Air terjun yang indah dan sesuai untuk beriadah, ternyata juga bermanfaat untuk kesihatan. Kelebihannya adalah seperti meneutralkan ion dalam tubuh badan dan juga menambahkan ion positif untuk kesihatan diri.
8 Air Terjun Best di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan mempunyai banyak tarikan seperti bandar Nilai untuk bershopping dan juga pantai Port Dickson untuk berkelah. Tapi sebenarnya, negeri ini juga mempunyai banyak tempat mandi air terjun yang seronok.
Jom kita lihat 8 air terjun yang best di Negeri Sembilan. Boleh la ajak kawan-kawan dan keluarga untuk ke sini pula hujung minggu nanti.
Hutan Lipur Lata Kijang
Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.
Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit
Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang. Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli.
Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang. Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.
Hutan Lipur Jeram Kedah
Air Terjun Jeram Kedah terletak antara Lenggeng dan Semenyih di Hutan Simpan Lenggeng. Pengunjung boleh ikut laluan dari Kajang menuju ke selatan, Sememyih dan belok kiri untuk ke Lenggeng.
Sebelum anda mencapai Ulu Berenang, anda akan melihat jalan untuk Kg Jeram Kedah. Ikut jalan ini melalui kawasan desa yang indah dan permai sehingga ke penghujung kampung.
Air terjun ini terus mengalir menjadi Sungai Beranang yang mana Sungai beranang ini berpunca dari Bukit Ulu Beranang yang mempunyai ketinggian 2654 kaki dari aras laut.
Hutan Lipur Serting Ulu
Hutan Lipur Serting Ulu adalah satu daripada pelbagai tempat menarik di daerah Jempol, Negeri Sembilan yang wajar dilawati.
Ia terletak di bahagian Utara kira-kira 20 kilometer dari Bahau dan kawasan ini mula dimajukan pada 1986. Ianya juga telah menjadi tempat menarik di Jempol, Negeri Sembilan.
Hutan Lipur Serting ulu atau lebih dikenali sebagai Jeram Serting Ulu sering kali menjadi tumpuan penduduk setempat untuk berkelah dan mandi-manda.
Jeram Serting Ulu yang terletak di hujung Kampung Serting Ulu telah dijaga dengan baik oleh penduduknya sehinggakan kehadiran pengunjung tidak pernah putus
Jeram Gading
Jeram Gading terledak di Mukim Kenaboi, 23km dari pekan Kuala Klawang. Dipercayai gading gajah bayak ditemui di sini pada suatu ketika dahulu memberikan ilham penciptaan nama Jeram Gading.
Jeram ini menyusuri Sungkai Kongkoi dan terdapat banyak bongkah batu besar yang dahulunya adalah tempat pembesar Melayu yang berulang alik dari Jelebu ke Pahang.
Yang unik mengenai kawasan Jeram Gading ni adalah 2 jambatan gantung yang menghubungkan kedua-dua tebing sungai. Lokasi yang cantik untuk mengambil gambar untuk kenang-kenangan.
Tapi malangnya satu sahaja jambatan yang masih elok dan selamat untuk di gunakan. Lagi satu dah nampak tak selamat sebab dah ada rekahan pada kayu.
Hutan Lipur Jeram Tebrau
Satu lagi kawasan air terjun menarik di Negeri sembilan ialah Jeram Tebrau yang terletak di Labu. Lokasi air terjun ini berhampiran dengan Homestay Kampung Pelegong.
Perjalanan dari pusat bandar Seremban mengambil masa hampir 17 minit untuk tiba ke destinasi. Ia agak kurang terkenal berbanding Jeram Toi dan Ulu Bendul.
Hutan Lipur Jeram Tengkek
Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk.
Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.
Hutan Lipur Jeram Toi
Hutan Lipur Jeram Toi terletak di dearah Jelebu, Negeri Sembilan. Jarak dari pekan Jelebu adalah 15Km dan 25KM dari Bandar Seremban. Kedudukannya di kawasan berbukit dalam hutan simpan Berembun.
Apa yang menarik di hutan lipur ini adalah air terjunnya yang bertingkat-tingkat iaitu tujuh tingkat. Disebabkan lokasi hutan lipur ini di kawasan pedalaman, bilangan pengunjung tidak begitu ramai.
Hutan Lipur Ulu Bendul
Satu lagi tempat pelancongan menarik di Negeri Sembilan ialah Hutan Lipur Ulu Bendul yang terletak di Daerah Kuala Pilah. Ianya merupakan kolam buatan manusia yang mana airnya datang daripada sungai batang Terachi.
Kedudukan di pinggir Hutan Simpan Angsi, namun bersebelahan jalan utama iaitu di Kilometer 20 Jalan Seremban-Kuala Pilah, 18 kilometer dari bandar Seremban, menjadikannya unik kerana boleh diakses semua jenis kenderaan. Jadi anda tidak akan ada masalah untuk sampai ke hutan lipur ini.
Thanks min👌🏻
Ada homestay yang berdekatan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul