Kalau dengar nama negara Korea Selatan, siapa sahaja yang tak kenal? Merupakan salah satu negara yang maju di Asia. Selain itu, Korea Selatan juga menjadi tumpuan bukan sahaja di Asia malahan seluruh negara.
Hal ini kerana Korea Selatan mempunyai ciri daya tarikan yang menarik seluruh manusia untuk melawat Korea. Antara ciri menarik yang ada pada Korea Selatan adalah dari segi budaya, makanan, dan tempat peranginan yang ada di sana.
Perbandingan harga tiket mengikut jenis penerbangan ke Korea
Setiap tahun hampir enam juta pelancong yang akan mengunjungi Korea Selatan, dengan itu Korea Selatan merupakan salah satu negara yang paling banyak dikunjungi di dunia.
Pasti ramai yang berminat untuk mengunjungi Korea Selatan tapi tidak tahu harga tiket dari Kuala Lumpur ke Korea Selatan. Disini kami akan menyenaraikan anggaran harga tiket untuk ke Korea Selatan bagi setiap jenis penerbangan.
Air Asia
Bagi mereka yang ingin penerbangan tambang rendah, anda boleh memilih untuk menaiki Air Asia. Air Asia menyediakan harga tiket yang sangat murah dan berpatutan untuk mereka yang ingin ke korea dengan harga yang sangat berbaloi.
Anggaran harga tiket untuk ke Korea, adalah sekitar RM 1000 hingga RM 1300 untuk perjalanan dari KLIA ke Incheon Airport dan Incheon Airport ke KLIA semula.
Malaysia Airlines
Harga tiket penerbangan ke Korea bagi yang ingin menaiki Malaysia Airlines, adalah di antara RM 1400 hingga RM 1700. Harga ini adalah sedikit mahal dari Air Asia. Hal ini kerana tempat duduk yang disediakan adalah jauh lebih selesa berbanding penerbangan tambang murah.
Faktor lain yang menyebabkan harganya lebih mahal adalah kerana sudah termasuk dengan 20 kg berat luggage, tempat duduk yang boleh dipilih, dan makan sewaktu penerbangan.
Itulah antara anggaran harga dan kelebihan setiap penerbangan yang kami dapat kumpulkan untuk anda. Anda pula bagaimana? Pilihan terletak di tangan anda.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!