Ada Ke Destinasi Yang Cantik Di Yogyakarta ?. Sebenarnya di Yogyakarta atau dikenali sebagai Jogjakarta ini adalah sebuah Destinasi yang amat Cantik sehingga dapat Menawan hati anda semua.
TOP 10 DESTINASI YANG CANTIK DI YOGYAKARTA
1. TIMANG BEACH

Jika anda mencari sesuatu yang mencabar untuk menikmati pemandangan yang luar biasa. Timang Beach lah jawapannya. Anda berpeluang untuk merasai deruan ombak yang besar dengan menaiki Gendola atau Jambatan Gantung untuk menyeberangi Pulau Panjang Watu.
2. INDRAYANTI BEACH

Indrayanti Beach adalah sebuah pantai yang berdekatan dengan Lautan Hindi & Destinasi yang paling sesuai untuk menikmati suasana di laut yang nyaman.
Selain itu, ia juga mempunyai kafe & gerai makanan yang lazat di sepanjang pantai. Anda juga boleh berkelah bersama keluarga & rakan-rakan yang tersayang.
3. MERAPI VOLCANO

Gunung Merapi di Yogyakarta adalah Gunung Berapi yang Aktif & Destinasi yang wajib anda singgah untuk mendapatkan pemandangan yang menakjubkan.
Dari puncak Gunung Merapi ini, anda juga dapat melihat Gunung Sundoro, Sumbing, Lawu & Merbabu. Anda boleh tiba ke Gunung Merapi ini dengan menaiki Jeep yang menyeronokkan.
4.CURUNG PULOSARI

Curung Pulosari adalah air terjun yang tersembunyi daripada kesibukan Yogyakarta. Ia adalah air terjun yang menjanjikan kecantikannya tersendiri yang memukaukan.
Anda akan Terpesona apabila melihat air terjunnya yang jatuh di lereng bukit & Tumbuhan Hijau yang subur serta air sungainya yang jernih turut melengkapkan pemandangan di Curung Pulosari.
5. KEBUN BUAH MANGUNAN

Kebun Buah Mangunan adalah Destinasi yang paling Hangat dikalangan pelancong untuk menikmati pemandangan Matahari Terbit & Terbenam yang Mempersonakan.
Kebiasaannya para pelancong akan Hadir ke sini awal pagi untuk melihat Matahari Terbit & Kabus yang cantik menutupi Bukit. Kebun ini juga adalah Tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.
6. PANTAI SADRANAN

Pantai Sadranan adalah Destinasi yang amat Popular untuk melakukan aktiviti Snorkeling kerana terdapat Banyak Hidupan Laut yang unik & menarik.
Anda juga boleh menikmati pemandangan yang luar biasa apabila Matahari Terbenam di Pantai Sadranan yang mengujakan. Jangan lepaskan peluang untuk berkelah di Tepi Pantai Sadranan ini.
7. AIR TERJUN KEDUNG KANDANG

Terdapat sebuah lagi Air Terjun di Yogyakarta yang menjadi Tumpuan orang Ramai iaitu Air Terjun Kedung Kandang yang eksotik. Ia adalah Air Terjun yang bertingkat-tingkat yang cantik seperti Air Terjun di Balkan.
Anda disarankan untuk tidak hadir kesini pada musim panas kerana kuantiti Air terjun ini akan berkurang & menjadikan ia tidak menarik.
8. GOA JOMBLANG

Gua Jomblang dikenali dengan cahaya syurga (Cahaya Matahari) yang terpancar di dalam gua itu. Gua ini dikatakan telah dibentuk oleh hutan yang runtuh disebabkan oleh gempa bumi.
Cahaya akan menembusi secara langsung ke dalam lubang di Gua itu pada waktu tengahari. Sekiranya anda ingin hadir ke sini anda harus hadir bersama Tour Guide disitu.
9. HEHA SKY VIEW

Heha Sky View juga adalah Destinasi yang santai untuk menikmati pemandangan dari atas di Yogyakarta.Ia juga adalah port yang romantis untuk Para Pasangan atau keluarga meluangkan masa bersama-sama.
Bila tiba malam pula, Heha Sky View menjanjikan and view yang amat cantik dengan lampu-lampu yang memancarkan kecantikan luar biasa.
10. PANTAI NGRAWE

Daerah Gunung Kidul adalah Syurga Pantai yang indah di Jogjakarta. Selain itu, ia juga pantai yang berpasir putih & dikenali sebagai Pantai Mesra. Oleh itu, ramai orang menjadikan pantai ini Lokasi untuk Prewedding mereka.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!