Mesti ramai yang mempunyai pengalaman apabila ingin melepasi imigresen ketika ingin melancong ke luar negara kan? Ada sesetengahnya berjaya dan ada juga yang kecundang akibat tidak lepas melepasi mereka.
Hal ini adalah kerana tahap keselamatan mereka yang sangat ketat. Tip ini sangat sesuai bagi yang pertama kali atau yang pernah gagal lepas dari pemeriksaan imigresen luar negara.
Disini saya akan kongsikan cara mudah melepasi pemeriksaan imigresen ketika melancong ke luar negara.
10 Cara lepasi imigresen kaunter imigresen luar negara
1. Tiket flight return Malaysia

Hal tiket flight sangat lah penting apabila anda ingin melepasi imigresen sana. Tidak kiralah sama ada palsu atau betul, return tiket adalah wajib tunjuk ketika pemeriksaan imigresen. Ada pernah berlaku kes, jika takde return tiket, check in pun belum tentu boleh.
2. Tempoh sah passport lebih 6 bulan

Kalau anda banyak singgah negara lain, pastikan border terakhir kita nak cross tu pasport kita masih hidup lebih 6 bulan. Jikalau tempoh sah anda kurang dari 6 bulan, mungkin anda akan ditahan.
Jika anda bernasib baik dan diminta untuk masuk pejabat imigresen, anda boleh berbincang dengan mereka lagi. Kalau terkena dekat negara yang kita susah berkomunikasi, memang anda akan diminta untuk pulang semula ke Malaysia.
3. Arrival card

Pasti kan anda isi borang dengan betul terutama alamat hotel dan nombor telefon. Jangan isi nombor telefon hotel tau. Isi nombor telefon peribadi kita. Selalunya yang buat sangkut benda ni la. Jangan sampai timbul kan persoalan. Sebab akan menyebabkan dia banyak tanya nanti.
4. Bawa wang tunai yang mencukupi

Pastikan bawa wang tunai cukup. Jangan pula pergi London korang bawa RM 200 sahaja. Memang takkan lepas la kecuali korang ada kad kredit yang banyak. Pastikan semua kad kredit atas nama korang sendiri.
5. Booking hotel
Selain return tiket, ni pun penting ye. Sebab kadang dia nak tengok kita punya booking hotel sepanjang keberadaan kita di luar negara. Jadi benda ni kene buat siap-siap.
6. Print semua dokumen-dokumen yang penting
Semua booking, itnerary pastikan ada hardcopy. Kita tak tahu kalau sistem down ke tiba – tiba. Ada negara yang memang tak ada komputer dan masih guna manual. Jadi benda ni perlu. Selalunya terjadi jika pergi ke negara-negara yang terpencil la.
7. Telefon bebas dari bahan yang pelik
Pastikan telefon bebas daripada mempunyai bahan yang berbahaya, lucah, terrorist, atau perancangan nak kerja di sana. Jika anda ditahan kerana ini, kita akan dimasukkan ke penjara dahulu sebelum di hantar pulang ke Malaysia.
8. Sediakan itinerary yang lengkap
Pastikan korang ade itinerari yang legit. Tau mana nak pergi, macam mana, apa saja detail pasal tourist spot. Supaya kita nampak yakin masa nak menjawab kalau dia tanya kita nak pergi mana dan nak buat apa.
Pastikan buat research yang cukup mengenai tempat yang bakal kita pergi.
9. Jangan bawa barang-barang terlarang
Jangan bawa barang-barang yang kena declare kat kastam. Tu semua punca cerita jadi panjang. Huhuhu. Sebab dari satu soalan dia akan berjangkit sampai ke content dalam phone. Semua di siasat.
10. Cara berpakaian dan penampilan
Cara berpakaian sangat penting. Kita harus berpakaian seperti orang yang ingin melancong. Muka kita kena yakin dan kena buat muka traveller. Jangan cepat gelabah dan jangan buat muka belacan atau muka pemetik apple.
Itu sahaja cara mudah melepasi pemeriksaan imigresen ketika melancong ke luar negara yand dapat saya kongsikan dengan anda. Harap anda boleh menggunakan tip ini jika ingin melancong luar negara.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!