Zaman sekarang adalah zaman teknologi. Semuanya berada di hujung jari kita. Jika kita ingin mencari sesuatu, hanya dengan menggunakan telefon pintar sahaja kita boleh dapati segala informasi yang kita mahukan.
Apabila kita melancong keluar negara, banyak halangan atau cabaran semasa dalam perjalanan kita berada di sana. Antara halangan atau cabaran selalu didapati adalah mencari makanan halal bagi yang muslim dan juga perbezaan bahasa.
Di sini, saya akan senaraikan beberapa app yang wajib ada ketika travel ke Korea.
Top 5 App yang wajib ada ketika travel ke Korea
1. Google Translate
Terjemahan Google adalah perkhidmatan terjemahan mesin pelbagai bahasa percuma yang dibangunkan oleh Google, untuk menterjemahkan teks. Ia menawarkan laman web, aplikasi mudah alih untuk Android dan iOS, dan antara muka pengaturcaraan aplikasi yang membantu pemaju membina sambungan pelayar dan aplikasi perisian.
Terjemahan Google menyokong lebih 100 bahasa pada pelbagai peringkat dan sehingga April 2016, mendakwa lebih daripada 500 juta pengguna, dengan lebih daripada 100 bilion perkataan diterjemahkan setiap hari.
Selain daripada kita copy ayat yang kita kurang faham selepas itu kita translate setiap ayat, kita juga boleh scan gambar.
Caranya adalah dengan scan gambar yang mempunyai tulisan asing dan aplikasi ini akan auto translate setiap perkataan dengan pantas seperti yang tunjuk di gambar diatas.
2. Klook
KLOOK Memudahkan Anda Merancang Pengembaraan Ke Seluruh Dunia. Apabila kita merancang plan pengembaraan, pasti anda perlu sediakan aktiviti agar mudah semasa tiba di destinasi.
Betul kan? Kebiasaannya kita akan masuk ke website rasmi tempat tersebut dan membeli tiket secara terus. Tahu tak anda boleh dapatkan tiket tersebut dengan harga lebih murah di KLOOK? Malah, di KLOOK lebih banyak pilihan.
3. Naver map
Naver map ialah versi Google map tetapi ia mempunyai fungsi yang tidak menawarkan Google map tidak ada. Anda boleh menggunakannya untuk mengemudi di sekitar bandar, semak masa ketibaan bas, membaca ulasan restoran Korea, dan banyak lagi!
Oleh kerana Peta Google tidak berfungsi dengan baik di Korea, saya akan mengesyorkan menggunakan Peta Naver sebagai gantinya.
Sangat berguna sebab banyak jalan kaki. Jadi nak pergi mana mana, letak je daripada station mana. Nanti apps ni bagitahu kena keluar ikut exit berapa. Tak ada lah penat berjalan and sesat sana sini. Jimat masa jugak!
4. Visit Korea
Aplikasi VisitKorea menyediakan maklumat mengenai tarikan pelancong yang indah, makanan yang lazat, penginapan yang selesa, pusat membeli-belah yang menyenangkan dan festival yang menarik di Korea untuk membantu pelancong mempunyai perjalanan yang paling memuaskan.
Di samping itu, ia menyediakan semua maklumat pelancong yang diperlukan semasa perjalanan ke Korea seperti mencari arah dan maklumat pengangkutan awam, pertukaran mata wang dan kenalan kecemasan untuk menjadikan perjalanan mereka lebih mudah dan selamat.
5. Kakao Metro
Peta Subway telah dibuat berdasarkan lokasi stesen kereta bawah tanah sebenar di Seoul Metropolitan, Busan, Daegu, Gwangju dan Daejeon. Juga, mercu tanda yang ditunjukkan pada peta akan membantu anda memahami peta lebih mudah.
Nak naik subway dekat station mana and tukar dekat mana. Dekat Korea, public transport dia tak susah, cuma kena selalu aware. Apps ni siap ada travel time jadi senang nak estimate masa. Paling berguna!
Sumber Artikel: ImanAbdulRahim
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!