Barang yang tidak boleh dibawa semasa naik flight antaranya adalah senjata tajam, senjata api, perfume melebih had dan sebagainya. Sesetengah barangan diklasifikasikan sebagai barang larangan, senjata dan barangan berbahaya yang tidak boleh dibawa semasa naik flight.
Sekiranya anda mempunyai barang-barang tersebut di beg anda, anda perlu menyerahkannya kepada pihak imigresen. Item-item yang diserahkan dikendalikan mengikut undang-undang negeri dan wilayah.
Jika ragu-ragu sama ada barang itu boleh dibawa ke atas flight atau pun tidak, anda boleh semak dengan syarikat penerbangan anda sebelum tiba di lapangan terbang.
Ini Antara Barang Yang Tidak Boleh Dibawa Semasa Naik Flight.
Bagi mengelakkan kerugian dan terpaksa meninggalkan barangan yang dibawa atau dibeli saat menaiki pesawat, anda boleh lihat senarai barangan yang dilarang dibawa bersama ketika menaiki flight. Ini adalah senarai-senarai barang yang tidak boleh dibawa antaranya adalah :-
Barangan tajam
Jangan menganggap gunting kecil, mata pisau pencukur, pembuka botol, pemotong kuku dan apa saja barangan tajam boleh dibawa dengan alasan untuk kemudahan anda.
Walaupun saiznya kecil, ia tetap tajam dan pasti boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang di dalam flight.
Namun, anda dibenarkan membawa barangan tajam ini jika melalui bagasi besar, bukannya beg tangan anda kerana dikhuatiri boleh dijadikan senjata.
Barangan cecair
Cecair yang dilarang dibawa naik pesawat ialah jenis minyak dan cecair pemetik api.
Bagaimanapun, cecair yang tidak mendatangkan bahaya mestilah dimasukkan ke dalam satu bekas yang tidak melebihi 100ml dan perlu dibungkus di dalam plastik yang diikat ketat.
Cecair yang dikecualikan lebih daripada had yang dibenarkan seperti ubat, makanan dan susu bayi boleh dibawa naik flight.
Alat penyembur
Jawapan ini mungkin membantu kepada wanita yang ingin menaiki flight mengapa anda tidak dibenarkan membawa penyembur rambut, minyak wangi, racun serangga, penyembur lada, tin isian pemetik api dan semua jenis alat penyembur kerana ia mengandungi kandungan gas yang boleh menyebabkan kebakaran.
Bahan ini boleh meletup dengan mudah akibat suhu panas. Tetapi anda boleh membawanya melalui bagasi besar.
Peralatan sukan
Tidak kira anda seorang atlet atau sebaliknya, apa saja barang peralatan sukan yang boleh dijadikan senjata dilarang dibawa ke dalam flight.
Walaupun peralatan sukan itu tumpul seperti kayu hoki atau raket tenis, anda tetap tidak dibenarkan untuk membawanya ke dalam pesawat kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada penumpang kerana saiznya besar.
Ia juga boleh mengganggu orang ramai ketika menyimpan barang di atas ruang penyimpanan.
Buah-buahan
Buah-buahan tempatan memang tidak dapat dinafikan sedapnya. Namun, sesedap mana pun, ada antara buah-buahan tempatan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam flight kerana takut baunya boleh mengganggu ketenteraman penumpang.
Buah seperti durian yang terkenal dengan baunya yang kuat dan tajam boleh menyebabkan penumpang yang tidak tahan berasa mual, muntah dan mungkin pengsan.
Selain durian, buah mangga dan cempedak juga antara buah-buahan yang tidak dibenarkan dibawa naik flight.
Adakah powerbank boleh bawa naik flight ? Ini jawapannya.
Boleh tapi ada syarat-syarat yang kena dipatuhi:-
- Anda di benar kan untuk membawa apa-apa jenis power bank / jenama / model semasa dalam penerbangan ,tetapi anda perlu bawa ia bersama atau hand carry sahaja dengan anda. Anda boleh simpan dalam handbag atau didalam poket seluar atau baju.
Yang penting, ia mesti bersama-sama dengan anda. Anda tidak boleh simpan powerbank dalam beg luggage anda. Ini penting, jika luggage anda di kesan mempunyai power bank, penerbangan tersebut akan ditangguhkan sementara waktu untuk pemeriksaan lanjut.
- Hanya power bank yang mempunyai kuasa di bawah ” 100 watt hours (Wh) per battery ” sahaja dibenarkan untuk dibawa bersama anda. Jika lebih dari 100 Wh , anda perlu inform pihak pengendali penerbangan anda sebelum menaiki pesawat.
Dan ini antara sebabnya kenapa powerbank bahaya untuk bawa naik ke dalam flight. Berkenaan dengan powerbank anda boleh lihat di SifuPowerBank
Ikan hiasan?hidup
Adakah saplimen dibenar hand carry di atas flight ?
Contoh kalau botol kecil minyak urut virgin coconut oil tiada aoa-apa kan?
saya dari perak… boleh ke saya nak bawa balik sotong kering dan sotong gula bawa naik dlm fligt..
airfryer boleh bawa tak dari kuala terenganu to kl/
Boleh takde masalah
klo nak bawa minyak wangi ke indonesia… boleh masuk kargo tak….????
boleh cik no problem