Bagi yang merancang untuk bercuti ke destinasi pelancongan popular di Pahang iaitu Pulau Tioman, anda tidak perlu risau tentang soal penginapan.
Ini adalah kerana di pulau berkenaan terdapat banyak pilihan hotel, resort, chalet dan homestay yang boleh disesuaikan dengan gaya percutian serta bajet anda
5 Resort Cantik di Pulau Tioman
Berikut disenaraikan antara 5 resort terbaik yang menjadi pilihan ramai orang.

https://www.tripadvisor.com.my/
Japamala Resorts By Samadhi
Japamala Resorts By Samadhi terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika dan berjarak 20 minit perjalanan dengan menaiki bot dari Lapangan Terbang Tioman.
Ia menawarkan penginapan yang elegan dengan teres, manakala suite-suite dan vila-vila di sini dihias menarik dengan perhiasan dalaman kayu klasik serta tingkap yang memberikan cahaya semulajadi.
Harga semalam bagi resort ini anggaran sekitar RM 1,200 semalam. Resort ini juga tidak kalah dengan hidangan makanan Thailand yang sedap seperti berada di Krabi.
http://www.tioman.org/minang-cove-resort.htm
Minang Cove Resort
Minang Cove Resort menawarkan kawasan pantai peribadi dan aktiviti sukan air serta bilik penginapan yang lengkap dengan hiasan perabot kayu semulajadi.
Untuk sampai ke resort ini, ia mengambil masa 2 jam perjalanan menaiki feri dari Jeti Mersing untuk sampai ke Jeti Kampung Genting dan berjarak sejauh 30 minit dari Lapangan Terbang Tioman dengan menaiki bot laju.
Resort ini turut menyediakan balkoni peribadi yang menghadap ke laut dan mempunyai restoran di lokasi terbuka untuk santapan sepanjang hari dengan menu masakan tempatan serta antarabangsa.
Kepada tetamu atau sesiapa yang penginap di resort ini bolehlah mengambil masa untuk berjalan-jalan di sepanjang pantai sambil melihat pelbagai aktiviti laut disana.

https://www.mycart4u.com/acc/malaysia/bamboo-hill-chalets-tioman-islan
Bamboo Hill Chalets
Bamboo Hill Chalets merupakan penginapan yang mempunyai persekitaran tenang di tengah-tengah Bukit Bamboo di Kampung Air Batang, Pulau Tioman.
Chalet yang sangat mementingkan kelestarian semulajadi dan persekitaran yang damai untuk tetamunya, menyebabkan Bamboo Hill Chalets tidak menerima tempahan secara berkumpulan dan penginapan yang kurang dari 3 malam.
Kesemua chalet di sini mempunyai pemandangan indah teluk Tioman dan menerima aliran udara semulajadi oleh angin laut tanpa sebarang penggunaan pendingin hawa.
Harga semalam di resort ini bermula dari RM 200 -350 semalam.
https://thebesthotels.org/room-photo-melina-beach-resort-hotel
Melina Beach Resort
Terletak disepanjang pantai Pulau Tioman, Melina Beach Resort di Kampung Genting ini menawarkan penginapan yang damai dan selesa serta dekat dengan alam semula jadi.
Dengan hiasan ringkas, chalet berhawa dingin ini dilengkapi dengan kelambu dan menawarkan pemandangan ke laut serta kehijauan hutan yang subur.
Di Melina Beach Resort, kakitangan boleh membantu mengatur aktiviti seperti hiking, snorkeling dan menyelam.
Tetamu juga boleh menikmati rawatan di Spa Lemongrass dan paling menarik resort ini juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik dua hala percuma dari Jeti Paya.
Harga di chalet ini bermula dari rm360 semalam

https://www.booking.com/hotel/my/tunamaya-beach
Tunamaya Beach & Spa Resort
Tunamaya Beach & Spa Resort berjarak 2 jam perjalanan feri dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang dan berjarak 15 minit perjalanan menaiki bot ke Kampung Genting.
Menampilkan vila-vila moden berhawa dingin dengan balkoni, resort ini turut menawarkan aktiviti snorkeling dan rawatan urutan badan yang mewah di Spa Tunamaya .
Resort ini sangat menjadi tumpuan orang ramai ini kerana keadaan resort yang cantik dan berhadapan dengan pantai ini sangat digemari oleh pengunjung yang datang bersama keluarga.
Harga resort ini bermula Dari RM 500 semalam dan ke atas.
Anda berminat nak bercuti di Pulau Tioman? Kami juga ada Pakej Pulau tioman 3h2m.
Hubungi kami di talian 017-733 1482 (Wan) untuk info dan tempahan.
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!