Malaysia mempunyai banyak trip boathouse istimewa yang ramai tak tahu. Dan masih ramai lagi yang tidak mempunyai pengetahuan apa sebenarnya maksud boathouse.
Boathouse adalah bangunan yang direka khusus untuk penyimpanan bot, biasanya lebih kecil untuk kegunaan sukan atau rekreasi. Ini biasanya terletak di atas air terbuka, seperti di sungai atau tasik.
Trip Boathouse Istimewa yang Ramai Tak Tahu
Bagi yang cinta dengan alam semula jadi sememangnya harus cuba pakej boathouse ini kerana kita akan rasa hidup lebih dekat dengan alam sekitar.
1. Tasik Kenyir Boathouse
Boathouse yang terdapat di Tasik Kenyir
Tasik Kenyir yang terletak di Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. Ia juga merupakan empangan hidroelektrik yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia.
Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, atau pemanduan pacuan empat roda.
Di Tasik Kenyir kita boleh melakukan pelbagai aktiviti yang semestinya sangat menarik dan boleh menenangkan sesiapa sahaja yang datang ke sini.
- Melawat Taman Herba
- Sedang melakukan aktiviti berenang di sekitar tasik Kenyir
- Berenang bersama ikan kelah di Kelah Sanctuary
2. Royal Belum Boathouse
Royal Belum Boathouse
Untuk sampai ke kawasan Royal Belum, anda boleh lalui dua jalan, darat dan air yang jelas berbeza. Ianya sudah pasti dari jeti Tasik Banding dan juga memandu kenderaan terus ke Hutan Royal Belum menerusi jambatan.
Terdapat juga perkhidmatan house boat yang disediakan sebagai pengangkutan dan juga penginapan. Harga sewa house boat berbeza-beza mengikut jenisnya.
- Perkampungan Orang Asli Bani Jahal
- Air Terjun Kooi & Ruok
- Melihat bunga Rafflesia
3. Tasik Pedu Boathouse
Boathouse yang terdapat di Tasik Pedu
Keindahan alam semulajadi di Tasik Pedu, Padang Terap sangat mengagumkan dan memberi inspirasi. Suasana nyaman dan segar alam semula jadi di sini yang bebas daripada sebarang pencemaran alam atau pembangunan industri membangkitkan ketenangan dan kedamaian yang tidak mungkin dapat dirasai ketika berada di kota kosmopolitan.
Kepada pencinta alam semula jadi, penggemar burung dan peminat rekreasi, bunyi cengkerik, siulan burung kuang dan tiung serta kebingitan itik nila dan jeritan lotong pasti menambat hati.
Selain itu, lebah madu tualang di Tasik Pedu merupakan antara terbaik kerana disini terdapat lebih 300 jenis bunga bungaan. Dengan menaiki bot, pengunjung boleh bermalam di Houseboat Pedu Lake yang terletak di tengah-tengah tasik dan melakukan pelbagai aktiviti.
- Aktiviti junggle trekking
- Aktiviti memancing di sekitar tasik
- Berenang di dalam tasik pedu
4. Sepang Boathouse
Rumah Rakit Sepang
Rumah rakit yang terletak dalam sungai sepang ini merupakan rumah rakit yang ke 3 dibina dalam sungai Sepang.
Aktiviti utama disini adalah memancing, bagi sesiapa yang memang kaki pancing memang wajib datang sini. Berbagai jenis ikan yang boleh didapati disini dari yang kecil kepada yang besar. Memang rugi kalau tak memancing bila ke sini.
Itulah antara senarai boathouse yang ramai tak tahu di Malaysia. Jika anda berminat, anda boleh kunjungi salah satu boathouse yang terdapat dalam senarai. Jika ada sebarang komen atau cadangan, anda boleh tinggalkan di bawah.
Kepada sesiapa yang berminat nak sewa Boathouse Tasik Kenyir dan Tasik Banding, sila rujuk pakej kami
Tasik Banding (Royal Belum) 3 Hari 2 Malam
Tasik Banding (Royal Belum) 2 Hari 1 Malam
Atau anda boleh terus whatsapp kami, wasap.my/60177331482 untuk pertanyaan atau tempahan.












No comment yet for this article. Be first to leave a comment!