Seperti yang anda tahu, rakyat malaysia boleh melancong ke 164 negara tanpa visa hanya menggunakan passport sahaja dan tak perlu pening-pening lagi fikir tentang visa lulus ataupun tidak.
Untuk pengetahuan semua visa ada 3 jenis iaitu single entry visa, multiple entry visa dan transit visa. Ketiga-tiga visa ini berlainan fungsi.
Berkenaan dengan visa anda boleh[KLIK SINI]. Anda boleh melihat senarai negara-negara yang menarik yang melancong tanpa visa [di sini].
Negara yang menarik untuk melancong

Ada beberapa negara menarik yang boleh anda lawati tanpa visa:-
- Vietnam
- United Kingdom
- Thailand
- Sweden
- Turkey
- South Korea
- Norway
- Italy
- France
- Germany
1. Vietnam

Sebut sahaja tentang Vietnam mesti akan terfikir tentang shopping. Bagi yang kaki shopping boleh pergi ke Vietnam pasti anda akan rambang mata untuk beli barang-barang disana kerana sangat murah. Di Vietnam juga ada tempat-tempat menarik seperti Ho Chi Minh, Dalat, Saigon, dan Da Nang.
2. United Kingdom

United Kingdom adalah salah satu destinasi yang paling popular di Eropah. Ramai pergi ke United Kingdom kerana bangunan yang cantik dan modern. Antara tempat menarik yang ada di UK England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.
3.Thailand

Thailand adalah syurga makanan bagi food hunter. Di Thailand Banyak tempat-tempat yang menarik seperti Phuket ,Bangkok, Pattaya, Hatyai, Krabi dan Songkhla. Kepada yang suka makanan yang sedap-sedap ataupun yang jenis food hunting boleh ke Thailand yang dinamakan syurga makanan.
4. Sweden

Sweden tempat dimana pemandangan bangunan lama-lama dan bersejarah yang cantik untuk dilawati. Pada mereka yang suka akan sejarah boleh kunjung ke Sweden . Dan tak lupa juga Sweden terkenal dengan sara hidup tinggi, pendidikan berkualiti, persekitaran yang bersih. Apabila anda lawati disana pasti anda terpegun dengan cara kehidupan harian dia Sweden.
5. Turkey
Sebut sahaja negara Turkey ramai akan ingat tentang belon panas di Cappadocia yang cantik dengan pemandangan belon panas yang banyak terbang ke udara. Di Turkey banyak tempat-tempat menarik seperti Istanbul, Cappadocia, Bursa, Pamukkale dan banyak lagi.
Pada yang tengok drama Istanbul aku datang yang dilakonkan oleh Lisa Surihani, Beto Kushairi dan Tomok pasti anda lihat bertapa cantiknya bangunan dan pemandangan disana. Tak lupa juga tempat yang cantik bila anda melihatnya tempatnya adalah Pamukkale adalah tempat kolam air panas.
6.South Korea

South Korea terkenal dengan Pulau Jeju yang sangat cantik untuk anda lawati. Kebanyakkan artis di South Korea ramai fans di seluruh negara seperti BTS, Blackpink, G Dragon dan ramai lagi.
Anda boleh lawati tempat-tempat yang selalu orang pergi bila ke Korea macam Seoul, Pulau Jeju, Busan dan Incheon. Seoul tempat shopping yang anda boleh beli barang souvenir.
7.Norway

Norway adalah negara yang tercantik didunia yang tidak boleh dinafikan. Di Norway anda boleh melihat aurora yang sangat cantik dan indah untuk dilihat kerana ditempat lain susah untuk melihat fenomena aurora tersebut. Yang melancong untuk mencari ketenangan boleh kunjungi negara Norway.
8.Italy

Apabila sebut tentang Italy mesti anda akan fikir tentang Rome bangunan lama yang sangat unik dan kota bersejarah dan modern. Rome terkenal dengan Colosseum, Museo E Galleria Borghese, Pantheon, Vatican Museum, ST Peter’s Basilica, Via Appia Antica, Capitoline Museum, Trevi Fountain. Di Italy banyak tempat yang anda boleh melancong seperti Venice, Milan, Florance, Pompeii, dan Assisi.
9.France

France ada banyak bangunan lama bersejarah yang cantik dan menarik perhatian orang ramai yang mengunjunginya. Di France mempunyai tempat yang sangat romantik seperti Eiffel Tower, Paris. tetapi ramai yang tidak tahu selain Eiffel Tower ataupun Paris ada banyak lagi tempat yang menarik seperti Nice, Mont Saint Michel, dan Marseille.
10.Germany

Di German ad ibu negara iaitu Berlin. Untuk mereka yang suka bergambar berlatar belakangkan seni anda boleh lawati ke East Side Gallery ia terbuka dan orang awam boleh bergambar disitu. selain berlin German juga ada banyak tempat yang anda boleh lawati seperti Munchen, Stuttgart, Heidelberg, Cologne, dan Hamburg.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!