“Seronok berpada-pada. Itu lah pesanan orang tua kebiasaanya apabila bermandi manda di Air Terjun. Kejadian mati lemas di kawasan air terjun berpunca dari fenomena kepala air dan juga pusaran air . Maka, sebelum berkunjung ke kawasan air terjun, pastikan anda ambil tahu tentang tips keselamatan ketika mandi di air terjun agar kejadian tidak di ingini berlaku.
Tips Keselamatan Ketika Mandi di Air Terjun
Kejadian yang tidak diingin dapat di bendung jika ambil tahu tentang punca yang menjadi faktor utama kes kematian lemas kerap berlaku di air terjun antaranya :-
- Kurang waspada ketika berada di dalam air
- Kurang pemahaman mengenai keadaan air
- Tiada pendidikan serta kesedaran mengenai keselamatan air
- Ketidakupayaan menyelamatkan diri
- Kurang pengetahuan mengenai teknik atau menggunakan peralatan di sekeliling untuk menyelamatkan mangsa.
Ancaman di Air Terjun : Kepala Air & Pusaran Air

Pusaran Air
Pusaran air
- Terhasil dari pertemuan arus berlawanan
- Memiliki aliran air ke bawah secara vertikal
- Mangsa seolah-olah ditarik ke bawah
- Pusaran kecil hanya berlaku di kawasan air terjun
- Menghasilkan pusaran berskala kuat
- Kawasan sempit menghasilkan pusaran kuat
Tanda terdapat pusaran air
- Sering berlaku di sungai yang mempunyai jeram
- Ketinggian air selepas hujan penentu kekuatan pusaran
- Uji kawasan dengan membuang objek seperti ranting kayu
- Jika objek itu tidak ditolak keluar menandakan air berkenaan bahaya
Pusaran terbahagi kepada dua iaitu :-
- Frowning
- Berbahaya
- Pusaran air akan menarik apa sahaja objek yang melalui ke tengah jeram
- Smiling
- Tidak bahaya
- Objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram
Kepala air

Kepala Air
- Gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar
- Mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama
- Lazimnya berpunca takungan daripada hujan lebat di hulu sungai
- Amat bahaya kerana ia menghasilkan arus besar dan deras
3 Tanda Awal Kejadian Kepala Air
- Langit gelap di bahagian hulu sungai (puncak bukit) disertai bunyi guruh kuat
- Bunyi dentuman gerakan batu atau air dari hulu sungai
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba
Semoga panduan di atas memberi panduan kepada anda agar lebih berhati-hati ketika bercuti di air terjun bersama rakan atau pun keluarga. Semoga kejadian tidak di ingini dapat di elakkan dan keselamatan sentiasa di utamakan tidak kira di mana jua anda berada.
Berminat untuk hiking kemudian bermandi air terjun?
Baca 7 Lokasi Menarik Hiking dan Bermandi Air Terjun
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!