabah mahal?
Di sabah terdapat banyak tempat peranginan, percutian dan institut pengajian tinggi yang ada di Sabah. Sememangnya jumlah pengunjung ke Sabah memang ramai setiap tahun tidak boleh di sangkal lagi. Tidak mengira tua ataupun muda, sememangnya menjadi tumpuan utama dari pengunjung tanpa mengira peringkat umur.
Menaiki kapal terbang merupakan satu-satunya cara untuk sampai ke Sabah. Sabah mempunyai lima lapangan terbang untuk kita mendarat dari kapal terbang. Empat adalah lapangan domestik dan satu lapangan terbang antarabangsa.
Lapangan Terbang Domestik Sabah
- Lapangan Terbang Tawau
- Lapangan Terbang Kudat
- Lapangan Terbang Sandakan
- Lapangan Terbang Lahad Datu
Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah
- Lapangan Terbang Kota Kinabalu
Masalah Harga tiket flight ke Sabah yang dianggap mahal oleh pengunjung yang ingin bercuti Sabah mahupun pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Institusi pengajian Tinggi di Sabah bukan perkara yang luar biasa lagi. Hal ini kerana bagi pelajar, mereka kekurangan sumber kewangan dan juga mereka perlu menyara diri mereka lagi di sana terutama pelajar dari semenanjung Malaysia.
Perkara ini sangat membebankan mereka dengan yuran yang mereka perlu bayar untuk setiap semester. Kebanyakan pelajar ini menggunakan perkhidmatan tambang murah
Airasia.

Untuk pengetahuan semua, harga tiket kapal terbang ke Sabah lagi mahal berbanding dengan kebanyakan tempat di luar Malaysia. Ini adalah kerana laluan udara dari semenanjung Malaysia menuju ke Sabah adalah melalui FIR Singapura.
Disebabkan itu, Malaysia terpaksa membayar cukai ke Singapura jika ingin melalui laluan udara Singapura. Hal itu membuatkan harga tiket ke Sabah menjadi lebih mahal.
Kalau dilihat dari rajah di atas, sememangnya kawasan laluan udara Singapura besar dan berada diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!