Dalat yang terletak di selatan Vietnam juga terkenal dikenali sebagai Bandar Musim Bunga Abadi ataupun “The City of Eternal Spring”. Jika di Malaysia Dalat lebih kurang sama dengan Cameron Highland kerana Dalat terkenal dengan tasik yang cantik, taman bunga, hutan yang subur dan udaranya yang sejuk sering menjadi tumpuan pelancong di dalam negara mahupun di luar negara. Jadi jika anda ingin percutian yang romantik atau percutian bersama keluarga. Percutian Warna Warni Taman Bunga Di Dalat, Vietnam ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi percutian anda.
Musim Yang Sesuai Untuk Bercuti Ke Dalat
a) Spring (Januari – Mac)
Suhu boleh menjadi agak sejuk, terutamanya pada bulan Januari. Semua bunga akan menjadi mekar termasuk bunga ceri.
b) Musim panas (April – Jun)
Cuaca lebih panas dan hujan turun lebih jarang berbanding bulan-bulan lain.
c) Musim luruh (Julai – September)
Ini adalah masa yang paling lembab, dengan musim hujan yang lebat dan hujan turun dalam masa yang lama.
d) Musim sejuk (Oktober – Disember)
Cuaca sejuk dan kering. Jalan gunung ke Dalat akan dipenuhi dengan bunga matahari yang kuning dan mekar.
5 Taman Bunga Yang Menawan Di Dalat, Vietnam
1.Dalat Flowers Garden
Dalat Flower Gardens merangkumi sekitar 7,000 meter persegi dan mempunyai lebih daripada 300 jenis bunga yang dipamerkan. Antara tanaman yang popular ialah kaktus gergasi, orkid, bunga mawar, mimosa, dan hidrangea. Jika anda mahu melihat taman-taman ini berbunga dan mekar cantik, cubalah melawat pada musim panas.
Alamat : Ms. Huyen Thanh Quan, Ward 8, Da Lat City, Lam Dong, Vietnam
Masa Operasi : 7.30am – 4.00pm
2. Garden Hydrangeas
Sekiranya anda pergi bercuti di Dalat jangan lupa untuk datang ke Garden Hydrangeas. Pada musim bunga permulaan bunga hidrangea ini akan berwarna putih dan menjadi biru atau merah jambu, warna bunga bergantung pada PH tanah. Bunga hidrangea ini berasal dari negara-negara Asia Timur seperti Korea, Jepun dan China.
Alamat : Group 1, Thôn, Đường Lộc Quý, Tp. Da Lat, Lam Dong, Vietnam
Masa Operasi : 7.30am – 6.00pm
3. Van Thanh Flower Village
Untuk pergi ke Desa bunga Van Thanh mengambil 3 km dari pusat bandar Dalat. Desa bunga Van Thanh ini dikenali sebagai kampung bunga terbesar Dalat. Walaupun terdapat kawasan yang curam dalam bentuk tangga, kampung ini masih menjadi sumber bekalan bunga utama untuk Dalat, terutamanya bunga mawar dan Van Thanh Rose yang diimport dari Belanda.
Alamat : 40 Van Thanh Street, Ward 5, Da Lat City, Lam Dong, Vietnam
Masa Operasi : 7.30am – 6.00pm
4. Fresh Garden
Dalat juga merupakan syurga bunga, pemandangan yang menyamankan dan anda akan mudah jatuh cinta di negara Dalat ini. Bagi pelancong yang gemar bergambar, Fresh Garden adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi, di mana ia mempunyai replika bunga yang unik dan kawasannya yang luas dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni akan mencipta gambaran yang indah kepada gambar anda
Alamat : 9oB Van Thanh | Ward 5, Da Lat 670000, Vietnam
Masa Operasi : 7.30am – 5.30pm
5. Lavender Dalat Tourist Area
Bercuti ke Da Lat adalah idea yang hebat untuk mereka yang suka akan landskap yang romantis dan damai. Sebelum ini kita hanya bau wangian lavender di haruman kereta, haruman di rumah dan sebagainya. Lavender Dalat Tourist Area di Dalat ini adalah pilihan yang tepat untuk anda merasai bau wangian sebenar bunga lavender seperti di Perancis. Biarkanlah kisah lavender yang paling indah yang anda dapat rasai di Da Lat.
Alamat : No. 1 Hoa Hoang Anh, Tuyen Lam Lake tourist area, Tp. Dalat, Vietnam
Masa Operasi : 7.00am – 5.00pm
No comment yet for this article. Be first to leave a comment!