Ini salah satu keunikan di dunia yang tidak diketahui ramai iaitu pulau faroe. tetapi pulau Faroe di denmark ini akan di tutup pada Tahun 2020 buat sementara waktu untuk pemulihan.
Denmark adalah sebuah negara Scandinavia yang terdiri daripada Semenanjung Jutland dan banyak pulau. Ia boleh melewati ke Sweden berhampiran melalui jambatan Oresund.
Copenhagen adalah ibukota dan ia adalah istana diraja dan pelabuhan Nyhavn berwarna-warni, ditambah taman hiburan Tivoli dan patung “Little Mermaid” yang menjadi ‘ikonik’.
Pulau Faroe Di Denmark Bakal Ditutup Pada Tahun 2020 Ini
Pulau Faroe adalah salah satu pulau yang menyimpan banyak keindahan dan keunikan alam semula jadi yang anda tidak tahu.
Pulau Faroe terletak di Atlantik Timur Laut, pulau Faroe terdiri daripada 18 pulau kecil, yang dicirikan oleh tebing curam, gunung tinggi, fjords sempit.
Faroe salah satu negara yang standart hidup yang tertinggi di dunia. Ekonomi yang sangat berkembang dalam perindustrian terutamanya berdasarkan perikanan dan akuakultur.
Kebajikan Nordic memastikan setiap orang peluang untuk meneroka potensinya sendiri. Faroe terkenal dengan kepakaran maritim dan mengeksport makanan laut ke enam benua.
Pulau Faroe terletak di kedudukan yang strategik antara Eropah dan Amerika Utara. Dari pusat metropolitan Eropah Utara ke Pulau Faroe hanya mengambil masa beberapa jam menggunakan kapal terbang.
Apabila tiba sahaja ke Pulau Faroe anda akan merasa tenang melihat alam semula jadi, dan infrastruktur bangunan yang unik.
Kenapa Pulau Faroe ditutup?
Pulau Faroe ditutup untuk pemulihan pulau tersebut kerana ramai pengunjung kerap datang ke pulau itu untuk pesta dan suka ria di sana dengan meninggalkan sampah sarap yang banyak.
Hotel dan juga penerbangan ke pulau tersebut akan berjalan seperti biasa tetapi untuk sukarelawan yang ingin bersama-sama membuat pemulihan dipulau itu.
Seramai 60,00 orang yang dari 95 negara mengisi untuk menjadi sebahagian sukarelawan pemuliharaan Pulau Faroe tersebut. Ia ditutup untuk pemuliharaan tetapi dibuka untuk sukarelawan.
Fakta menarik tentang Pulau Faroe yang anda tidak tahu
Jom ketahui 5 fakta menarik mengenai Pulau Faroe di Denmark ini. Pasti anda akan teruja lepas tahu 5 fakta menarik ini.
1. Daerah yang bebas dengan serangga dan nyamuk
Pulau Faroe mengalami tiga kali masa beku (suhu sejuk) dalam setahun. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan suhu sejuk di sana yang menyebabkan nyamuk dan serangga tak mampu hidup.
2. Ibu negeri yang terkecil didunia
Seperti halnya daerah lain, Pulau Faroe ini memiliki ibu negeri yang bernama Torshvan yang merupakan ibu negeri yang terkecil di dunia. Pulau Faroe terdiri dari 18 pulau pergunungan, dan penduduknya sekitar 50 ribu orang.
3. Dinamakan pulau domba (kambing biri-biri)
Pulau Faroe ini terkenal dengan nama pulau domba (kambing biri-biri). Ini kerana jumlah domba (kambing biri-biri) lebih banyak dari jumlah manusia yang tinggal di pulau itu. Semasa penemuan pulau tersebut penghuninya hanya domba (kambing biri-biri) dan juga burung sahaja.
4. Memiliki bahasa tersendiri
Di Pulau Faroe mempunyai bahasa yang tersendiri iaitu bahasa Faroese. Bahasa Faroese juga digunakan pakai oleh beberapa negara lainnya seperti Islandia, Norwegia, Denmark, dan Swedia.
5. Populasi perempuan sedikit
Selalunya jumlah di satu tempat akan lebih banyak perempuan dibanding lelaki. Namun berbeza dengan Pulau Faroe ini. Perempuan makin sedikit setiap tahun kerana kebanyakan mereka lebih memilih untuk keluar belajar dan bekerja di London ataupun Oslo dan mereka tidak akan kembali ke pulau tersebut.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!